Selasa, 16 Januari 2018

LATIHAN RUMUSAN PADA 17/1/2018 ( RABU) UNTUK KELAS 5 SAINS, 4K 1 DAN 4K 2. MAAF, KERANA SAYA TIDAK HADIR KE SEKOLAH ESOK KERANA ADA TEMU JANJI DENGAN DOKTOR PAKAR HOSPITAL KUALA LUMPUR

LATIHAN MERUMUS TEKS KELAS 5 SAINS,  4K 1 dan 4K 2. ( TARIKH 17 JANUARI/ RABU)
Soalan 1 : Rumusan ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2016/ Kinta)

[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

  Terdapat  orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

  Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak terkawal.   Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.
Dipetik dan diubah suai daripada
  ‘Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah’
oleh Amlir Ayat,
 Dewan Masyarakat, November 2011


Lengkapkan Perenggan di bawah:-

      A.       Perenggan Pengenalan Rumusan: ( Pilih salah satu )

Petikan memperkatakan………………………………………. ………………..di ……………......

................


Atau:-

Rumusan memperkatakan………………………………………….. dan ……………………......

……………………………………………………….....

         B.    Perenggan isi tersurat:-

Faktor penyumbang kepada berlakunya …………………………….. seperti………………......

…………………………………………… Selain itu, longgokan sampah berlaku kerana………

………………………….. ………dan ………………………………………………. Bahkan juga,

longgokan  sampah berlaku  akibat……………………………………………serta………………

………………………………………………. Akhirnya, longgokan sampah terjadi akibat……....

..................................................


        c.    Perenggan isi tersirat:-

Kesan akibat longgokkan sampah akan menyebabkan..…………………………………….

dan ………………………………………………………………………………….


         D.    Perenggan penutup rumusan:-

Kesimpulannya, …………………………….( siapa pihak terlibat) perlu berperanan untuk

menyelesaikan masalah berkenaan   agar……………………………………………………………


Tampalkan rumusan lengkap anda ke dalam buku rumusan.


Latihan pengukuhan:-

Soalan Petikan umum ( Untuk pelajar tingkatan 5 Sains sahaja, sila jawab)

Soalan  2 (a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1,  jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

   (i)    Berikan maksud rangkai kata semakin serius.                                            [2 markah]

…………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………….


  (ii)    Pengarang mengemukakan beberapa cara menangani masalah pembuangan          
sampah yang tidak terkawal.

          Nyatakan cara-cara tersebut.                                                                       [3 markah]

………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………...

…………………………………………………….......................................................................

  (iii)  Kerajaan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Pada              pendapat anda, bagaimanakah kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan?


         Berikan tiga cara.                                                                                          [4 markah]

…………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………


MOHON KERJASAMA ANDA MENYIAPKAN LATIHAN DI ATAS
SEPANJANG KETIADAAN SAYA PADA HARI RABU ( 17 JANUARI 2018).
PELAJAR SMK SERI LONDANG EXCELLENT





































CADANGAN JAWAPAN

CADANGAN PENGENALAN:-

i)        Petikan memperkatakan punca-punca/sebab-sebab/ berlakunya longgokan sampah di negara kita/ di Malaysia.

ii)      Rumusan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah.

ISI TERSURAT TERDAPAT DALAM PETIKAN:- ( ISI BERWARNA KUNING)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjangnya rumusan hendaklah tidak  melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dua kilogram sampah sehari. Kira-kira 45 peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada sisa makanan. Keadaan ini disebabkan oleh sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan mengikut keperluan. Sampah terhasil apabila isi rumah membuang apa-apa yang tidak perlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di tempat sendiri.

  Terdapat  orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu, amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

  Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan. Keadaan ini diburukkan lagi apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi. Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan masalah longgokan sampah yang tidak terkawal.   Contohnya, penggunaan lampin pakai buang yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi kesejahteraan hidup manusia.


CADANGAN ISI TERSIRAT: ( TIADA DALAM PETIKAN/ PERLUNYA MENCARI ISI DENGAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI DENGAN MEMFOKUS KATA KUNCI ISI TERSIRAT - KESAN-KESAN LONGGOKAN SAMPAH )

  1. Pencemaran alam sekitar akan berlaku.
  2. Persekitaran akan menjadi kotor.
  3. Menimbulkan pencemaran bau.
  4. Pengguna atau masyarakat akan menghirup udara tercemar.
  5. Tempat pembuangan sampah akan menjadi tempat pembiakan nyamuk, lalat, dan seranggan perosak.
  6. Penyakit berjangkit akan mudah merebak.
  7. Pemandangan persekitaran akan terjejas.
  8. Ekonomi peniaga yang bernaiaga berhampiran tempat pembuangan sampah akan terjejas.
  9. Imej negara akan terjejas.
CADANGAN PERENGGAN PENUTUP RUMUSAN:-


Kesimpulannya, pihak  Majlis Daerah dan Kerajaan Tempatan perlu bertindak mengatasi masalah longgokan sampah agar kehidupan masyarakat terjamin.


PASTIKAN RUMUSAN YANG ANDA HASILKAN MANTAP DAN CEMERLANG


Isnin, 15 Januari 2018

FUNGSI DAN KEPENTINGAN PENANDA WACANA DAN BINAAN AYAT MAJMUK DALAM RUMUSAN


Hasilan rumusan lengkap berdasarkan soalan 1, Kertas Bahasa Melayu 2, SPM 2017.

                 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.

           Pembelajaran Komponen Sastera  akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.

Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.


Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan yang berguna.

Panduan untuk  membina rumusan yang baik:-

i)  Penggunaan penanda wacana, seperti " bahkan juga, begitu juga, selain itu, akhirnya ". Penggunaan penanda wacana berkenaan akan mempertaut atau mengaitkan isi sebelum, dan selepasnya serta isi terakhir. Pelajar boleh melihat fungsinya pada bahagian penanda wacana yang diwarnakan dengan warna kuning pada bahagian perenggan isi tersurat pada rumusan lengkap di atas.

ii)  Penggunaan ayat majmuk. Ayat majmuk digunakan untuk mengurangkan bilangan patah perkataan. Selain itu, penggunaan ayat majmuk dapat mempelbagaikan ayat dalam rumusan selain, penggunaan ayat tunggal.

     a)  Ayat tunggal. Binaan ayat tunggal terdiri dariapada subjek dan prediket.
Contoh:  Pembelajaran Komponen Sastera  akan menjadikan pendidikan Bahasa                             Melayu semakin luas.
              Pembelajaran komsas - frasa subjek.
              akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu  semakin luas- Frasa perdiket.

     b)   Ayat majmuk dalam binaan rumusan, melibatkan satu subjek dan dua 
           prediket.

Contoh: Pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan  mereka dapat memperluaskan perbendaharan kata. ( Patah perkataan - 15)

      Ayat isi tersurat di atas terdiri dua ayat tunggal:-
      i)   Pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-                          karya sastera.
     ii    Pembelajaran komsas akan dapat memperluaskan perbendaharaan kata 
        murid.   ( Jumlah perkataan apabila kedua-dua isi dibina dalam binaan ayat tunggal akan menyebabkan bilangan patah perkataan banyak- 16 patah perkataan)

 Contoh lain: ( Perenggan isi tersirat)
 Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS. ( 20 patah perkataan sahaja)

     Ayat isi tersirat di atas terdiri dua ayat tunggal:-
     i)  Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera.
   ii) Selain itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS. ( Jumlah perkataan akan bertambah apabila kedua-dua isi dibina dalam binaan ayat tunggal - 24 patah perkataan)

     Kesimpulannya, penggunaan ayat majmuk dapat mengurangkan bilangan patah perkataan dan pelajar dapat mempelbagaikan ayat semasa membina rumusan. Sebagai makluman, binaan ayat majmuk selalunya menggunakan kata hubung untuk menghubungkan dua isi atau dua frasa prediket dengan satu frasa subjek. Pada rumusan, kata hubung diwarnakan dengan warna biru.

Jumaat, 12 Januari 2018

NOTA PEMBENTANGAN KOMSAS KELAS 4 K1 ( CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA- TARIKH PEMBENTANGAN KHAMIS 19 JANUARI 2018) (KELAS 4K2 - TARIKH PEMBENTANGAN RABU 24 JANUARI 2018)

CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
              A.    Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernama Hakim yang berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam pertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah Pak Kaduk, iaitu suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya telah kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah miliknya. Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan.
Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam yang juga merupakan seorang peguam. Dengan hujah dan bukti yang baik Akhirnya Hakim berjaya mendapatkan tanah tersebut semula. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam kerana dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa mengimport bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang sangat banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara bagi menyediakan bahan makanan kepada rakyat.

Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak, akhirnya Hakim berjaya memulakan penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor. Setelah hampir setahun, Hakim berbincang dengan azam tentang pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim menjelaskan kepada Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah dipotong untuk membayar hutang kepada pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun Hakim sendiri yang menternak ayam, tetapi hasilnya telah diekspoitasi oleh pihak lain. Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisah datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan ternakan ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank atau hutang RAJA.

B. Tema

Cerpen ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang menceburi bidang keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan bukti yang baik, akhirnya Hakim berjaya mendapatkan semula tanah tersebut. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.  

C.      Persoalan

1.             Pemberian nama yang baik kepada anak Pak Kaduk dan Hassan telah memberikan nama yang baik kepada anak masing-masing . Kaduk menamakan anaknya Hassan…Hassan juga telah memilih nama yang baik untuk anaknya… (hal.46) 

2.            Sikap cakna seseorang tentang sejarah keluarga Hakim menyedari kedudukan sebenar Pak Kaduk dianiaya oleh raja. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya… (hal. 46) 


3.            Perjuangan bagi mengembalikan maruah keluarga yang tercemar Hakim telah berusaha untuk menuntut hak atas tanah datuknya yang telah dirampas. … Hakim memfailkan saman menuntut hak milik Kaduk. (hal.46)

4.            Kegigihan pemuda bagi menjayakan sesuatu perancangan Hakim sangat gigih dengan cara berbincang dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menjayakan ternakan ayamnya. “Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan…” (hal.48) 


5.            Penganiayaan dalam perniagaan Hakim berasa teraniaya kerana kebanyakan hasil jualan ayamnya masuk ke kantung pihak lain. “Syarikat besar seperti RAJA itu akan untung berlipat ganda…”(hal.51) 

D.  Plot
a)      Permulaan Pak Kaduk berkaga ayam dengan raja. Walaupun ayamnya menang tetapi tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu, Pak Kaduk menjadi semakin miskin dan susah. Pak Kaduk mempunyai seorang anak bernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang anak bernama Hakim.
b)      Perkembangan Hakim merupakan seorang pemuda lulusan universiti yang telah berusaha untuk menebus tanah pusaka yang tergadai disebabkan peristiwa lampau itu. Hakim telah meminta bantuan Azam, iaitu rakannya yang berkelulusan undang-undang. Hakim berjaya mendapatkan tanah itu semula.
c)      Konflik Hakim menggunakan tanah itu untuk menternak ayam secara komersial. Hakim terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak untuk memulakan penternakan ayam.
d)      Klimaks Hakim hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana hasil ternakan ayam terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA dan menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan bahawa keadaan ini merupakan penganiayaan terhadap dirinya.
e)      Peleraian Akhirnya, Hakim sedar bahawa penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu sehingga sekarang. Pihak yang memegang kuasa ekonomi sentiasa menindas rakyat yang miskin.


E.  Teknik
              i.        Teknik Penceritaan Pemeriaan Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup merempat dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah. (hal.45)

            ii.        Dialog “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali. Ayam-ayam kecil yang lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.” (hal.50)

           iii.        Imbas kembali Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan- tuan dan puan-puan…” (hal. 48)

           iv.        Imbas Muka “Apa gunanya membina… mana ada pelancong yang nak datang…” (hal.66) 


F.  Watak Perwatakan 
Watak Utama :-
Hakim Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucu Kaduk. Kaduk menamakan anaknya Hassan… Hassan juga telah memilih nama … iaitu Hakim yang bererti “bijaksana”. (hal.46) 
Peka akan perkara yang berlaku di sekeliling Hakim peka akan penganiayaan yang telah berlaku terhadap datuknya Kaduk. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan terutama dalam kes tanah datuknya… (hal.46).
Bijaksana dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketika membuat perancangan untuk mendapatkan tanah datuknya semula. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46) 
Sangat gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untuk menjayakan ternakan ayamnya. Hakim telah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang… (hal.49).
Watak Sampingan:- 
Azam. Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang. … seorang mahasiswa jurusan undang-undang. (hal.46) 
Peguam yang bijak Azam merupakan seorang peguam yang bijak. Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. (hal.47).
Suka memberikan nasihat kepada Hakim Azam seuka memberikan nasihat kepada Hakim jika didapati Hakim membuat keputusan yang kurang bijaksana. “ Kau nak buat tugu Pak Kaduk ke? … Mana ada pelancong yang nak datang melawat ?” tanya Azam. (hal.48) 
Pandai memujuk Azam ialah seorang yang pandai memujuk Hakim ketika menghadapai konflik. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya …”(hal.52) 

G.  Latar
Latar tempat 
Di mahkamah – tempat Azam berhujah untuk mendapatkan tanah datuk Hakim yang telah dirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47) 

Reban ayam – Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56) 
Latar masa  

Dalam tempoh setahun – Azam sampai ke reban ayam Hakim setelah setahun usia ternakan itu. (hal.50)

Latar Masyarakat
Masyarakat yang cinta akan salasilah keluarga. Hakim berjaya membersihkan nama baik datuknya, Pak Kaduk (hal.47) 

Masyarakat yang mempunyai semangat juang. Hakim telah berjuang di mahkamah untuk mendapatkan tanah datuknya semula dan berjuang untuk menjayakan ternakan ayamnya. (hal.47) 
Masyarakat yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat Azam sentiasa memberikan nasihat dan membantu Hakim. (hal.52)
Masyrakat yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untuk mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan susah payah penternak ayam. (hal.51)

H.  Gaya Bahasa

Sinkope 
“… aku nak dirikan sebuah memorial.” (hal.47) 

Repetisi 
“Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak…” (hal.51) 

Personifikasi 
Hanya angin petang yang sesekali datang menyapa. (hal.51) 


H.   Nilai

              i.          Kegigihan - Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka menghantar langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46) 
            ii.          Kesabaran - Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam…” (hal.52) 
           iii.          Setia kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat dan memujuk Hakim . Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya…” (hal.52)
           iv.          Ketabahan - Hakim tabah apabila beberapa kali kertas kerjanya terpaksa dipinda dan beberapa kali turun naik bank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman… (hal.49) 

Pengajaran 
              i.          Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. – Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit. “ Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan…” (hal.55) 
            ii.          Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan. – Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti…
           iii.          Kita hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, sama ada ketika senang atau susah. – Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat apabila diperlukan dan memujuk Hakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga…” (hal.52) 
           iv.          Kita jangan mudah berputus asa dan kita mestilah terus berusaha hingga berjaya. – Hakim tidak berputus asa semasa dia berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Hakim sudah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman…(hal.49)

KERTAS SOALAN BAHASA MELAYU 2, SPM JUN , 2017

Mohon kepada pelajar 4K1 merujuk soalan di bawah, untuk perbincangan selepas pembentangan kumpulan kedua. Pelajar boleh cuba menjawab soalan berkenaan sebelum perbincangan dijalankan.




NOTA PEMBENTANGAN KOMSAS KELAS 5 SAINS - CERPEN CINTA AHMAD MUTAWAKKIL (TARIKH PEMBENTANGAN JUMAAT -19 JANUARI 2018)

CINTA AHMAD MUTAWAKKIL
(Zainal Rashid Ahmad)

Sinopsis
            Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil ( Zainal Rasyid Ahmad) telah menggunakan pendekatan sorot balik tentang kisah perjuangan Ahmad Mutawakkil dalam menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara. Ahmad Mutawakkil yang parah ditembak telah memeranjatkan penduduk kampung yang ketika itu sedang berdoa seusai solat maghrib. Setelah menjelaskan keadaan Ahmad Mutawakkil yang parah, terkulai lalu pengsan, penulis mula mengimbas kembali kisah perjuangan anak muda tersebut bermula daripada perubahan sosioekonomi penduduk kampung kesan kehadiran Tuan Booth sekeluarga. Kehadiran mereka bukan sahaja berjaya meningkatkan ekonomi penduduk kampung, malahan Ahmad Mutawakkil membesar sebagai pemuda berilmu hasil bantuan anak Tuan Booth, Sandra. Dia bukan sahaja menjadi penyebar maklumat tentang hal ehwal semasa kepada masyarakat di kampungnya, malahan turut bekerja membaca dan menjawab surat-surat rahsia daripada Inggeris untuk kumpulan anti-Jepun.
Cerpen ini diteruskan lagi dengan Ahmad Mutawakkil menyampaikan khabar kepada penduduk kampung tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki yang membawa kelegaan dan rasa syukur mereka. Ahmad Mutawakkil kemudiaannya digambarkan sebagai pemuda yang berjiwa pemimpin apabila dia dapat mempengaruhi penduduk kampung dengan pidatonya yang membangkitkan semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Dalam masa yang sama Ahmad Mutawakkil berjaya mengajak penduduk kampung untuk menjalinkan silaturahim dengan Tuan Booth sekeluarga yang tidak pernah memusuhi masyarakat di situ. Cerpen ini juga dikembangkan dengan kisah hubungan antara Ahmad Mutawakkil dengan Sandra yang sering menjadi tanda tanya kepada penduduk di situ.
Plot dirumitkan lagi dengan situasi 16 Jun 1948 di Perak apabila darurat diisytiharkan kerana Parti Komunis Malaya mula menggila. Ahmad Mutawakkil tetap mengajak masyarakat kampungnya berjuang tanpa menghiraukan keselamatan dirinya walaupun pihak komunis telah memberi amaran kepadanya melalui Tuan Booth agar tidak menghasut orang kampung membenci komunis.

Kemuncaknya, Ahmad Mutawakkil berjaya meniupkan semangat perjuangan yang begitu mendalam dalam jiwa penduduk kampung melalui pidato citra merdeka dan kritikan terhadap bangsa Melayu yang sanggup diperalat Parti Komunis Malaya. Setelah ditemui oleh seorang budak lelaki yang tidak dikenali seusai majlis ceramah tersebut, Ahmad Mutawakkil pergi dan tidak pulang-pulang sehingga dia datang pada malam esoknya di surau kampung dalam keadaan berlumuran darah. Ahmad Mutawakkil terbunuh namun semangat perjuangannya terus membara dalam masyarakat kampung sama seperti mereka rindu akan kata-kata semangat anak muda itu “ Tanah Melayu pasti merdeka!”. Tuan Booth sekeluarga pulang ke England seminggu selepas Tanah Melayu merdeka namun rasa cinta yang mendalam Sandra terhadap Ahmad Mutawakkil telah membawa dia pulang ke kampung tersebut untuk meneruskan kehidupannya di situ. 

Tema
Cerpen Cinta Ahmad Mutawakkil (Zainal Rasyid Ahmad) memaparkan tema perjuangan menentang penjajah. Ahmad Mutawakkil yang merupakan watak utama dalam cerpen ini telah menzahirkan cintanya terhadap bangsa dan negara melalui perjuangan menentang penjajah Inggeris, Jepun dan Komunis. Ahmad Mutawakkil telah menggunakan penguasaan ilmunya dalam menjadi penyebar maklumat tentang penjajah kepada mesyarakat di kampungnya. Sejak usia belasan tahun lagi, Ahmad Mutawakkil telah menonjolkan dirinya sebagai seorang pemimpin muda yang berpengaruh. Hal ini dibuktikan melalui pidato- pidato yang disampaikan kepada masyarakat kampung untuk meniupkan semangat patriotisme dalam diri setiap ahli masyarakat. Ahmad Mutawakkil merupakan seorang pemuda yang mempunyai semangat perjuangan yang tinggi sehinggakan tidak sanggup menerima sebarang pujian selagi Tanah Melayu belum merdeka. Dia sanggup menggadaikan nyawanya untuk menentang komunis dan akhirnya dia terbunuh sebelum mengecap kemerdekaan Tanah Melayu. Perjuangan dan pengorbanannya terus diingati oleh masyarakat kampungnya sama seperti mereka mengingati kata-kata anak muda itu “Tanah Melayu pasti merdeka!”.
Atau

Kegigihan dan keberanian seorang pemuda berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan tanah air.


- Contohnya - Ahamad Mutawakkil seorang yang berani menyampaikan maklumat kepada masyarakat agar berani menuntut kemerdekaan daripada penjajah serta menentang ideologi komunis.

C. PERSOALAN:

1
Persoalan perubahan sosioekonomi masyarakat kampung
Contoh: Kedatangan Tuan Booth dan keluarga telah merubah sosioekonomi masyarakat kampung apabila beliau telah mengupah beratus-ratus buruh termasuk penduduk kampung sendiri untuk meneroka belukar bagi meluaskan penanaman getah. (m/s 40)

2
Persoalan kepentingan sikap berdikari dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil belajar berdikari setelah kematian bapanya, Wan Sadir dengan cara bekerja dengan orang putih. (m/s 41)

3
Persoalan kesan kedatangan penjajah
Contoh:Kedatangan penjajah yang membawa kepada serangan telah menyebabkan seluruh ketenangan hidup masyarakat kampung hilang. (m/s 42)

4
Persoalan tanggungjawab seorang pemimpin
Contoh: Imam Ngah Deraman bergegas meninggalkan surau selepas solat isyak untuk mencari Ahmad Mutawakkil yang kehilangan tempat menumpang nasib setelah pemergian Tuan Booth sekeluarga akibat kedatangan Jepun dan mengambil Ahmad Mutawakkil sebagai anak angkatnya.(m/s 43)

5
Persoalan kepentingan menguasi ilmu dalam kehidupan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menjadi tempat penduduk kampung mendapatkan maklumat tentang hal ehwal semasa kerana dia boleh menulis dan bercakap dalam bahasa Inggeris. (m/s 44)

6
Persoalan semangat patriotisme dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan
Contoh: Ahmad Mutawakkil menyeru ahli masyarakat agar mengikis tabiat buruk,  berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa Melayu untuk merdeka. (m/s 50)

7
Persoalan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Contohnya, Tuan Booth bertindak membawa semua ahli keluarganya berpindah semasa penjajahan Jepun kerana beliau menyayangi keluarganya.

8
Ketabahan menghadapi kesukaran hidup semasa peperangan.
Contohnya, penduduk kampung sentiasa tabah dan sabar ketika menghadapi kesusahan  hidup semasa penjajahan Jepun dan keganasan komunis
9
Kerjasama yang erat dalam kalangan masyarakat.
Contohnya, penduduk kampung bersatu membentuk tiga kumpulan untuk mencari Ahamad yang hilang.

10
Kekejaman dan kezaliman pihak penjajah terhadap masyarakat.
Contohnya, pengganas menyerang banglo Tuan Booth dan membunuh lima     
penghuni di banglo  itu.

  
D. WATAK DAN PERWATAKAN:

1. Ahmad Mutawakkil:
a.  berusia 25 tahun ketika meninggal dunia kerana ditembak komunis.
b.  anak tunggal Wak Sadir dan menjadi yatim piatu apabila bapanya meninggal dunia.
c.  pintar - boleh membaca dan menulis bahasa Inggeris yang diajar Imam Ngah
     Deraman.
d.  patriotisme - berjuang menyedarkan rakyat untuk menentang komunis dan penjajah.
e.  bijak merancang masa depan - belajar membaca dan menulis bahasa Inggeris
     daripada Sandra ketika tinggal di rumah Tuan Booth selama 3 tahun.
f.  petah berpidato - selalu berpidato kepada penduduk kampung untuk menyedarkan
    mereka supaya menentang komunis dan penjajah.
g. berani - berani bersuara menyatakan pendapatnya kepada rakyat supaya menentang
    komunis dan penjajah walaupun dinasihati oleh Tuan Booth supaya
    menghentikannya.
h. Sanggup berkorban - sanggup berkorban nyawa untuk mendapatkan kemerdekaan
    tanah air daripada penjajah serta menentang keganasan komunis.
i.  sangat berpengaruh - beliau dihormati dan dipilih sebagai pemimpin nombor dua
    partinya.
j.  menghargai jasa - beliau menghargai jasa Tuan Booth yang telah memeliharanya
    dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh Tuan Booth di banglonya.

2. Tuan Booth:
a. pengurus ladang dan majikan kepada beratus-ratus orang buruh di ladang getahnya.
b. mesra - mudah tersenyum apabila bertemu dengan penduduk kampung.
c. baik hati - menjemput pasangan pengantin di kampung itu datang ke banglonya
    untuk diraikan serta sanggup memelihara Ahmad di banglonya.
d. peramah - suka bersembang dan bergaul dengan penduduk di surau pada waktu
    petang.
e. penyayang - membawa keluarganya yang disayangi berpindah ketika Jepun menyerang.

3. Sandra:
a. anak Tuan Booth yang fasih berbahasa Inggeris.
b. baik hati - mengajarkan Ahamad menulis dan membaca Inggeris.
c. penyayang - amat menyayangi Ahamad dan beliau menangis apabila Ahamad dilaporkan hilang.
d. setia - balik semula ke banglo bapanya selepas merdeka serta mengajar anak-anak kampung itu menulis dan membaca kerana terkenang cintanya kepada Ahamad.



E. LATAR:

1. Latar Tempat:

a.   surau kampung - Ahmad balik dalam keadaan cedera parah di surau itu pada waktu
      selepas maghrib. Di surau itu dia meninggal dunia kerana ditembak oleh komunis.

b.   Banglo Tuan Booth - Tuan Booth tinggal di banglo estet itu bersama keluarganya.
      Di  situ juga 5 orang dibunuh oleh komunis.

c.   Estet Ephill dan Estet Sungai Siput - komunis membunuh 3 orang pengurus estet
      berbangsa Inggeris.

d.   bandar - Ahamad bekerja di bandar sebagai pembaca dan penulis surat Inggeris  
      kepada penentang Jepun.

e.  Tanah Estet Tuan Booth - tempat 15 keluarga buruh dari India tinggal dan bekerja di
     estet itu.

f.   Laman estet Tuan Booth - Komunis melepaskan tembakan ke udara untuk menakut-
     nakutkan orang kampung daripada menentang mereka.

g.   England - Tuan Booth dan keluarganya pulang ke England selepas seminggu
      Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

2. Latar Masa:

a. pertengahan tahun 30-an - Tuan Booth datang ke kampung itu dan membuka estet
    getah serta menggaji ratusan buruh.

b.  waktu pagi - 5 orang komunis memasuki banglo tuan Booth dan mendesaknya
     supaya menasihati Ahamad agar tidak menghasut rakyat menentang komunis.

c.   waktu petang - tuan Booth selalu pergi ke surau untuk bersembang dengan
      penduduk kampung.

d.   waktu malam - Ahamad selalu menyampaikan pidato untuk menyedarkan rakyat
      supaya menuntut kemerdekaan.

e.  tahun 1941 - tentera Jepun menjajah Tanah Melayu dan Tuan Booth keluar dari
      banglonya untuk menyelamatkan diri.

f.   Malam Jumaat - Ahmad melangkah lemah kerana kecederaan ke surau
     kampungnya. Dia meninggal dunia pada malam itu kerana ditembak komunis.

g.   31 ogos 1957 - penduduk kampung mengadakan majlis doa kesyukuran kerana  
      kemerdekaan negara dan mengadakan tahlil untuk Ahmad.

h.   seminggu selepas merdeka - tuan Booth balik ke England.

i.    31 Ogos 1958 - Sandra balik semula ke banglo bapanya kerana dia terkenang akan
      cintanya kepada Ahamad.

3. Latar Masyarakat:

a.   masyarakat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi - Ahamad memberi
      pidato kepada penduduk kampung supaya bangun menentang penjajah dan   
      komunis.

b.   masyarakat Melayu - tinggal di kawasan pedalaman sejak 3 generasi yang lalu
      dengan berkebun dan bersawah padi.

c.    masyarakat yang bersatu padu - orang kampung membentuk 3 kumpulan untuk
       bersama-sama mencari Ahamad yang hilang.

d.    masyarakat yang menjadi mangsa keganasan - Ahmad, 5 orang penghuni bunglo
       dan 3 orang pengurus estet berbangsa Inggeris menjadi mangsa keganasan  
       komunis.

e.    Masyarakat penjajah yang bertindak mengaut keuntungan - Tuan Booth membuka
       ladang getah di Tanah Melayu untuk mengaut keuntungan.

f.     Kumpulan komunis - kumpulan ini bertindak ganas dan kejam membunuh ramai
       mangsa termasuk Ahamad.


F. BAHASA:

1. bahasa Arab - solat maghrib/ Alhamdulillah/ syahadah
2. bahasa slanga/ bahasa pasar - "Gua tau...lu... Kasi tau sama ....."
3. Repitasi/ pengulangan - Hati Melayu tak reti bermusuh, hati Melayu penuh dengan
    persahabatan.
4. Personafikasi - ...ketenangan merayap ke seluruh negara...../ diratah atau dirobek
    peluru.
5. Simile - Sawah pula, laksana lautan emas.....
6. Metafora - garisan perang/ bola matanya/ sayap parti
7. Sinkope - tak, tu, dulu, tau
8. peribahasa - anak angkatnya, minta diri, tangan kosong

G. NILAI:

1. kasih sayang - Tuan Booth membawa semua keluarganya keluar dari bunglonya
    seminggu sebelum Jepun menjajah.

2. patriotisme - Ahamad berjuang meniupkan semangat mendapatkan kemerdekaan
    kepada penduduk kampungnya dan menentang kekejaman komunis.

3. keberanian - Ahamad berani bersuara dengan lantang dalam pidatonya mengajak
    penduduk kampung memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah.

4. ketabahan - Ahamad tabah berdepan dengan pelbagai cabaran dalam
    perjuangannya menuntuk kemerdekaan negara.

5. kebijaksanaan - Ahmad bijak mengambil peluang belajar dan menulis bahasa
    Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo Tuan Booth.

6. tanggungjawab - Imam Ngah Deraman bertanggungjawab menjadikan Ahamad
    sebagai anak angkat setelah Ahamad menjadi yatim piatu.

7. kerjasama - penduduk kampung dan tuan Booth membentuk 3 kumpulan untuk
    bekerjasama mencari Ahamad yang hilang ditangkap komunis.

8. hormat-menghormati - Tuan Booth amat menghormati penduduk kampung dan selalu
    ke surau untuk berbual-bual dengan penduduk.

9. mengenang jasa - Ahamad mengenang jasa tuan Booth yang pernah memeliharanya
    dengan menghadiri majlis yang dibuat oleh tuan Booth di banglonya.


H. PENGAJARAN:

1. Kita hendaklah berani dalam melakukan sesuatu tindakan yang baik - Ahamad berani
    bersuara lantang mengajak penduduk supaya berjuang mendapatkan kemerdekaan.

2. Kita mestilah mempunyai semangat patriotisme - Ahamad mengajak penduduk
     kampungnya supaya berusaha mendapatkan kemerdekaan tanah air daripada
     penjajah.

3. Kita mestilah bekerjasama dan saling membantu - penduduk kampung dan tuan
    Booth bekerjasama untuk mencari Ahamad yang hilang kerana ditangkap komunis.

4. Kita mestilah mengenang budi - Ahamad mengenang budi tuan Booth yang pernah  
    memeliharanya dengan menghadiri majlis tuan Booth di banglonya.

5. Kita mestilah menyayangi keluarga kita - tuan Booth membawa keluarganya
    berpindah sebelun Jepun menjajah kampung itu.

6. Kita mestilah mengambil peluang untuk membaiki diri - Ahamad mengambil peluang
    untuk belajar menulis dan bercakap Inggeris daripada Sandra ketika tinggal di banglo
    tuan Booth.

SOALAN LATIHAN 
( PELAJAR DIMINTA BERSEDIA UNTUK MENJAWAB SOALAN DI BAWAH SEMASA PEMBENTANGAN )