Sabtu, 11 November 2017

SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1, BAHAGIAN A (1103/1) SPM 2017

KERTAS BAHASA MELAYU KERTAS 1 SPM 2017

Telah seminggu berlalu pelajar SPM 2017 menjawab kertas Bahasa Melayu 1( 1103/1). Semoga pelajar dapat menjawab soalan bahagian A ( karangan berpandu) , dan  bahagian B ( karangan pilihan berdasarkan dimensi, diri, keluarga atau masyarakat, dimensi negara dan dimensi komsas) dengan baik dan mendapat keputusan cemerlang.

Sebagai peringatan, pelajar tingkatan 4 2017, bakal menghadapi peperiksaan SPM 2018, perlu bersedia daripada sekarang untuk menghadapi kertas Bahasa Melayu 1. Perancangan dan persediaan awal amat berguna untuk memastikan pelajar berjaya menjawab soalan karangan dengan cemerlang. Sebagai seorang guru, saya dapati pelajar boleh mengarang tetapi untuk menghasilkan karangan cemerlang atas bukan semudah yang ditanggap oleh pelajar kerana mengarang karangan cemerlang memerlukan latihan sistematik sehingga pelajar berjaya membudayakan penghasilan karangan cemerlang. Banyak perkara yang perlu diberi perhatian oleh setiap pelajar untuk menghasilkan karangan ke tahap kecemerlangan tersebut, dan paling sukar untuk menghasilkan karangan secara matang. Antara kemahiran menyampaikan idea, kemahiran menghasillkan bahasa gramatis sama akat kata, ayat, kosa kata, dan keindahan bahasa, pengolahan karangan yang matang dan perenggan yang seimbang dan terkini memasukkan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kristis (KBAT).

Sekiranya, budaya menghasilkan karangan cemerlang tidak dikuasai pelajar, antara saya kesan pelajar boleh menghasilkan karangan cemerlang tetapi tidak berjaya membahagikan masa untuk menyiapkan karangan, dan kebanyakan pelajar tidak berjaya menulis kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan karangan cemerlang. Pelajar boleh merujuk coretan yang telah saya coretkan di dalam Blog Laman Bahasa Melayu SPM ini, tetapi saya akan cuba membincangkan semula kriteria berkenaan kerana kebanyakan pelajar malas merujuk bahan berkenaan kerana maklumat berada di hujung jari dan dunia tanpa sempadan sesuai dengan  zaman modenesasi sistem komunikasi digital negara. Selain itu, banyak sumber bahasa boleh pelajar peroleh bukan sahaja di blog ini tetapi blog guru bahasa Melayu yang wujud di dunia siber. Pelajar bijak akan menggunakan setiap sumber ilmu yang ada di dunia maya, dan tiada alasan untuk pelajar membuat alasan tiada sumber untuk mendapat maklumat di dunia siber kerana hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.



SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 1 SPM 91103/1) 2017





   Persoalannya, apakah  kehendak soalan Kertas Bahasa Melayu 1,  Bahagian A ( Karangan Berpandu) SPM 2017. Adakah pelajar menjawab soalan berkenaan dengan baik dan sesuai dengan kehendak soalan, itulah menjadi tanda tanya kalangan pelajar. Insya-Allah, sekiranya ada masa saya akan cuba membincangkan kehendak soalan berkenaan.

Ulasan berkaitan soalan bahagian A ( Karangan Berpandu)

Soalan berkehendakkan pelajar menghuraikan peranan Unit Bimbingan dan Kauseling di sekolah. Soalan ini agak mencabar pelajar kerana walaupun isi diberi iaitu peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan menyediakan khidmat nasihat, memberi bimbingan kerjaya, dan meningkatkan motivasi murid tetapi kepada pelajar yang tidak ada maklumat berkaitan peranan Kauselor Sekolah dalam unit berkenaan sudah pasti pelajar sukar untuk menulis karangan berkenaan sedangkan karangan ini wajib dijawab.

Contoh Karangan

Masalah disiplin yang kian menjadi-jadi dewasa ini antaranya masalah poteng sekolah, merokok, dadah, masalah vandalisme, hedonisme buli, serta tidak ketinggalan masalah jenayah. Permasalahan yang ditimbulkan pelajar menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan tanggungjawab mereka sebagai seorang pelajar. Oleh sebab itu, pada tahun 1996, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menempatkan kaunselor untuk mengelolakan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar yang sebelum ini dikendalikan oleh guru bimbingan kaunseling.  Persoalannya, apakah tanggungjawab Unit Bimbingan dan Kauseling di sekolah?

Antara peranan Unit Bimbingan dan Kauseling yang dipertanggungjawab kepada kaunselor sekolah adalah untuk menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar. Sebagaimana kita sedia maklum, kini pelbagai masalah pelajar berlaku di sekolah seperti ponteng, merokok, dadah, hendonisme, vandalisme, dan ada juga terlibat dengan masalah jenayah. Antara langkah yang dijalankan untuk membanteras masalah berkenaan adalah dengan memberi bimbingan dan nasihat kepada pelajar agar pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Di samping itu, kaunselor juga berbincang dengan ibu bapa pelajar untuk mendapat bantuan dan pandangan kerana ibu bapa merupakan orang paling hampir dan disegani pelajar. Sekiranya, permasalahan pelajar ditangani dengan baik sudah pasti masalah disiplin dalam kalangan pelajar akan dapat dibanteras. Tegasnya, peranan kaunselor sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah adalah untuk menyediakan khidmat nasihat kepada pelajar.

      Selain itu, khidmat kaunselor juga amat penting sebagai sumber maklumat berkaitan kerjaya pelajar kerana hanya
jauhari yang mengenal manikam. Hal ini amat penting kerana pelajar tidak mempunyai cukup maklumat berkaitan kerjaya pilihan mereka serta  pakej jurusan mata pelajaran yang dipilih semasa berada di tingkatan empat. Sebagai contoh, pelajar yang mengambil jurusan sains perlu tahu fokus dan jurusan yang ditawarkan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) agar mereka faham jurusan yang perlu mereka pilih selepas keputusan SPM diketahui. Bahkan juga, dengan kefahaman mereka berkaitan pakej dan jurusan yang boleh dipilih akan memberi motivasi untuk mereka menguasai mata pelajaran yang mereka pelajari dan dengan itu mereka akan bersedia untuk menghadapi pengajian mereka semasa di IPT kelak. Tegasnya, khidmat kaunselor amat penting sebagai sumber maklumat berkaitan kerjaya pelajar untuk mengelak kecundang dalam kehidupan bak kata pepatah yang dikendong tak dapat, yang dikejar berciciran.

Bahkan juga, peranan kauselor sebagai tunggak utama serta pengelola Unit Bimbingan dan Kaunseling berperanan untuk meningkatkan motivasi pelajar. Oleh sebab itu seorang kaunselor bertanggungjawab untuk membantu pelajar mengetahui dan memahami kemahiran belajar yang meliputi kemahiran membaca, kemahiran mengambil nota, mengurus pengurusan masa, pengurusan diri, kemahiran mendengar, kemahiran mengingat, mengulangkaji, menjawab soalan peperiksaan sebagai persediaan menghadapi peperiksaan. Sebagai contoh, kaunselor akan mengatur program kecemerlangan akademik sekolah dengan kerjasama unit akademik sekolah sama ada melibatkan pelajar yang akan menghadapi Penilaian Tingkatan 3 atau menghadapi Peperiksaan SPM. Di samping itu, seorang kaunselor berperanan mengumpul data perkembangan akademik pelajar sama data ada ujian, dan peperiksaan pelajar dan akan bertindak membimbing pelajar sebagai klien sekiranya prestasi mereka merundum. Hal ini kerana tugas kaunselor merupakan tugas sepenuh masa terhadap kemenjadian pelajar dan membantu kecemerlangan seseorang pelajar. Tegasnya, tugas seorang kaunselor adalah untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam bidang akademik.


Kesimpulannya, seorang kaunselor berperanan mengendalikan Unit Bimbingan dan Kauseling ke arah kemenjadian pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang. Untuk merealisasikan kecemerlangan pelajar, mereka perlu membimbing pelajar mengurus diri dan masa, mengurus cara belajar, dan mengurai sebarang masalah diri pelajar. Unit Bimbingan dan kaunseling yang proaktif penentu kecemerlangan pelajar dan sekolah.


Tiada ulasan: