LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Jumaat, 5 Januari 2018

ULASAN ATAU KOMEN HASIL LATIHAN RUMUSAN PELAJAR BERTARIKH 3 JANUARI 2018.



Komen, guru hasil kerja pelajar:-

Berdasarkan pemeriksaan latihan rumusan pelajar, saya dapati kebanyakan pelajar kelas 5 Sains mampu menghasilkan rumusan yang baik. Namun, oleh sebab kelekaan pelajar, terdapat beberapa kesalahan mereka lakukan. Antara, pelajar :-
i)    menggunakan kata ganti nama diri manusia "ianya" untuk mengantikan komponen sastera atau KOMSAS. Kedua ianya, juga membawa dua kata ganti nama pertama ia dan kedua nya.
ii)    binaan ayat tidak lengkap kerana frasa prediket  tidak diselitkan objek atau orang yang menjadi sasaran perbincangan. Contoh kesalahan ayat berkenaan seperti " Antara kebaikan pembelajaran KOMSAS adalah dapat meningkatkan minat membaca" sepatutnya perlu diikuti frasa dalam kalangan murid.
iii)  binaan ayat tidak mantap kerana ada kalangan pelajar yang menggunakan penanda wacana yang sama untuk memulakan setiap isi tersurat terutamanya, dan pelajar tidak menggunakan ayat majmuk yang berfungsi untuk memantapkan binaan ayat dan mengurangkan patah perkataan.
iv)   terdapat pelajar membina perenggan penutup rumusan tidak mengikut format sepatutnya iaitu pelajar perlu memasukkan siapa pihak yang terlibat memperkasakan KOMSAS di sekolah, diikuti kata hubung agar/supaya dan kesannya.
v)      kesalahan tatabahasa iaitu mengulang sesuatu perkataan yang sudah membawa maksud jamak, contoh ....Antara faedah-faedah. Sebagaimana pelajar faham, antara sudah membawa maksud lebih daripada satu dan tidak perlu diiringi dengan kata ganda.
vi)      pelajar kerap menggunakan kata pemeri ialah dan adalah, sedangkan kata pemeri tidak digalakkan semasa membina ayat. Pertama kata pemeri ialah tidak boleh diikuti kata kerja, dan hanya boleh menerima kata atau frasa nama sahaja. Sedangkan kata pemeri adalah juga tidak boleh diikuti dengan kata kerja, jika digunakan juga perlu ada kata sendi  seperti dengan, dari dan sebagainya.  Contoh kesalahan penggunaan kata pemeri adalah, 'Cara pihak sekolah menarik minat mempelajari KOMSAS adalah melaksananakan Kempen Bulan Sastera di sekolah' sepatutnya diselitkan kata sendi dengan. Penulisan yang betul menggunakan kata pemeri adalah seperti berikut 'Cara pihak sekolah menarik minat mempelajari KOMSAS adalah dengan melaksananakan Kempen Bulan Sastera di sekolah. Pelajar boleh membina ayat tanpa kata pemeri dengan membina  ayat seperti berikut, ' Pihak sekolah boleh menggalakkan minat murid terhadap pembelajaran KOMSAS dengan melaksanakan Bulan Sastera di sekolah ( Ayat berkenaan sudah membawa maksud cara pihak sekolah menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar. )Paling penting, murid perlu kreatif semasa membina ayat sama ada semasa menulis rumusan mahupun karangan. Berdasarkan pengamatan saya, pelajar sering terkongkong membina ayat semasa menjawap soalan rumusan di atas akibat pengaruh kata kunci isi tersirat seperti cara-cara

       Di bawah saya lampirkan beberapa hasilan pelajar untuk rujukan, terutama untuk pengajaran agar pelajar dapat meminimakan kesalahan dan paling baik menglakkan daripada melakukan sebarang kesalahan untuk mendapat markah penuh ( 30 markah ) yang diperuntukkan untuk soalan pertama kertas Bahasa Melayu 2 ( 1103/2).

Contoh Hasilan Pertama ( Perlu penambahbaikan)

               Pelajar di atas, perlu memperbaiki binaan ayat kerana binaan ayat tidak lengkap, terutama di bahagian prediket. Selain itu, kesalahan unsur jamak, serta kesalahan penggunaan kata pemeri ialah. Pelajar ini perlu bimbingan khas dan saya akan cuba membantu untuk membimbingnya menghasilkan rumusan yang baik. Inysa Allah.


Contoh Hasilan Kedua ( Perlu penambahbaikan)
Contoh Hasilan Ketiga ( Perlu penambahbaikan)

 Contoh Hasilan Keempat (  Cemerlang )
 Contoh Hasilan Keempat (  Cemerlang )

  Terima kasih Firdaus kerana begitu proaktif menghasilkan pembetulan  rumusan sebagai mana saya arahkan. Semoga pelajar Kelas 5 Sains yang lain begitu juga. Malah, saya mengharapkan jika ada hasilan lain seperti karangan, latihan pemahaman komsas sama ada antologi atau novel. Pelajar boleh menghantar hasilan berkenaan kepada saya sama dengan hantar gambar dalam whatsaap, atau menghantar bahan ke email saya. Jika ada masa, saya akan menyemak dan membuat ulasan hasilan yang dihantar dengan segera, bergantung masa lapang saya.


 Untuk rujukan format menghasilkan rumusan terbaik cuba rujuk dalam coretan saya terbaru di dalam blog.

Tiada ulasan: