LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Jumaat, 12 Januari 2018

NOTA PEMBENTANGAN KOMSAS KELAS 4 K1 ( CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA- TARIKH PEMBENTANGAN KHAMIS 19 JANUARI 2018) (KELAS 4K2 - TARIKH PEMBENTANGAN RABU 24 JANUARI 2018)

CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
              A.    Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernama Hakim yang berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam pertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya telah kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah miliknya. Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan.
Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam yang juga merupakan seorang peguam. Dengan hujah dan bukti yang baik Akhirnya Hakim berjaya mendapatkan tanah tersebut semula. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam kerana dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa mengimport bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang sangat banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara bagi menyediakan bahan makanan kepada rakyat.

Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak, akhirnya Hakim berjaya memulakan penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor. Setelah hampir setahun, Hakim berbincang dengan azam tentang pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah dipotong untuk membayar hutang kepada pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun Hakim sendiri yang menternak ayam, tetapi hasilnya telah diekspoitasi oleh pihak lain. Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank atau hutang RAJA.

B. Tema

Cerpen ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang menceburi bidang keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan bukti yang baik, akhirnya Hakim berjaya mendapatkan semula tanah tersebut. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.  

C.      Persoalan

1.             Pemberian nama yang baik kepada anak Pak Kaduk dan Hassan telah memberikan nama yang baik kepada anak masing-masing . Kaduk menamakan anaknya Hassan…Hassan juga telah memilih nama yang baik untuk anaknya… (hal.46) 

2.            Sikap cakna seseorang tentang sejarah keluarga Hakim menyedari kedudukan sebenar Pak Kaduk dianiaya oleh raja. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya… (hal. 46) 


3.            Perjuangan bagi mengembalikan maruah keluarga yang tercemar Hakim telah berusaha untuk menuntut hak atas tanah datuknya yang telah dirampas. … Hakim memfailkan saman menuntut hak milik Kaduk. (hal.46)

4.            Kegigihan pemuda bagi menjayakan sesuatu perancangan Hakim sangat gigih dengan cara berbincang dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menjayakan ternakan ayamnya. “Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan…” (hal.48) 


5.            Penganiayaan dalam perniagaan Hakim berasa teraniaya kerana kebanyakan hasil jualan ayamnya masuk ke kantung pihak lain. “Syarikat besar seperti RAJA itu akan untung berlipat ganda…”(hal.51) 

D.  Plot
a)      Permulaan Pak Kaduk berkaga ayam dengan raja. Walaupun ayamnya menang tetapi tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu, Pak Kaduk menjadi semakin miskin dan susah. Pak Kaduk mempunyai seorang anak bernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang anak bernama Hakim.
b)      Perkembangan Hakim merupakan seorang pemuda lulusan universiti yang telah berusaha untuk menebus tanah pusaka yang tergadai disebabkan peristiwa lampau itu. Hakim telah meminta bantuan Azam, iaitu rakannya yang berkelulusan undang-undang. Hakim berjaya mendapatkan tanah itu semula.
c)      Konflik Hakim menggunakan tanah itu untuk menternak ayam secara komersial. Hakim terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak untuk memulakan penternakan ayam.
d)      Klimaks Hakim hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana hasil ternakan ayam terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA dan menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan bahawa keadaan ini merupakan penganiayaan terhadap dirinya.
e)      Peleraian Akhirnya, Hakim sedar bahawa penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Pihak yang memegang kuasa ekonomi sentiasa menindas rakyat yang miskin.


E.  Teknik
              i.        Teknik Penceritaan Pemeriaan Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah. (hal.45)

            ii.        Dialog “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.” (hal.50)

           iii.        Imbas kembali Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan- tuan dan puan-puan…” (hal. 48)

           iv.        Imbas Muka “Apa gunanya membina… mana ada pelancong yang nak datang…” (hal.66) 


F.  Watak Perwatakan 
Watak Utama :-
Hakim Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucu Kaduk. Kaduk menamakan anaknya Hassan… Hassan juga telah memilih nama … iaitu Hakim yang bererti “bijaksana”. (hal.46) 
Peka akan perkara yang berlaku di sekeliling Hakim peka akan penganiayaan yang telah berlaku terhadap datuknya Kaduk. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya… (hal.46).
Bijaksana dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketika membuat perancangan untuk mendapatkan tanah datuknya semula. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46) 
Sangat gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untuk menjayakan ternakan ayamnya. Hakim telah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang… (hal.49).
Watak Sampingan:- 
Azam. Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang. … seorang mahasiswa jurusan undang-undang. (hal.46) 
Peguam yang bijak Azam merupakan seorang peguam yang bijak. Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. (hal.47).
Suka memberikan nasihat kepada Hakim Azam seuka memberikan nasihat kepada Hakim jika didapati Hakim membuat keputusan yang kurang bijaksana. “ Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? … Mana ada pelancong yang nak datang melawat ?” tanya Azam. (hal.48) 
Pandai memujuk Azam ialah seorang yang pandai memujuk Hakim ketika menghadapai konflik. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya …”(hal.52) 

G.  Latar
Latar tempat 
Di mahkamah – tempat Azam berhujah untuk mendapatkan tanah datuk Hakim yang telah dirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47) 

Reban ayam – Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56) 
Latar masa  

Dalam tempoh setahun – Azam sampai ke reban ayam Hakim setelah setahun usia ternakan itu. (hal.50)

Latar Masyarakat
Masyarakat yang cinta akan salasilah keluarga. Hakim berjaya membersihkan nama baik datuknya, Pak Kaduk (hal.47) 

Masyarakat yang mempunyai semangat juang. Hakim telah berjuang di mahkamah untuk mendapatkan tanah datuknya semula dan berjuang untuk menjayakan ternakan ayamnya. (hal.47) 
Masyarakat yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat Azam sentiasa memberikan nasihat dan membantu Hakim. (hal.52)
Masyrakat yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untuk mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan susah payah penternak ayam. (hal.51)

H.  Gaya Bahasa

Sinkope 
“… aku nak dirikan sebuah memorial.” (hal.47) 

Repetisi 
“Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak…” (hal.51) 

Personifikasi 
Hanya angin petang yang sesekali datang menyapa. (hal.51) 


H.   Nilai

              i.          Kegigihan - Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka menghantar langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46) 
            ii.          Kesabaran - Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam…” (hal.52) 
           iii.          Setia kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat dan memujuk Hakim . Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya…” (hal.52)
           iv.          Ketabahan - Hakim tabah apabila beberapa kali kertas kerjanya terpaksa dipinda dan beberapa kali turun naik bank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman… (hal.49) 

Pengajaran 
              i.          Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. – Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “ Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan…” (hal.55) 
            ii.          Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan. – Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti…
           iii.          Kita hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, sama ada ketika senang atau susah. – Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat apabila diperlukan dan memujuk Hakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga…” (hal.52) 
           iv.          Kita jangan mudah berputus asa dan kita mestilah terus berusaha hingga berjaya. – Hakim tidak berputus asa semasa dia berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman…(hal.49)

KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU 2, SPM JUN , 2017

Mohon kepada pelajar 4K1 merujuk soalan di bawah, untuk perbincangan selepas pembentangan kumpulan kedua. Pelajar boleh cuba menjawab soalan berkenaan sebelum perbincangan dijalankan.





Panduan menjawab soalan 2 (b) Prosa Moden -" Cerpen Kaduk, Ayam, dan Raja”:-

Baca petikan sehingga anda faham, kemudian jawap soalan-soalan di atas. berdasarkan panduan di bawah:-

Soalan satu- Jawapan ada dalam teks:- ( 2 markah )
Cari sekurang-kurangnya dua isi, dan isi terdapat dalam petikan teks. Sebaik-baiknya, anda menjawab tiga isi dan isi ketiga sebagai “backup” jika isi pertama dan kedua anda tidak tepat.

Soalan kedua- Soalan KBAT, tidak ada dalam teks:- ( 3 markah )
Anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangya dua isi berdasarkan Kemahiran Befikir Aras Tinggi” kerana isi tidak ada dalam petikan. Berikan cadangan agar negara lain mengimport hasil pertanian negara kita. Cadangan, jawab tiga isi kerana isi ketiga sebagai “backup) atau pembantu sekiranya isi pertama dan kedua salah.

Soalan ketiga:- ( 4 markah )
Jawab dua isi sekurang-kurangnya berkaitan soalan iaitu pengajaran. Isi pertama berdasarkan teks dan isi kedua di luar teks atau yang tidak terdapat dalam teks. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh ( Isi 1 markah + 1 markah huraian dan contoh)

Peringatan tambahan untuk soalan ketiga:-

Sekiranya soalan bermula dengan jelaskan, huraikan, terangkan…..isi anda perlu huraian dan contoh dan isi ada paling minimum perlu anda tulis dan huraikan dua isi ( huraian dan contoh) . Jika soalan bermula dengan kata arahan senaraikan, nyatakan… anda perlu menyenarai atau menulis tiga isi sahaja, tanpa perlu huraian dan contoh tetapi anda perlu menyenaraikan tiga isi paling minimum.









Tiada ulasan: