Sabtu, 18 November 2017

ULASAN DAN PERBINCANGAN SOALAN 2 (D) - PEMAHAMAN PETIKAN PUISI




Cadangan Jawapan Soalan 2 (D)

i
Terdapat dua perasaan penyajak berdasarkan puisi berkenaan iaitu sedih, patriotisme, dan beryukur.

ii
Pada pendapat saya,faktor-faktor yang menyebabkan bahasa Melayu itu terancam kerana

i)      masyarakat tidak memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa ibunda.
ii)    penggunaan multimedia elektronik seperti ‘whatsaap’ menyebabkan remaja menggunakan bahasa ringkas.
iii) Pengaruh bahasa antarabangsa seperti bahasa Inggeris menyebabkan penggunaan bahasa Melayu terpinggir.

iii
Persoalan yang dikemukakan dalam sajak ‘Aku Membaca Lagi’seperti:-

i)      Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan, Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.

ii)    Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang,Contoh  Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

iii)    Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu, Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.




Tiada ulasan: