LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Sabtu, 20 Januari 2018

PANDUAN MENGHASILKAN PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP KHUSUS UNTUK PELAJAR KELAS 4K1 DAN 4K2.

Sebagaimana perbincangan di dalam kelas 4K1 dan 4K2 tempoh hari, saya telah berbincang dengan pelajar berkaitan tajuk, " Sebagai seorang anak, ibu bapa banyak berjasa kepada mereka. Oleh sebab itu, jelas bagaimana cara-cara anda membalas jasa baik ibu bapa" menggunakan Jadual Perenggan Pengenalan, Perenggan Isi dan Perenggan Penutup. Pastikan pelajar faham dan pada ruangan isi saya akan menjelaskan secara terperinci cara menggunakan kaedah pengembangan idea karangan setiap perenggan:-
                 a)  Perenggan Pengenalan.
                 b)  Perenggan Isi
                 c)  Perenggan penutup.

Semasa perbincangan di dalam kelas, saya telah meminta pelajar 4K1 dan 4K2 menampalkan Jadual Pengembangan Idea Perenggan ke dalam buku karangan  dan kemudian menjelaskan fungsi atau modus operandi, penggunaan Jadual Pengembangan Idea Karangan seperti di bawah:-

MODUS OPERANDI JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
 Membina ayat rangsangan dengan kata tanya  apa berkaitan fokus 
/tema pengenalan yang dipilih?
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa  berkaitan fokus/ tema?
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya  bagaimana - fokus/ tema?
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.

UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar mengaitkan kesan dan akibat jika isu berkenaan diambil tindakan dan sebaliknya.

AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, apakah langkah untuk menyelesaikan…….tema/tajuk karangan……. atau kesan yang berlaku ( bergantung kepada tema karangan berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan.

JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  (UMUM)

TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2.
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH.
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
AYAT  ARAHAN
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA



JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)

Ayat cadangan
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi  pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
Ayat huraian cadangan
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
Unsur KBAT
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.

Frasa menarik
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.

Ayat harapan
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema

Kemudian, saya menjelaskan cara untuk mengisi setiap ruangan ayat pada ruangan kotak pada setiap ayat bermula dengan :-

        a)   Perenggan Pengenalan. Cuba lihat di bahagian peringkat perkembangan modus operandi pengembangan setiap kotak ayat untuk bahagian  Perenggan Pengenalan seperti di bawah:-


PERKARA
PENERANGAN
LAGU/ AYAT QURAN/KATA-KATA PEMIMPIN, BERITA, DAN RUJUK JENIS-JENIS PENGENALAN YANG PERNAH SAYA TULIS DALAM BLOG INI.


BAHAGIAN INI, PELAJAR PERLU MEMILIH PENGENALAN YANG SESUAI, MANTAP, DAN DAPAT MEMBERI KESAN KEPADA IMPRESION PEMERIKSA.
AYAT RANGSANGAN  1
AYAT DIBINA UNTUK MERANGSANG PEMERIKSA TERUS MEMBACA DAN AYAT RANSANGAN 1 PELAJAR MENGAITKAN PENGENALAN DENGAN FOKUS/TEMA KARANGAN.
 Membina ayat rangsangan dengan kata tanya  apa berkaitan fokus 
/tema pengenalan yang dipilih?
AYAT RANGSANGAN  2
AYAT RANGSANGAN KEDUA- MENERUSKAN RANGSANGAN DAN MINAT PEMERIKSA MEMBACA PERENGGAN. PELAJAR TERUS MENJELASKAN AYAT RANGSANGAN 1 BERKAIT DENGAN FOKUS/TEMA.
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 2 dengan kata tanya mengapa  berkaitan fokus/ tema?
AYAT RANGSANGAN  3
MENERUSKAN RASA MINAT  PEMERIKSA TERHADAP KARANGAN PELAJAR DAN PELAJAR MENGEMBANGKAN FOKUS/TEMA
( Bijaksana Memilih Penanda Wacana- Membina ayat rangsangan 3 dengan kata tanya  bagaimana - fokus/ tema?
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA
Peribahasa Melayu ada mengatakan/ Kata-kata pemimpin tuliskan nama/ Firman Allah ……………………………………….. ulaskan sedikit. Frasa menarik boleh berada di mana-mana pada ayat pada perenggan pengenalan. Pelajar yang bijaksana boleh menyelitkan lebih satu frasa menarik pada perenggan pengenalan.

UNSUR KBAT
KESAN DAN AKIBAT- TAJUK ATAU TEMA SECARA UMUM
Sekiranya…………………………….. kesan/akibatnya…………………………….
Unsur KBAT, merupakan kematangan pelajar mengaitkan kesan dan akibat jika isu berkenaan diambil tindakan dan sebaliknya.

AYAT ARAHAN
MENULIS  AYAT TUGASAN / PERSOALAN -BERDASARKAN TAJUK DIPILIH
Persoalannya, apakah langkah untuk menyelesaikan…….tema/tajuk karangan……. atau kesan yang berlaku ( bergantung kepada tema karangan berfungsi sebagai penegasan terhadap tema/ arahan soalan.

            Perlunya pelajar mengisi kotak binaan ayat, dan pengenalan yang paling sesuai menggunakan pengenalan jenis lagu. Sebagai peringatan, setiap jenis pengenalan  mempunyai keistimewaannya. Antara contoh jenis pengenalan :-
             a)   Pengenalan lagu.
             b)   Pengenalan berdasarkan Ayat Al Quran dan Hadis, dan agama.
             c)   Pengenalan jenis sejarah.
             d)   Pengenalan jenis cereka.
             e)   Pengenalan jenis dialog.
             f)   Pengenalan jenis stastitik.
             g)   Pengenalan jenis situasi atau suasana.
             i)    Pengenalan jenis berita
             j)    Pengenalan jenis kata-kata pemimpin.
             k)   Pengenalan jenis peribahasa dan lain-lain.
 .
Pelajar perlu bijak memilih pengenalan yang sesuai dengan soalan/ tema/ tajuk karangan. Insya Allah, saya akan cuba berbicara berkaitan kepelbagain jenis pengenalan dan kesesuaiannya dengan soalan karangan. Langkah-langkah membina perenggan pengenalan:-
     
           
              1.  Memilih jenis pengenalan, berdasarkan kesesuaian tema atau tajuk karangan. Semasa
                   perbincangan, jenis pengenalan yang sesuai ialah pengenalan jenis lagu.
              2.  Menulis ayat rangsangan dengan menjelaskan lagu dan kaitannya dengan tajuk
                   bahagian kotak ayat rangsangan pertama dengan kata kunci apa? Pelajar perlu bijak 
                   apa sebab lagu berkenaan dipilih dengan mengaitkan soalan dengan tanggungjawab 
                   seorang anak membalas jasa baik ibu bapa mereka.               
               3.  Meneruskan perkembangan ayat rangsangan, pada kotak kedua dengan kata kunci
                    mengapa? Pada ayat rangsangan ini pelajar perlu menjelaskan mengapa mereka perlu
                    membalas jasa kedua ibu bapa.
               4.  Menulis perkembangan ayat rangsangan dengan kata kunci bagaimana? Pada ayat
                    rangsangan ini, pelajar perlu menjelaskan cara-cara mereka boleh membalas jasa kedua
                    dua ibu bapa mereka secara umum.
               5.  Pada bahagian, kotak frasa menarik, cuba pilih peribahasa, perkaitan agama kenapa ibu
                    bapa perlu dihargai dan jasa mereka perlu dibalas.
               6.  Ayat KBAT, memerlukan pelajar mengaitkan kesan dan akibat sekiranya mereka
                    membalas dan jika mereka gagal.
               7.  Pada bahagian kotak ayat arahan, rujuk tajuk dan buat penegasan berkaitan soalan.

 CONTOH HASIL JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENGENALAN-SETELAH LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI ATAS DILAKUKAN:-

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS LAGU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Nasyid Aeman di atas memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya kerana bait-bait lagu tersebut mengingatkan saya kepada kedua-dua yang tersayang.
AYAT RANGSANGAN  2
Jasa insan  bergelar ibu dan  bapa banyak berbakti kepada saya dan tidak termampu untuk saya membalas jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini, kerana jasa ibu bapa tiada kesudahannya kecuali mereka sudah tiada di alam fana ini.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, saya haruslah menjaga nama baik ibu bapa  semasa mereka masih hidup lagi dan jika mereka sudah tiada semuanya sudah tidak berguna.
FRASA MENARIK
Ibu dan bapa merupakan nahkoda yang mengendalikan bahtera rumah tangga dan mereka sentiasa mengharapkan rumah tangga yang dibina bahagia.
UNSUR KBAT
Sekiranya,saya gagal membantu mereka mewujudkan rumahku, syurgaku, sudah pasti mereka akan berasa sedih dan menangisi kegagalan mereka membina keluarga bahagia.

AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah cara-cara saya untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya

        b)   Semasa menulis perenggan isi, saya telah meminta pelajar mencari tema dan frasa kunci isi.
              Antara isi yang dicadangkan untuk perenggan isi berkaitan tajuk karangan " Cara-cara
              membalas jasa ibu bapa adalah seperti berikut:-

                         a)   belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran.
                         b)   sentiasa patuh kepada arahan dan nasihat ibu bapa.
                         c)   memilih rakan sebaya agar dapat mengelakkan daripada terjerumus melakukan
                               gejala sosial
                         d)   menghantar ibu bapa ke Mekah untuk mengerjakan ibadah haji.
                         e)   membeli rumah untuk keselesaan ibu bapa.
                         f)   menjaga ibu bapa ketika mereka menghadapi dugaan seperti menghidapi
                               penyakit.
                         g)   membeli makanan berkhasiat dan makanan tambahan untuk kesihatan.
                         h)   sentiasa menziarahi ibu bapa ketika ada masa senggang.
                         i)    membawa ibu bapa melancong ke tempat-tempat menarik.
                         j)    menjaga nama baik ibu bapa dan mengelakkan mencoreng arang di muka mereka.

               Pelajar diperjelaskan bagaimana untuk menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan isi seperti di bawah dengan menggunakan salah satu frasa isi yang telah dipilih. Insya Allah, Jadual Pengembangan Idea Perenggan Isi akan memandu pelajar untuk mengolah dan mengembangkan isi.
             
JADUAL PENGEMBANGAN ISI / IDEA BAHAGIAN PERENGGAN ISI  (UMUM)

TEMA/ KATA KUNCI ISI
PELAJAR MENULIS KATA KUNCI / ATAU ISI- YANG HENDAK DITULIS
( APA  ISI YANG HENDAK DIPERKATAKAN)
AYAT HURAIAN 1
AYAT HURAIAN ISI.
(MENGAPA- TENTANG ISI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 1:-
AYAT HURAIAN 2
AYAT HURAIAN ISI SETERUSNYA
( BAGAIMANA – ISI TERSEBUT BERLAKU ATAU TERJADI)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 2.
AYAT HURAIAN 3
AYAT HURAIAN ISI SELANJUTNYA.
(KENAPA – BERKAITAN KETERANGAN ISI SELANJUTNYA )
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT HURAIAN 3.
AYAT CONTOH
AYAT CONTOH- PERLUNYA PELAJAR BANYAK MEMBACA UNTUK MENGAITKAN ISI DENGAN CONTOH SEMASA (KEMATANGAN)
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT CONTOH.
UNSUR KBAT
SEBAB DAN AKIBAT-  JIKA BERLAKU----JIKA TIDAK…….KESANNYA……..
PELAJAR PERLU BIJAK MEMILIH PENANDA WACANA SESUAI  UNTUK MEMULAKAN AYAT
FRASA MENARIK
PEMERIKSA TERPEGUN DENGAN FRASA MENARIK YANG DITULIS PELAJAR, SAMA ADA PERIBAHASA, KATA-KATA PEMIMPIN, PETIKAN AL QURAN, DAN SEBAGAINYA.
SEKIRANYA PELAJAR BIJAK- FRASA MENARIK BOLEH DISELIT DI MANA-MANA RUANG PADA JADUAL PENGEMBANGAN ISI PERENGGAN
AYAT  ARAHAN
TEGASKAN SEMULA ISI TEMA
KONKLUSINYA/SUDAH TELAH TERANG BERSULUH /JELASNYA / TEGASNYA…………..TULIS SEMULA ISI YANG DIFOKUS PADA PERMULAAN TEMA PERENGGAN ISI PERTAMA

         
              Langkah-langkah membina perenggan isi yang lengkap menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan Isi. Langkah-langkahnya, pelajar perlu:-

             a)   memilih isi yang dipilih pada kotak tema/ frasa isi. ( Menggunakan kata kunci soalan apa-
                   pilih frasa isi daripada isi yang disenaraikan di atas)
             b)   menulis ayat huraian 1 dengan menjelaskan kenapa frasa kunci isi dipilih-berdasarkan
                   pendapat anda.                  
             c)   menjelaskan dengan menjawab bagaimana isi berkenaan dapat dilaksanakan- sebagai 
                   seorang insan bergelar anak.
             d)   menjelaskan dengan lebih lanjut kenapa isi berkenaan dilakukan.
             e)   kaitkan dengan contoh yang boleh dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa.
             f)   selitkan frasa menarik ( Kotak frasa menarik boleh diletakkan di mana-mana sahaja)
                   kerana pelajar boleh menyelitkan frasa menarik sekiranya sesuai dengan mana-mana
                   huraian isi. Paling penting, setiap satu perenggan karangan perlu ada satu frasa menarik
                   yang anda selitkan.
                   Frasa menarik, seperti perenggan pengenalan, pelajar perlu memilih peribahasa, kata,
                   kata pemimpin, petukan Ayat Al Quran atau hadis dan sebagainya sebagai sokongan   
                   kepada isu yang diperkatakan.
             g)   Unsur KBAT, kesan dan akibat isi berkenaan jika dilaksanakan.
             h)   Ayat arahan, menegaskan semula isi yang dipilih.

CONTOH HASIL JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN ISI -SETELAH LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI ATAS DILAKUKAN:-


TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang anak,  saya boleh membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.
AYAT HURAIAN 1
Sehubungan  dengan  itu, saya perlu mempamerkan imej dan  perlakuan yang baik  semasa berkomunikasi dengan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Seyogia, tingkah laku saya pamerkan perlu disenangi masyarakat dan saya perlu berhati-hati untuk tidak menimbulkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap diri saya.
AYAT HURAIAN 3
Sebagai seorang anak, saya faham saya merupakan permata dalam keluarga dan hanya dengan sedikit kesilapan saya lakukan akan mencoreng arang di muka mereka.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya akan sentiasa hormat terhadap jiran-jiran, guru-guru, serta kenalan ibu bapa saya terutama semasa berbicara dengan mereka.
FRASA MENARIKPepatah Melayu ada mengatakan, akibat nila setitik habis binasa susu sebelanga, justeru, saya perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga nama baik ibu bapa saya setiap masa.
 UNSUR KBAT
Sekiranya, saya sentiasa menjaga imej keluarga saya sudah pasti mereka akan dipadang tinggi oleh masyarakat.
AYAT  PENEGASAN
Tegasnya, sebagai seorang anak saya perlu membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.

       
       C.   Menghasilkan perenggan penutup.

JADUAL  PERENGGAN PENUTUP KARANGAN

Ayat Penyimpul
Konklusinya, ( Penekanan kepada tajuk/ tema)

Ayat cadangan
Apa……cadangan/ sama ada mengulang isi  pada setiap perenggan atau masukkan cadangan lain
Ayat huraian cadangan
Huraikan kenapa pentingnya......tema?
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Huraikan bagaimana - tema dengan lebih lanjut ?
Unsur KBAT
Kesan dan akibat - Sekiranya/ Jika.........tajuk dan kesan atau implikasinya.

Frasa menarik
Selitkan peribahasa/ Kata-kata pemimpin/ petikan ayat Al Quran atau hadis dsb.

Ayat harapan
Apa harapan anda terhadap tajuk/tema

     Langkah-langkah membina perenggan isi yang lengkap menggunakan Jadual Pengembangan Idea Perenggan penutup. Langkah-langkahnya, pelajar perlu:-
                 
           a)  menulis ayat penyimpul, dengan memulakan ayat dengan " Konklusinya/ Akhirnya/
                Akhir kalam, Kesimpulannya, kaitkan dengan tajuk/ tema karangan berdasarkan soalan
                karangan.
           b)  menulis cadangan-cadangan isi, sama ada mengulang isi daripada setiap perenggan isi
                atau isi baru sebagai usaha untuk mengingatkan pembaca atau pemeriksa.
           c)  menulis penjesan berkaitan kepentingan isi-isi yang telah anda utarakan.
           d)  menulis unsur KBAT, berkiatan kesan dan akibat isi-isi yang telah anda utarakan.
           e)  menyelitkan frasa menarik ( Rujuk penjelasan frasa menarik di bahagian penerangan 
                sebelumnya.
           f)  menulis ayat harapan, iaitu apa harapan anda terhadap tajuk dan kesannya.

CONTOH HASIL JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN PENUTUP-SETELAH LANGKAH-LANGKAH SEPERTI DI ATAS DILAKUKAN:-

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang anak, saya amat perlu membalas jasa baik ibu bapa saya.
Ayat cadangan
Sebagaimana saya jelaskan dibahagian isi, saya perlu membalas jasa baik ibu bapa saya dengan belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga imej mereka, menjaga mereka ketika sakit, dan membawa mereka melancong ke tempat menarik apabila saya telah bekerja.
Ayat huraian cadangan
Hal ini kerana ibu bapa amat sensitif terutamanya ketika mereka sudah berumur atau tua.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Oleh sebab itu, saya sebagai seorang anak perlu membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya sebelum mereka menghembuskan nafas mereka.
Unsur KBAT
Sekiranya saya dapat membalas jasa ibu saya berdasarkan kemampuan saya, sudah pasti mereka akan gembira dan saya turut berkongsi kegembiraan mereka.

Frasa menarik
Saya sedar, ibu bapa saya mencorak kehidupan saya kerana saya ibarat kain putih bersih dan mereka mencorak keindahan kain tersebut.
Ayat harapan
Akhir kalam, saya berdoa agar saya diberi ruang untuk membalas jasa baik ibu bapa saya dan saya ingin melihat mereka sentiasa gembira meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada.
           
.

PERENGGAN PENGENALAN, PERENGGAN ISI, DAN PERENGGAN PENUTUP
YANG TELAH LENGKAP SETELAH PROSES MEMGEMBANGKAN IDEA MENGUNAKAN 
JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN.

PELAJAR 4K1 DAN 4K2 PERLU MENYALIN KARANGAN DI BAWAH

PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS LAGU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Nasyid Aeman di atas memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya kerana bait-bait lagu tersebut mengingatkan saya kepada kedua-dua yang tersayang.
AYAT RANGSANGAN  2
Jasa insan  bergelar ibu dan  bapa banyak berbakti kepada saya dan tidak termampu untuk saya membalas jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini, kerana jasa ibu bapa tiada kesudahannya kecuali mereka sudah tiada di alam fana ini.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, saya haruslah menjaga nama baik ibu bapa  semasa mereka masih hidup lagi dan jika mereka sudah tiada semuanya sudah tidak berguna.
FRASA MENARIK
Ibu dan bapa merupakan nahkoda yang mengendalikan bahtera rumah tangga dan mereka sentiasa mengharapkan rumah tangga yang dibina bahagia.
UNSUR KBAT
Sekiranya,saya gagal membantu mereka mewujudkan rumahku, syurgaku, sudah pasti mereka akan berasa sedih dan menangisi kegagalan mereka membina keluarga bahagia.

AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah cara-cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya?

PERENGGAN ISI

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang anak,  saya boleh membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.
AYAT HURAIAN 1
Sehubungan  dengan  itu, saya perlu mempamerkan imej dan  perlakuan yang baik  semasa berkomunikasi dengan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Seyogia, tingkah laku saya pamerkan perlu disenangi masyarakat dan saya perlu berhati-hati untuk tidak menimbulkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap diri saya.
AYAT HURAIAN 3
Sebagai seorang anak, saya faham saya merupakan permata dalam keluarga dan hanya dengan sedikit kesilapan saya lakukan akan menconteng arang ke muka mereka.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya akan sentiasa hormat terhadap jiran-jiran, guru-guru, serta kenalan ibu bapa saya terutama semasa berbicara dengan mereka.
FRASA MENARIKPepatah Melayu ada mengatakan, akibat nila setitik habis binasa susu sebelanga, justeru, saya perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga nama baik ibu bapa saya setiap masa.
 UNSUR KBAT
Sekiranya, saya sentiasa menjaga imej keluarga saya sudah pasti mereka akan dipadang tinggi oleh masyarakat.
AYAT  ARAHAN
Tegasnya, sebagai seorang anak saya perlu membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.

          
PERENGGAN PENUTUP

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang anak, saya amat perlu membalas jasa baik ibu bapa saya.
Ayat cadangan
Sebagaimana saya jelaskan dibahagian isi, saya perlu membalas jasa baik ibu bapa saya dengan belajar bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga imej mereka, menjaga mereka ketika sakit, dan membawa mereka melancong ke tempat menarik apabila saya telah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.
Ayat huraian cadangan
Hal ini kerana ibu bapa amat sensitif terutamanya ketika mereka sudah berumur atau tua dan biarlah saya menjadi benih yang baik, dicapak ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora, dan dicapak ke bumi menjadi penawar.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Oleh sebab itu, saya sebagai seorang anak perlu membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya sebelum mereka menghembuskan nafas mereka.
Unsur KBAT
Sekiranya saya dapat membalas jasa ibu saya berdasarkan kemampuan saya, sudah pasti mereka akan gembira dan saya turut berkongsi kegembiraan mereka.

Frasa menarik
Saya sedar, ibu bapa saya mencorak kehidupan saya kerana saya ibarat kain putih bersih dan mereka mencorak keindahan kain tersebut.
Ayat harapan
Akhir kalam, saya berdoa agar saya diberi ruang untuk membalas jasa baik ibu bapa saya dan saya ingin melihat mereka sentiasa gembira meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada.
           
.PERINGATAN: 

PELAJAR PERLU BANYAK MEMBUAT LATIHAN, MEMBACA CONTOH 
KARANGAN CEMERLANG  SERTA MENYALIN KARANGAN TERBAIK UNTUK MEMBIASAKAN DIRI KE ARAH PENGHASILAN KARANGAN CEMERLANG.

Tiada ulasan: