LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Selasa, 30 Januari 2018

FOKUS KE ARAH KECEMERLANGAN KOMPONEN SOALAN TATABAHASA KERTAS 2 ( 1103/2), BAHASA MELAYU SPM 2018

Soalan tatabahasa amat luas dan perlu dikuasai pelajar untuk persediaan menjawab soalan Kertas 2 Bahasa Melayu SPM ( 1103/2 ) meliputi soalan bahagian  3 (a), 3 (b) (c) dan 3 (d) dan soalan 3 (e). Sebagai makluman, kemahiran tatabahasa telah diberi penekanan kepada pelajar bermula daripada sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Oleh sebab itu, pelajar sepatutnya telah mahir kemahiran tatabahasa dan menjawab soalan berkenaan.

Sebagai makluman pelajar, soalan-soalan bahagian 3 soalan kertas Bahasa Melayu 2 SPM meliputi kemahiran menjawab soalan-soalan seperti di bawah:-

           a) Soalan 3 (a) memfokus kepada kemahiran membina ayat daripada istilah/kata diberikan.
           b) Soalan 3 (b) mefokus kemahiran kajian ayat atau sintaksis.
           c) Soalan 3 (c) memfokus kemahiran mengesan kesalan ejaan dan imbuhan dalam ayat.
           d) Soalan 3 (d) memfokus kemahiran mengesan kesalahan penggunaan istilah dan tatabahasa.
           e) Soalan 3 (e) memfokus kemahiran menguasai peribahasa Melayu.

Kelima-lima komponen soalan berkenaan memerlukan pelajar mahir pengetahuan tatabahasa untuk menjawab setiap komponen soalan  3 (a), 3(b), 3 (c) dan 3 (d). Cuba bezanya, soalan bahagian 3 (e) lebih memfokus soalan peribahasa, iaitu komponen paling penting dan berfungsi sebagai frasa menarik untuk menghasilkan karangan yang baik.

Sebagai persediaan pelajar menghadapi Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) SPM 2018, saya lampirkan Analisa Soalan Kertas Bahasa Melayu 2 Percubaan  SPM  yang digubal oleh penggubal soalan negeri-negeri di Malaysia pada tahun 2017. Cuba rujuk soalan-soalan berkenaan dan pelajar yang bijak akan cuba menjawab soalan berkenaan dan meujuk guru mata pelajaran sekiranya tidak pasti kehendak soalan. Setelah pelajar menjawab soalan-soalan berkenaan hantarlah latihan berkenaan kepada guru mata pelajaran untuk semakan.


ANALISA KERTAS BAHASA MELAYU 2 SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI MALAYSIA 2017
 ( PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA)  (1103/2)

BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

1
KEDAH
Bina dua ayat setiap perkataan diberi untuk menunjukkan anda faham maksud perkataan berkenaan.
(i)                  memotong
(ii)                menahan
(iii)               menarik

Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
  i.      Golongan  petani  membersihkan  kawasan  tanah  kebun dengan kaedah pembakaran terbuka.
 ii.      Kami telah membawa mangsa kemalangan jalan raya itu ke hospital sebelum ambulans  tiba di tempat kejadian. 
  iii.   Anda dapat menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung sekiranya anda menjadi pelanggan stesen televisyen kami.

3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Orang ramai yang memanfaat kemudahan taman awam mampu meningkatkan tahap kesihatan melalui pelbagai aktiviti fizikal seperti senaman dan bersukan secara berkumpulan atau individu. Di samping itu, keindahan persekitaran alam seperti pokok teduhan dan bunga-bungaan dikawasan itu dapat memberikan ketenangan kepada orang ramai dan kelegaan daripada stress seharian bekerja. Sesetengah taman awam telah berjaya menarik ribuan pelancong kerana mempunyai identiti dan keunikkan tersendiri. Hal ini akan membawa peningkatan ekonomi setempat dalam aspek penginapan, perniagaan makanan dan kraftangan.

     i.            Kapal terbang itu telah berhenti di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim selama dua jam setengah sebab kerosakan enjin.

    ii.            Sebagai pengguna, kita haruslah melaporkan kegiatan pencatuan harga kepada pihak berkuasa jika sekiranya peniaga menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

  iii.            Pembonceng motosikal perlu mempunyai lesen memandu agar mereka tidak pihak polis saman.
3 ( E )    PERIBAHASA


Mengisi tempat kosong dengan peribahasa sesuai.
  i.            Hubungan mesra Dato’ Amir dengan pelbagai lapisan masyarakat di kampungnya tidak menjejaskan kedudukannya sebagai ketua  pengarah  sebuah syarikat kerana ______________________.

 ii.            Murid-murid membuat kajian sejarah di Melaka sambil melawat tempat-tempat bersejarah  ___________________.

iii.            Walaupun keuntungan yang diperoleh syarikat Zahir dan Malim pada tahun ini agak merosot, mereka telah berjanji untuk mengharungi susah dan senang bersama-sama, bak kata peribahasa Melayu __________________________.



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

2
SBP
(i)                  pekat      
(ii)                pikat 
(iii)               siram     
(iv)               suram
       (iv)         indah       
(v)                endah

Tukarkan ayat aktif  di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
         i.            Saya menziarahi nenek pada hujung minggu.

       ii.            Menteri Pendidikan telah merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang yang bertempat di Dewan Jubli Intan.

     iii.            Kamu harus memandu kereta itu dengan berhati-hati kerana hujan  yang sangat lebat di lebuh raya.

3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
         i.            Sebahagian daripada tanah pesaka kepunyaan Haji Sulaiman di kampung akan diambil oleh pihak kerajaan negeri untuk menjadikan rizab jalan. 
       ii.            Projek carigali yang baharu akan dilaksanakan di pengairan Terengganu oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun hadapan.
     iii.            Rambut bayi itu kerinting dan berwarna perang kerana mengikut genetik daripada penurunan sebelah datuknya yang berasal dari Pakistan.
        i.            Remaja hari ini merupakan tonggak utama bagi merealisasikan apresiasi negara dalam masa 30 tahun daripada sekarang.
       ii.            Ayam jantan itu berbunyi dengan nyaring pada tiap pagi menandakan hari menjelang siang.
     iii.            Pasukan Bendahara bertempik keriangan apabila diumumkan sebagai juara di dalam pertandingan hiasan rumah sukan.
3 ( E )    PERIBAHASA


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat di bawah:-
     i.            Mak Mah mendidik dan menjaga anak-anak tirinya dengan penuh kasih sayang.   

    ii.            Peniaga itu mengambil kesempatan menjual barang-barang runcit di kedainya dengan harga yang tinggi kepada mangsa banjir. 

  iii.            Lagu-lagu lama yang bertemakan hari raya masih segar dan diminati sehingga hari ini. 



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

3
PAHANG
(i)                  akar tunjang
(ii)                gerak balas
(iii)               garam mineral
(iv)               isi padu
(v)                pusat graviti
(vi)               bahan api  
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
  i.            Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil   tindakan dengan segera

 ii.            Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganugerahkan sijil penghargaan kepada semua pelajar cemerlang.

iii.            Beberapa orang anggota keselamatan sedang mengawasi tempat kebakaran itu secara bergilir-gilir.  
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
     i.            Pertubuhan Klinik 1 Malaysia mampu mengurangkan beban pesakit di klinik kesihatan di kawasan bandar.                                                                          

    ii.            Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk menarik pelancung asing kunjungi ke negara ini.

  iii.            Dalam usaha menempa kejayaan, ibu-bapa sewajarnya bertanggungjawab pembentukan anak-anak menjadi modal insan berminda kelas pertama.
     i.            Cikgu Nadia meminta semua murid memuat naik nota Sejarah daripada laman sesawang itu untuk digunakan oleh kami dalam sesi pembelajaran nanti.

    ii.            Penceramah itu menerangkan tentang kebaikan aktiviti kitar semula yang dapat mengatasi masalah kekurangan tapak penghapusan sampah di negara ini.

  iii.            Pelbagai resipi yang menaikkan selera pelanggan dipamerkan di hadapan pintu masuk Kamariah Restoran.
3 ( E )    PERIBAHASA


Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan situasi yang diberi.
(i)                  Hadiah kemenangan dalam acara tarik tali itu dibahagi secara adil kepada semua ahli kumpulan.
(ii)                 (ii) Sekiranya kita ingin mencapai kejayaan dalam hidup, kita perlulah berusaha dengan gigih tanpa rasa jemu.
(iii)               Pasukan penyelamat mengambil langkah berjaga-jaga menyiapkan bantuan kepada mangsa banjir sebelum musim tengkujuh tiba.


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

4
JOHOR
(i)            faham
(ii)          memahami
(iii)         pemahaman
(iv)         keras
(v)          pengeras
(vi)         mengeraskan
Tukarkan ayat cakap ajuk di bawah kepada ayat cakap pindah

(i)                  “Semalam saya bermimpi bahawa saya menjadi seorang puteri raja,” kata Fatihah kepada rakannya.
(ii)                “Tolong, tolong! Anak saya terkunci di dalam kereta.  Anak saya masih kecil dan tidak tahu membuka sendiri pintu kereta. Cepat, cepat tolongnya,” jerit Latifah. 
(iii)               “Cis! Aku pantang orang menuduh aku mencuri. Jangan sampai aku tahu siapa yang buat semua fitnah ini, habis aku kerjakan,” kata Pak Man kepada orang kampung.

3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
(i)                  Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di restoran nasi kandar kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai lawatan ke Pulau Pinang.
(ii)                Rakyat Malaysia ternyata kurang senam dan beriadah, sayogia hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.
(iii)         Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
(i)                  Kebanyakan pemilik akuan rangkaian sosial menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi maklumat dan mempromosikan barangan serta perkhidmatan di atas talian.
(ii)                Faktor kewujudan kepelbagaian kaum-kaum di negara kita ialah kemasukan imigrasi asing dari China dan India semasa zaman pemerintahan British.
(iii)               Seni khat merupakan satu dari cabang kareografi yang berasaskan pertukangan dan semakin mendapat tempat dalam industri kraf tangan.
3 ( E )    PERIBAHASA


Lengkapkan tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
     i.            Mangsa-mangsa banjir yang telah kehilangan tempat tinggal itu berasa amat bersyukur dan berterimakasih kepada pihak kerajaan yang mengumumkan pembinaan rumah baharu untuk mereka. Mereka sangat berbesar hati dengan pengumuman tersebut bersesuaian dengan peribahasa ___________________.

    ii.            Ketua kampung sering menasihati penduduk kampung supaya tidak mementingkan diri sendiri dalam kehidupan bermasyarakat di kampung itu. Mereka janganlah menjadi seperti __________________________.

  iii.            Dalam mengejar cita-cita pelbagai kesukaran akan ditempuh, namun ibu sering kali berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana  ____________________________ .



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN        
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

5
PERLIS
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya.
(i)                  jemput  - jemput-jemput  
(ii)                jarang  - jarang-jarang
(iii)               halus  - halus-halus
Tukarkan ayat aktif  di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

         i.            Masyarakat Malaysia telah lama mengadakan majlis rumah terbuka apabila    menyambut sesuatu perayaan.

       ii.            Kamu perlu mengongsikan pengalaman berkhemah dengan rakan yang lain.

     iii.            Persatuan Sejarah Negeri Perlis mengunjungi Muzium Negara sebagai aktiviti  tahunan mereka.  
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
(i)                  Pertandingan forum berlangsung dengan lancar mengikut aturcara seperti yang  terancang oleh pihak jawatankuasa.     
(ii)                Majlis perkahwinan artis disayangi peminat itu diadakan secara buffet di Dataran  Dato’ Sheikh Ahmad.  
(iii)               erajaan mengetatkan pra-syarat kemasukan warga asing demi menyelamatkan     negara.    
         i.            Pelabuhan Klang terkenal kerana banyak kapal-kapal dari serata dunia yang  berhenti di situ. 
       ii.            Golongan budayawan wajar memartabatkan Bahasa Melayu sehingga disanjung  tinggi di peringkat dunia.
     iii.            Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis telah menganugerahkan pingat di   dalam majlis yang diadakan di Istana Arau.
3 ( E )    PERIBAHASA



         i.            Perpaduan akan menjadi realiti jika setiap warga sedar akan tanggungjawab dan peranan masing-masing serta sedia menyahut cabaran dalam era globalisasi. Andai kata perpaduan di negara ini tergugat, akan terjadilah perpecahan  ibarat____________________________________

       ii.            Masyarakat harus sedar untuk mengubati penyakit lebih sukar daripada mencegahnya. Oleh sebab itu, masyarakat harus mengamalkan kehidupan yang sihat dengan melakukan aktiviti bersenam, berjoging dan berekreasi seperti kata orang tua-tua _____________________________________

     iii.            Sambutan masyarakat terhadap makanan segera semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, Ramly memperbanyak gerai burgernya di sekitar Kuala Lumpur. Keadaan ini seperti ____________________________________




BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

6
TERENGGANU
(i)  gemerlap
(ii) gemilang
(iii) gemuruh
{iv) gelisah
(v) gelojoh
(vi) gersang
Cerakinkan ayat-ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
         i.            Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.

       ii.            Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.

     iii.            Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi  jiran mereka.


3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
         i.            Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menelenna darah secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko scrangan sakit jantung.

       ii.            Tiga orang gurlr SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.

     iii.            Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Ramadan yang lepas.
         i.            Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.

       ii.            Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.

     iii.            Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjaya menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang
3 ( E )    PERIBAHASA



Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah
(i)    jinak-jinak merpati
(ii)   melepaskan anjing tersepit
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

7
MRSM
         i.            merebus
       ii.            mereneh
     iii.            menanak
     iv.            mencelur
       v.            mengukus
     vi.            menjerang
Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur  asalnya.
Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka mempunyai bangunan-bangunan bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat menarik. Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka. Kerajaan negeri mengadakan Kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia. Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang pekerjaan terbuka luas. Banyak pelancong mengunjungi Melaka. Ekonomi Melaka meningkat.
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
     i.            Pegawai itu mensifatkan tragedi lumpur yang berlaku merupakan kejadian terburuk dalam tempuh 20 tahun.
   ii.            Penceramah itu memberikan definasi yang tepat dengan judul ceramah yang disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.
 iii.            Alat mengimbas suhu atau termografik akan dipasang disetiap pintu masuk utama negara bagi mengesan tahap kesihatan pelawat atau pelancong.
     i.            Majlis pemberian anugerah kepada semua pelajar-pelajar cemerlang di sekolah itu baru sahaja selesai.
    ii.            Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya berlangsung di luar dewan pada pukul 10 pagi ditunda oleh kerana hari hujan.
  iii.            Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.
3 ( E )    PERIBAHASA


Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.
  i.            Di mana bumi dipijak,………………………………………………..
ii.            Masuk kandang kambing mengembek, …………………….
……………………………………
iii.            Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian………
…………………………………………………..
iv.            ……………………………………………………….., tak lekang dek panas.
v.            ………………………………………………………., sesat jalan.
vi.            ………………………………………………………….., melepaskan pucuk masing-masing.


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

8
KELANTAN
     i.            menyebar luas
   ii.            membaik pulih
 iii.            melipat ganda
 iv.            sahabat pena
   v.            budi bicara
 vi.            budi pekerti
Kenal pasti dan tulis subjek dan prediket yang lengkap setiap ayat seperti berikut:-
Subjek  : …………………………………………………………………………..
Prediket:…………………………………………………………………………..
  i.            Pekerja-pekerja itu didedahkan dengan peralatan moden untuk membuat kerja-kerja di kilang.
 ii.            Kelajuan kenderaan dibenarkan di lebuh raya 110 kilometer sejam.
iii.            Pada bulan yang lalu, kami sekeluarga bercuti di Pulau Sentosa.
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
     i.            Usaha kerajaan Johor menggalakkan penanam nenas disambut baik oleh petani, terutama di daerah Pontian.
   ii.            Langkah kerajaan menghadkan kadar kelajuan kenderaan di seluruh negara Berjaya mengurangkan kejadian kemalangan.
 iii.            Duli Yang Mulia Seri Paduka BagindaYang Di-Pertuan Agung telah perkenan untuk mencemar duli merasmikan Festival Makanan Kampung yang akan diadakan di Dataran Merdeka.
  i.            Perbuatan keracunan makanan di dalam kalangan murid yang berlaku di beberapa  sekolah di negara kita perlu ditangani oleh pihak yang bertanggungjawab dengan kadar segera agar tahap kesihatan dan keselamatan murid sentiasa terjamin.
 ii.            Pemergian kedua orang abangnya ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran telah menaikkan emosi pelajar yang cacat anggota itu untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengikut jejak mereka.
iii.            Kementerian Pendidikan Malaysia akan  memberikan inisiatf berupa elaun tambahan di setiap bulan kepada guru-guru yang bertugas di kawasan pedalaman negara ini.
3 ( E )    PERIBAHASA


Baca  ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyataka peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam ayat-ayat tersebut.
         i.            Ibu menasihati anak-anaknya supaya rajin menuntut ilmu dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menangani cabaran dalam kehidupan seharian  dengan lebih bijaksana di samping memperkaya ilmu pengetahuan mereka.
       ii.            “Setiap murid haruslah berbelanja dengan berhemat dan rajin menabung sejak kecil untuk masa depan mereka,” pesan guru kepada anak didiknya.
     iii.            Tindakan abang yang cuba membantu sahabatnya daripada diganggu ceti haram akhirnya  mengakibatkan dia turut diancam oleh kumpulan tersebut.


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

9
SABAH
(DAERAH BELUD)
         i.            melipatgandakan
       ii.            mengucar-ngacirkan
     iii.            menguatkuasakan
     iv.            mengemaskinikan
       v.            mencampur-adukkan
     vi.            menguar-uarkan


Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya. 
         i.            Saya akan mengalihkan pasu-pasu bunga itu ke halaman rumah esok.
       ii.            Pelancong dari luar negara mengagumi keunikan budaya rakyat  Sabah
     iii.            Landoi menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan surau secara sukarela
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
         i.            Pertandingan diklamasi puisi sempena hari kebangsaan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat disertai daripada pelbagai kaum.
       ii.            Perasaan curiga atau was-was merupakan masalah yang dialami oleh sesetengah orang sehingga menyukari seseorang itu menilai dan membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
     iii.            Jabatan Imigresen memaklumkan bahawa terdapat pelbagai faktor yang dapat dikaitkan dengan sinareo peningkatan ketara dari segi kemasukkan pekerja asing ke negara kita.
         i.            Pelancong daripada Jepun itu terpegun semasa melihat kemahiran orang buta itu menyulam bakul rotan dengan pantas.
       ii.            Kerajaan seharusnya memberikan pembebasan cukai atas pembelian rumah mampu milik demi untuk meringankan bebanan rakyat yang berpendapatan rendah.
     iii.            Kementerian Pendidikan mengingatkan pentadbiran sekolah yang mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya menyimpan kes disiplin yang berlaku di sekolah masing-masing.
3 ( E )    PERIBAHASA


Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

Pak Ali: Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baharu memang sentiasa wujud dalam diri seseorang remaja. Walau bagaimanapun, akal dan fikiran yang rasional perlu diutamakan kerana ………………. (i)…………………………………

Puan Salma: Betul kata ayah kamu. Golongan remaja tidak harus melakukan sesuatu perkara dengan terburu-buru. Mereka perlu …………..(ii)…………… apatah lagi jika sesuatu itu melibatkan masa hadapan mereka.

Nurul Erna:  Baiklah,ibu. Baiklah,ayah. Saya akan sentiasa ingat akan pepatah masyarakat kita, iaitu, ………………(iii)………….. . Saya berjanji akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.




BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

10
PERAK
DAERAH PERAK
TENGAH
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                  tunjuk                   -              telunjuk
(ii)                kuncup                 -              kemuncup
(iii)               guruh                    -              gemuruh


Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat permintaan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat larangan.
(i)                  “Jemputlah makan pisang goreng ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.
(ii)                “Buang sampah ini ke dalam tong sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada anak muridnya.
(iii)               “Usah ganggu adik kamu yang sedang tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.
(iv)               “Tolong susun buku-buku di rak itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada pengawas-pengawas lain.
(v)                “Jangan bising ketika berbaris,” pesan guru disiplin kepada semua murid.
(vi)               “Balut semua buku teks ini jika tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas itu kepada semua muridnya.


3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
(i)                  Setiap hari keluarga harus luang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
              demi mengukuhkan tali silaturrahim.
(ii)                Majikan itu telah melakukan siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum upahnya
               untuk bekerja.
(iii)               Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.

(i)   Kesemua pemain-pemain itu akan mendapatkan latihan yang secukupnya daripada
      pengurus pasukan sebelum melayakkan diri mereka   
      ke pusingan akhir dalam pertandingan  
      bola sepak itu.

(ii) Beribu penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
      pasukan bola sepak Harimau Malaya dengan   
      Thailand dalam pertandingan Piala Pusingan  
      Suzuki AFF baru-baru ini.

(iii)   Kereta yang Hasnol pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.


3 ( E )    PERIBAHASA


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sikap Salmiah yang terlalu memanjakan anaknya,  Salim akhirnya mendatangkan masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari kesilapannya dalam mendidik anak tunggalnya itu, namun semuanya sudah terlambat kerana Salim sudah meningkat remaja. Hal ini demikian kerana usaha mendidik anak mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-anak mudah dibentuk dan menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

11
MELAKA
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda  faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan,  menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau  nama khas.
(i) duduk
(ii) penduduk
(iii) terduduk
(iv) kedudukan
(v) pendudukan
(vi) menduduki

Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
         i.            Poster yang telah saya hasilkan dalam pertandingan Hari Kemerdekaan mendapat   hadiah pertama peringkat kebangsaan.
       ii.            Pelbagai bantuan makanan dan pakaian telah diterima oleh mangsa-mangsa banjir   di Kuantan, Pahang apabila rumah mereka dilanda banjir.
     iii.            Sikap suka menangguh pekerjaan harus diketepikan oleh setiap pelajar ketika    membuat ulang kaji untuk peperiksaannya.
[
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN    
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari        segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

         Gambir sejenis tumbuhan panjat yang tumboh meliar di hutan. Di Malaysia, tumbuhan renik ini banyak terdapat di hutan tebal Sarawak. Gambir Sarawak dikenali dalam rawatan tradisional sebagai alternatif kepada rawatan moden yang mahal. Sebagai contoh, masyarakat Melayu gunakan gambir sebagai losyen untuk merawat kesan melecur.    
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah   dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
         i.            Penonton terpegun dengan kepantasan Maria mengemukakan semua hujah-hujahnya   dalam pertandingan bahas itu.
       ii.            Strategi baru yang lebih menyeluruh akan kerajaan lancarkan bagi meningkatkan     industri padi dan beras negara.
     iii.            Semasa ekspedisi mendaki Gunung Jerai, terdapat peserta-peserta yang cedera dan    mereka tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.
3 ( E )    PERIBAHASA


Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai  dengan ayat-ayat tersebut.
         i.            Tiap-tiap petang, Kamalia dan rakan-rakannya bersiar-siar di taman bunga itu untuk   menghilangkan penat.
       ii.            Janganlah kita boros berbelanja, sebaliknya berbelanjalah mengikut kemampuan    atau bersesuaian dengan pendapatan yang kita peroleh setiap bulan.
     iii.            Apabila kita berada di rantau orang, janganlah kita meninggi diri dan patuhilah     adat resam tempat tersebut.


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

12
PERAK
SMK SUNGAI
MANIK
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) tunjuk  - telunjuk

(ii) guruh  - gemuruh

(iii) sabut  - serabut


Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.

         i.            Tolong padamkan lampu sebelum meninggalkan bilik ini.
       ii.            Jangan minum air yang terdedah itu.
     iii.            Sila serahkan borang permohonan yang telah lengkap ke pejabat.
     iv.            Fikirkanlah sebelum kamu bertindak.
       v.            Jemputlah datang ke rumah saya pada hujung minggu ini.
     vi.            Hantarlah buku itu sebelum pulang.

3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebihdaripada satu kesalahan ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 

         i.            Doktor Azira teringatkan pesakitnya supaya menghabiskan antiboitik itu  dalam masa seminggu.
       ii.            Kami akan pembantu nenek menyiapkan tempahan tempeyek terutamanya   pada musim-musim perayaan secara sukarela.
     iii.            Encik Azman meminta pekerjanya memfotostet perjanjian jual beli itu    sebanyak lima persalinan untuk diberikan kepada pelanggannya.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih  daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan  tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

         i.            Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghilangkan wang    demi untuk membeli barang yang tidak mustahak.
       ii.            Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater    muzikal yang akan diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
     iii.            Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati bila beg tangannya     dirampas oleh  dua orang lelaki bermotosikal.

3 ( E )    PERIBAHASA


Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau   istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih  daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan  tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

         i.            Sikap boros perlu dielakkan kerana mendorong kita menghilangkan wang    demi untuk membeli barang yang tidak mustahak.
       ii.            Semua murid-murid tidak sabar untuk menyaksikan tayangan teater    muzikal yang akan diadakan bersempena dengan Minggu Kesenian nanti.
     iii.            Gadis itu menjerit dengan sekuat-kuat hati bila beg tangannya     dirampas oleh  dua orang lelaki bermotosikal.




BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

13
SELANGOR
Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

         i.            Kaki
       ii.            Gugus
     iii.            Berkas
     iv.            Lembar
       v.            Pasang
     vi.            Kuntum

Nyatakan jenis-jenis ayat perintah di bawah dan nyatakan sama ada ayat tersebut ayat suruhan, ayat permintaan, ayat silaan atau ayat larangan.

         i.            Jemput ke majlis perkahwinan saya.
       ii.            Jangan lalu di kawasan peperiksaan.
     iii.            Buang sampah ke dalam tong sampah.
     iv.            Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku.
       v.            Baca soalan dengan teliti sebelum menjawabnya.
     vi.            Harp bersabar sebelum menunggu giliran anda.

3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebihdaripada satu kesalahan ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
         i.            Tasik Putrajaya yang berukuran tujuh kilo meter panjang dikelilingi oleh pohon-pohon yang beraneka warna dapat memperindahkan lanskap.
       ii.            Kempen AntiIsrael telah dilancarkan dengan mensarankan pengguna agar memboikot barangan keluarannya seperti Cola-cola dan Mc Donalds.
     iii.            Negara kita akan menghadapi krisis makanan jika terlalu bertumpukan perhatian kepada bidang perindastrian demi mengejar status negara maju.
Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.  Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahanpenggunaan akata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
       Negara kita kaya dengan hasil bumi dan kekayaan ini menjadi daya tarikan yang menolak kuasa asing agar menguasainya. Apabila Revolusi Perindustrian berlaku di England, British  memerlukan bijih timah untuk memenuhi  keperluan banyak kilang-kilangnya.  Keadaan politik yang goyang di Negeri-negeri Melayu memberi peluang pada British untuk ikut serta dan memaksa sultan-sultan Melayu menerima naungan British.

3 ( E )    PERIBAHASA


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi petikan tersebut.
         Sebelum zaman penjajahan British, orang Melayu telah menjalankan kegiatan pertanian secara kecil-kecilan hanya untuk menyara diri dan keluarga. Kedatangan penjajah yang telah mengembangkan perlombongan bijih timah dan pertanian getah menjadikan imigran Cina dan India dibawa masuk ke Tanah Melayu kerana telah menjadi lubuk rezeki.  Kerana menyedari kepentingan perpaduan, mereka telah menubuhkan Parti Perikatan lalu membentuk kerajaan yang merdeka.



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

13
SARAWAK
(LIMBANG)
Tulis satu ayat bagi setiap penjodoh bilangan di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i)                  dilema
(ii)                delima
(iii)               bendang
(iv)               gendang 
(v)                sarat
(vi)               surat  
Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

         i.            Malaysia mempamerkan aksi yang membanggakan apabila berjaya mengutip 17 emas dalam kejohanan sukan itu.

       ii.            Kita tidak dapat menafikan hakikat bahawa cuaca memainkan peranan penting dalam hidup.

     iii.            Pihak berkuasa hendaklah menjalankan kempen keselamatan di jalan raya untuk memastikan jumlah kemalangan berkurangan.
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

Dalam usaha hendak melahirkan atlit setaraf dunia serta jenerasi yang berdaya saing, Kementerian Pendidikan Malaysia akan mewajibkan setiap pelajar sekolah menyertai satu bidang sukan sebagai landasan untuk menyungkil bakat sukan pada peringkat akar umbi yang berlaku secara kolektif, bersepadu dan konsistan.
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

         i.            Ayah memberitahu saya dan emak bahawa kami akan pulang di kampung pada hujung minggu itu untuk melihat nenek. 
       ii.            Setiap pekerjaan haruslah dilakukan mengikut produser supaya hasil yang diperoleh memuaskan hati kepada semua pihak. 
     iii.            Kereta sampel terbaharu keluaran syarikat pengeluar kereta nasional itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari ramai orang.  
3 ( E )    PERIBAHASA


Nyatakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa yang dikemukakan.

(i)                  menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri
(ii)                air dicencang tiada akan putus
(iii)               Bagaimana acuan begitulah kuihnya


BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

14
NEGERI SEMBILAN
Tulis satu ayat bagi setiap pasangan kata di bawah supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
         i.            melawat – merawat
       ii.            mengwap – menguap
     iii.            mengelar - menyelar
Tukar ayat ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud ayat asalnya.
         i.            Tugas mengemaskinikan carta organisasi Persatuan bahasa Melayu telah kami laksanakan pada petang semalam.
       ii.            Bimbingan awak sangat kami perlukan untuk memastikan kertas kerja yang disediakan  menepati format  yang dikehendaki.
     iii.            Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara.
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak  boleh menyenaraikan lebihdaripada satu kesalahan ejaandan satu kesalahan penggunaanimbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 
         i.            Penulis mengabadi kisah hidup beliau sebagai negarawan dalam baiografi.
       ii.            Kualiti turapan jalan raya itu tidak mengikut speksifikasi yang ditetapkan oleh Jabatan Kerja Raya.
     iii.            Beberapa orang penjawat awam yang berprofail tinggi mengenal pasti oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah  Malaysia terlibat dalam penyalahgunaan kuasa.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata dan istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
         i.            Kewujudan media sosial telah mencetuskan perang preskripsi dalam kalangan masyarakat kini.
       ii.            Senaman yang konsisten sambil teknik yang betul akan dapat mengatasi masalah hipotisis dan diabetes.
     iii.            Halia, pegaga dan serai adalah antara herbivor yang mempunyai perubatan nilai yang tinggi.
3 ( E )    PERIBAHASA


Baca maksud peribahasa di bawah, kemudian nyatakan peribahasa tersebut.

         i.            Status orang yang berjawatan tinggi tidak akan terjejas walaupun bergaul dengan orang bawahannya.
       ii.            Seseorang yang menanggung akibat daripada kesalahan yang diakukan oleh orang lain.
     iii.            Sesuatu adat dan budaya yang masih utuh dan sesuai diamalkan sepanjang masa.



BIL
NEGERI
3 (A) MEMBINA AYAT DENGAN PERKATAAN       
          DIBERI.
3 (B)  KAJIAN AYAT- SINTAKSIS

15
WILAYAH PERSEKUTUAN
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud penggunaannya. Anda tidak boleh menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
         i.            hemah  - hemat
       ii.            rasmi   - resmi
     iii.            inspirasi - aspirasi
Tukar ayat bersusunan songsang di bawah ini kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
         i.            Sudah ditetapkan pada usia 60 tahun persaraan kakitangan kerajaan.
       ii.            Terletak di Bukit Perdana banglo mewah berharga RM3 juta itu.
     iii.            Sungguh menakjubkan pertunjukan udara yang diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara.
3 ( C )  MENGESAN KESALAHAN EJAAN DAN    
            IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM PETIKAN.
3 (D ) MENGESAN KESALAHAN ISTILAH DAN   
            TATABAHASA
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
         i.            Walaupun Mariah seorang wanita seorang wanita yang berkerja, namun dia sempat memasak bihun goreng untuk anak-anaknya bersarapan sebelum pergi ke sekolah.
       ii.            Banjir besar itu telah menenggelami semua perabut di rumahnya dan menyebabkan Amir mengalami kerugian yang besar.
     iii.            Sambutan ulang tahun perkahwinannya yang ke 3 telah diada di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
         i.            Seiras dengan pelaksanaan GST, pendapatan Negara telah meningkat dalam kadar yang paling tinggi sekali sejak 10 tahun yang lalu.
       ii.            Yang di-Pertuan Agong menitahkan bahawa beliau amat berbangga dengan pencapaian negara ini di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
     iii.            Kapal terbang itu akan berhenti di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dalam masa satu setengah jam lagi.
3 ( E )    PERIBAHASA


Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan tersebut.

Aku dengan Amirah bersahabat baik sejak kecil. Aku mempercayai dirinya dan yakin bahawa dia dapat menyimpan rahsiaku, namun telahanku silap. Amirah telah menceritakan rahsia peribadiku kepada orang lain sedangkan sebelum ini dia pernah berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut walau berlaku apa-apa sekalipun. Betullah kata orang tua-tua bahawa kita tidak boleh menyamakan orang lain seperti diri kita. Mungkin sekarang Amirah sudah berubah. Sungguhpun begitu, tiada apa-apa yang boleh dibuat lagi. Semuanya sudah terlambat. Aku tidak mempercayainya lagi.



SEKIRANYA PELAJAR MAMPU MENJAWAB SOALAN-SOALAN BERKENAAN, TAHNIAH KERANA  ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM 2018. SEKIRANYA BELUM, PASTIKAN BAHAGIAN KOMPONEN SOALAN MANA PELAJAR MASIH LEMAH DAN BERTINDAK DARIPADA SEKARANG UNTUK MENGUASAI KEMAHIRAN BERKENAAN. 
USAHA TANGGA KEJAYAAN

SEKIRANYA ADA RUANG DAN MASA, SAYA AKAN MEMPERKATAKAN SETIAP
FOKUS SOALAN BAHAGIAN 3 (TATABAHASA) DALAM KELUARAN ATAU CORETAN SAYA AKAN DATANG SERTA ULASAN KEMAHIRAN MENJAWAB SOALAN-SOALAN BAHAGIAN 3. INSYAALAH.

DOAKAN SAYA SIHAT UNTUK MEMBANTU PELAJAR MENGHADAPI SOALAN KOMPENAN TATABAHASA DAN KOMPENAN SOALAN KERTAS 1 DAN 2
KERTAS BAHASA MELAYU SPM (1103). 


Tiada ulasan: