Rabu, 15 November 2017

ULASAN DAN PERBINCANGAN SOALAN BAHAGIAN 1 ( RUMUSAN TEKS) KERTAS BM 2 SPM 2017


   
SEBAGAI PERHATIAN: SETIAP HASIL ULASAN DAN PERBINCANGAN DI DAWAH
BUKANLAH SKEMA RASMI TETAPI MERUPAKAN CADANGAN JAWAPAN.

  CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1 ( RUMUSAN TEKS )

  Pengenalan rumusan:-


BIL
AYAT
MARKAH
1
Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) di Malaysia/ negara ini/ sekolah.
2 m
2
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

2m
3
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan kaedah-kaedah pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

2m
4
Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera ( KOMSAS ) dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

1m


     CADANGAN ISI TERSURAT:- ( Faedah-faedah pembelajaran                                  KOMSAS)

1
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
2
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
3
pelbagai istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
4
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
5
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata.
6
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
7
nilai-nilai murni boleh dijadikan teladan.
8
murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
9
mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi


CADANGAN ISI TERSIRAT:- ( Cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS)

1
mengadakan pertandingan KOMSAS seperti mengarang, melukis lukisan tokoh-tokoh sastera negara, berdrama, berpantun dsb
2
mempelbagai kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3
menggalakkan pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4
menerbitkan bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5
mengadakan minggu / bulan komsas.
6
memilih tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar terpilih.
7
mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8
Mempamerkan gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan utama sekolah.

CADANGAN PERENGGAN PENUTUP:-

1
Kesimpulannya, semua pihak bertanggung jawab perlu berusaha untuk memperkasakan sastera agar sastera warisan negara dihargai murid/masyarakat.

2 m
2
Kesimpulannya, semua pihak bertanggung jawab perlu berusaha untuk memperkasakan sastera agar sastera warisan negara tidak pupus ditelan zaman.

2 m
3
Kesimpulannya, guru-guru mata pelajaran Bahasa Melayu perlu mempelbagai kaedah pengajaran agar murid berminat mempelajari sastera.

2m


Tiada ulasan: