LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Rabu, 10 Januari 2018

TUGASAN KARANGAN PERTAMA KELAS 5 SAINS DAN PENGGUNAAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN UNTUK MEMBANTU MEREKA MENGHASILKAN KARANGAN BERTARAF CEMERLANG.


KARANGAN UMUM ( DIMENSI DIRI) KELAS 5 SAINS.
MOHON PELAJAR KELAS 4K1 DAN 4K2 MERUJUK CORETAN DI BAWAH SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENGARANG.

PENGENALAN JENIS LAGU
Pelajar perlu kreatif memilih pengenalan yang sesuai dengan tajuk karangan agar pembaca atau pemeriksa tertarik membaca karangan anda di peringkat permulaan lagi. Secara langsung, penulisan pengenalan yang baik akan mengambarkan karangan yang anda hasilkan baik atau cemerlang.

Pilih lirik lagu yang sesuai berdasarkan kehendak anda.

PENULISAN KARANGAN MENGGUNAKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN. PASTIKAN KARANGAN YANG ANDA HASILKAN MENARIK DAN BERTARAF A+. KARANGAN TERBAIK, SAYA AKAN PAPARKAN KE DALAM BLOG INI,  INSYAALLAH.

JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN
LAGU/ AYAT QURAN/

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  nasyid Aeman memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya.
AYAT RANGSANGAN  2
Jasa insan  bergelar ibu bapa yang banyak berbakti kepada kita,  tidak mampu kita membalasnya kerana jasa ibu bapa tiada bertepi.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, saya haruslah menjaga nama baik ibu bapa  semasa mereka masih hidup lagi kerana sudah terhantuk baru tergadah.
FRASA MENARIK
Ibu bapa merupakan insan yang menjadi suri teladan dan mereka juga mencorak kehidupan saya ibarat kain putih bersih, merekalah mencorak kain tersebut.
UNSUR KBAT
Sekiranya, saya gagal memainkan peranan sebagai seorang anak, sudah pasti mereka akan sentiasa menangisi kegagalan tersebut.
AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah cara-cara  untuk saya menjaga nama baik ibu bapa?


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI PERTAMA

Tema/ Kata Kunci Isi
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, saya perlu sentiasa menjaga imej diri saya.

Ayat huraian 1
Seyogia, perlakuan yang baik yang saya pamerkan setiap masa menunjukkan imej ibu bapa, peribahasa menyatakan bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Ayat huraian 2
Bahkan juga, perlakuan yang baik amat dipuji oleh masyarakat dan sudah pasti amalan berkenaan akan menaikkan imej ibu bapa saya di mata masyarakat.
Ayat contoh
Tamsilannya, ketika di sekolah saya akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah, sudah pasti nama baik saya sebagai seorang pelajar dipuji oleh warga sekolah.
Unsur KBAT
Jika saya tidak menunjukkan perlakuan yang baik impaknya, imej ibu  bapa akan tercemar dan rakan-rakan serta guru memandang serong akan diri saya.
Frasa menarik.
Selain itu, masyarakat pula akan memandang rendah ibu bapa saya dengan anggapan anak borek bapa rintik.
Ayat  penegas
Sudah terang lagi bersuluh perlakuan yang baik dapat menjaga maruah ibu bapa. Oleh sebab itu saya akan sentiasa menjaga imej saya setiap masa agar mereka berbangga melahirkan saya ke dunia.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEDUA

Tema/ Kata Kunci Isi
Bahkan juga, saya perlu menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh.
Ayat huraian 1
Apa ………?
Ayat huraian 2
Mengapa ……..?
Ayat huraian 3
Bagaimana……..?
Ayat contoh
Buktinya boleh dilihat…………………………………………………………
Unsur KBAT
Sekiranya,………………………………………………… sudah pasti…………………………………….
Frasa menarik

Ayat  penegas
Tegasnya………………………………………………..


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KETIGA

Tema/ Kata Kunci Isi
Selain itu, saya juga perlu memilih rakan sebaya yang sentiasa memacu saya menjadi insan cemerlang sebagaimana harapan ibu bapa saya.
Ayat huraian 1
Apa ………?
Ayat huraian 2
Mengapa ……..?
Ayat huraian 3
Bagaimana……..?
Ayat contoh
Izharnya………………………………………. seperti……………………….
Unsur KBAT
Jika kita  ………………………………………………………… sudah tentu………………………..
Frasa menarik

Ayat  penegas
Tegasnya………………………………………………..


JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI KEEMPAT

Tema/ Kata Kunci Isi
Saya juga perlu mengelakkan diri daripada terlibat dalam apa-apa aktiviti jenayah yang boleh mencalar dan mengaibkan diri saya dan ibu bapa.
Ayat huraian 1
Apa ………?
Ayat huraian 2
Mengapa ……..?
Ayat huraian 3
Bagaimana……..?
Ayat contoh
Hal ini dapat di lihat………….
Unsur KBAT
 Apabila kita lalai………………………………………………………… kesannya………………………..
Frasa menarik
Peribahasa/ Hadis / Al Quran.
Ayat  penegas
Tegasnya………………………………………………..



JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  KELIMA

Tema/ Kata Kunci Isi
Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab terhadap ibu bapa, saya juga akan sentiasa menjaga tutur kata saya setiap kali berhadapan dengan mereka.
Ayat huraian 1
Apa………..?
Ayat huraian 2
Mengapa………..?
Ayat huraian 3
Bagaimana……….?
Ayat contoh
Contohnya,…………………………………….
Unsur KBAT
Sudah tentu dengan …………………………………………………………  pasti………………………..
Frasa menarik

Ayat  penegas
Tegasnya………………………………………………..



JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa menjaga imej ibu bapa  agar mereka berbangga mempunyai anak seperti saya.
Ayat cadangan
Oleh sebab itu, saya perlu sentiasa mengembirakan hati ibu bapa saya kerana mereka amat menyayangi saya.
Ayat cadangan
Sekiranya saya berjaya menjadi seorang anak yang berbudi pekerti mulia, dan berjaya dalam pelajaran, sudah pasti saya akan mendapat pekerjaan yang mampu untuk menyara kedua-dua ibu bapa saya.
Ayat cadangan
Saya akan cuba mengembirakan diri mereka sebaik-baiknya kerana jasa ibu bapa tidak dapat saya balas dengan wang dan harta berjuta.
Frasa menarik
Saya tidak mahu diri saya digelar anak yang tidak mengenang budi ibarat kacang lupakan kulit.
Unsur KBAT
Sekiranya saya berjaya mengembirakan kehidupan mereka semasa tua, saya merupakan orang yang paling gembira dan sebaliknya jika saya gagal saya sudah pasti akan berasa kesedihan kerana jasa mereka memang tiada tepiannya.
Ayat harapan
Semoga dengan tindakan saya lakukan seperti yang saya paparkan di dalam karangan ini, saya berharap saya dapat membalas jasa baik ibu bapa saya dan saya akan cuba sedaya upaya untuk mengelakkan imej mereka tercalar dan sentiasa di padang tinggi dalam kalangan masyarakat.


 Anda digalakkan untuk menghasilkan ayat anda sendiri jika boleh, pastikan ayat anda gramatis, pilih istilah menarik, selitkan frasa menarik, dan penulisan karangan anda matang. Selamat Mengarang.


Tiada ulasan: