Ahad, 21 Januari 2018

BAHAN PEMBENTANGAN KOMSAS UNTUK PERSEDIAAN PEMBENTANGAN KELAS 4K1 DAN 4K2- GURINDAM DUA BELAS ( FASAL YANG KETIGA)

Puisi Tradisional
(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )
MAKSUD
RANGKAP
MAKSUD
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

     TEMA      

Nasihat memelihara anggota diri. 
Gurindam ini memberi nasihat supaya memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN
1.       Persoalan memelihara penglihatan dalam kehidupan
2.       Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
3.       Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
4.       Persoalan semangat penting dalam kehidupan


BENTUK
1.       Mempunyai 7 rangkap.

2.       Setiap rangkap mengandungi 2 baris
               Contohnya : Apabila terpelihara mata,
                                     Sedikitlah cita-cita

3.       Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

4.       Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata


5.       Rima akhir aa
               Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
              Nescaya dapat daripadanya faedah

GAYA BAHASA
       1.       Kata ganda – cita-cita
       2.       Asonansi – pengulangan vokal a 
        Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
       3.       Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g
               Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan  (rangkap 4 baris 1)

NILAI

         i         Nilai kebijaksanaan, Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
       ii.            Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
     iii.            Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.

PENGAJARAN
         i.            Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana.
       ii.            Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
     iii.            Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
     iv.            Kita hendaklah sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

SOALAN LATIHAN

Baca gurindam di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga )

Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita. 

Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan. 

Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

i )   Berikan maksud rangkap keenam:-
       Anggota tengah hendaklah ingat,
       Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

       ................................................................................................................................................

       ................................................................................................................................................

ii)  Pada pendapat anda, apakah empat perbuatan buruk yang akan berlaku sekiranya seseorang
      itu berada dalam keadaan kekenyangan?

       ................................................................................................................................................

       ................................................................................................................................................

iii) Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas?

       ................................................................................................................................................

       ................................................................................................................................................

Cadangan jawapan Gurindam Dua Belas Fasal Ketiga

Soalan pertama:-

Rangkap keenam bermaksud kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Soalan kedua:-

Pada pendapat saya, perbuatan buruk yang akan berlaku sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan kekenyangan boleh  menyebabkan individu tersebut mudah menghadapi obesiti, dan diabetis. Bahkan juga, orang yang kekenyangan akan cepat mengantuk dan ini akan mengakibat kerja mereka tidak akan selesai.

Soalan ketiga:-
Dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam  Dua Belas Fasal Ketiga ialah kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana kerana sekiranya kita silap menggunakan mata kita akan berdosa seperti melihat perkara maksiat. Selain itu, kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan seperti mudah mengidap penyakit diabetis dan obesiti. Kita juga perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat dengan mengelak daripada mencerca orang lain tetapi melebihkan sifat bersabar.



SELAMAT MELAKSANAKAN PEMBENTANGAN, PERBINCANGAN DAN LATIHAN

Tiada ulasan: