Isnin, 16 Oktober 2017

PROGRAM KEM INTENSIF 2 DAN PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017

      SIMULASI PEPERIKSAAN (KERTAS BAHASA MELAYU 2 1103/2 ) PROGRAM KEM INTENSIF DAN PECUTAN AKHIR SPM SMK SERI LONDANG 2017




        Alhamdulilllah, pelajar Kelas 5 Sains telah menjalankan Simulasi Peperiksaan SPM 2017 dengan menjawab Soalan Peperiksaan Percubaan Kertas Bahasa Melayu  2, Negeri Selangor 2017 bermula pada pukul 8.00 hingga 10.30 pagi. Antara objektif simulasi peperiksaan berkenaan adalah untuk memberi pendedahan sebenar Peperiksaan SPM setelah menjalani peperiksaan percubaan SPM 2017, kedua, pelajar diminta menjawab dalam masa dua setengah jam berdasarkan masa peperiksaan sebenar untuk melihat tahap penggunaan masa mereka, ketiga, untuk mengesan item soalan masih belum dikuasai pelajar dan intervensi selanjutnya seperti memberikan PdP secara individu kepada pelajar masih belum menguasai item kertas BM 2, keempat menyemak skrip peperiksaan dengan merujuk markah menggunakan  Sistem Analisa Item Bahasa Melayu Menengah Atas  untuk mengesan kelemahan item pelajar untuk memantapkan intervensi yang tepat menjurus kepada penguasaan item pelajar terlibat.

        InsyaAllah, saya akan memaparkan soalan Kertas PPSPM Kertas Bahasa Melayu 2 Negeri Selangor serta skrip jawapan pelajar terbaik dan jika masa saya senggang, saya akan paparkan juga Skrip jawapan pelajar kurang mantap untuk tujuan penambahbaikan. Mohon doakan saya sihat untuk menjalankan tanggungjawab berkenaan, aamiiin.











     SKRIP JAWAPAN TERBAIK SOALAN RUMUSAN TEKS (KERTAS BM2)


Ulasan dan komen tambahan guru:-
Pengenalan baik, tetapi terdapat satu kesalahan di kesan iaitu kata kerja transitif "membincangkan"  perlu ada objek selepasnya, dan gugurkan "tentang".

Perenggan isi tersurat dan perenggan isi tersirat mantap, serta peranggan penutup mantap.

Tahniah, Afif, saya bangga dengan jawapan anda kerana rakan-rakan lain setakat ini tidak dapat menjawab rumusan ini sebaik anda. Saya dalam proses menyemak rumusan.

PETIKAN RUMUSAN PERLU PENAMBAHBAIKAN 1.
Ulasan guru:-



Ulasan guru:-
Kelemahan rumusan di atas, pertama ayat isi tersurat didapati tidak gramatis kerana ayat dibina tergantung kerana tiada subjek, contohnya isi  isi tersurat  5 dan 6, sepatutnya ditlulis, Selain itu, kegiatan pembalakan  dan pembakaran terbuka turut memusnahkan ekosistem hutan. Kedua, kesalahan  ayat isi tersirat, fokus berlaku dan tidakan dijalankan perlu di negara Malaysia bukan di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, saya potong markah bahasa atas kesalahan ayat tidak gramatis serta isi 5 dan ke-6, potong 2  markah kerana dianggap isi tidak tepat dan potong bahasa 1 markah kerana binaan ayat isi tergantung dan ayat

            Isi  :     14  markah
      Bahasa :      6  markah
      Jumlah  :   20  markah

      Cuba anda lihat, peranan bahasa dan ayat gramatis semasa menjawab rumusan teks.
      Sedikit kesilapan yang anda lakukan memberi impak  kepada markah.
      Hal ini berlaku sekiranya, penyemak merupakan mereka yang sensitif terhadap bahasa, dan                  pelajar di atas boleh kehilangan 3 markah atas kesilapan yang dilakukan.


 PETIKAN RUMUSAN PERLU PENAMBAHBAIKAN 2
 Ulasan guru:-
         Ulasan guru:-
         Tiada ulasan lanjut, cuma isi tersurat rumusan di atas tidak cukup kerana ada isi yang disangka pelajar di atas hanyalah huraian isi,  contoh penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah dan mengecilkan habitat. Selain itu,  kegiatan hutan, di kawasan Matang Lot terus berleluasa menyumbang kepada kepupusan spesies kayu berkualiti tinggi. Justeru, pelajar ini perlu memastikan isi tepat dan jika keliru, gugurkan isi berkenaan dan pilih isi yang lebih tepat.

PETIKAN RUMUSAN PERLU PENAMBAHBAIKAN 3


Ulasan guru:
Pelajar di atas tidak berhati-hati semasa memilih isi tersurat kerana menyenaraikan 3 huraian isi. Oleh sebab itu, sila berhati-hati semasa memilih isi tersurat. Pastikan isi yang dipilih isi yang mantap.

Jawapan soalan 2 (a) mantap.


Ulasan guru:-
Jawapan pelajar di atas baik, isi diberikan cukup untuk soalan bahagian i, ii, dan iii, cuma berhati-hati menggunakan kata pemeri adalah  kerana  kata pemeri tidak boleh menerima kata kerja. Pelajar boleh menambah kerana atau menggunakan kata kerja menyembabkan untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa. Namun kesalahan berkenaan tidak menyebabkan markah dipotong kerana kesalahan tersebut dianggap kecil.

Jawapan soalan 2 (a) Perlu penambahbaikan.


Ulasan guru:-
Jawapan pelajar di atas baik, cuma soalan 2 (a) i, pelajar ini tidak mengubah perkataan haiwan kepada binatang. Kesalahan berkenaan berlaku kerana kecuaian, dan markah diperoleh 1 markah sahaja. Oleh sebab itu, pelajar perlu berhati-hati menjawab soalan bahagian ini kerana atas kesalahan kecil,  pelajar ini gagal mendapat markah penuh.

Jawapan soalan 2 (a) perlu penambahbaikan.

Ulasan guru:-
Jawapan soalan 2 (a) i, maksud rangkai kata diberi tidak tepat kerana habitan haiwan bukan bermaksud kehidupan haiwan tetapi tempat tinggal haiwan. Selain itu, jawapan soalan 2 (a) iii pelajar ini perlu berhati-hati kerana isi kedua kurang tepat kerana hujan asid berlaku kerana disebabkan pencemaran akibat perindustrian dan penggunaan kenderaan yang banyak bukan akibat kemusnahan hutan. Namun isi pertama boleh diterima tetapi perlu berhati-hati dan lebih baik jawapan anda ke arah kemusnahan hutan boleh menyembabkan berlakunya kehilangan sumber air kerana hutan merupakan tadahan hujan yang akan mengeklankan sumber air.

Jawapan soalan 2 (b) mantap.

Ulasan guru:-
Jawapan pelajar di atas mantap, isi cukup dan tiada kesalahan tatahahasa yang kronik. Cuma pelajar berkenaan perlu berhati-hati dengan ejaan tuhan yang sepatunya dieja Tuhan . Tahniah.

Jawapan soalan 2 (b) perlu penambahbaikan.


Ulasan guru:
Pelajar di atas perlu berhati-hati menjawab soalan 2 (b) i  kerana menyalin isi kedua secara terus daripada teks perlu sesuai dengan situasi perkara tersebut berlaku kerana ayat di salin perlu ada perubahan tempat iaitu " balik ke sini semula bermaksud balik ke wad semula."  Selain itu, jawapan untuk soalan 2 (b) ii, pelajar tidak menulis isi minimum kerana pelajar ini hanya menyenarai satu isi sahaja dan isi diperlukan untuk soalan ini, dua isi. Namun, oleh sebab ayat ditulis gramatis, markah diperoleh 2 markah. Kemungkinan pelajar menyangka jawapan diberi panjang sedangkan isi disenaraikan hanya satu isi sahaja.

Jawapan soalan 2 (c) i .  Pelajar gagal mendapat markah penuh untuk soalan ini. Pertama, ada kalangan pelajar beranggapan soalan ini sukar dan tidak menjawab soalan berkenaan. Kedua, pelajar tidak berhati-hati dan melakukan kesalahan bahasa, serta  tidak menulis isi secukupnya.


Ulasan guru:-
Jawapan soalan 2 (c) i dijawab dengan baik, walaupun isi cukup 2 isi tetapi pelajar ini menyenarai lebih daripada isi minimum. Jawapan 2 (c) ii pelajar lalai dari segi ejaan terdapat tiga kesalahan ejaan pertama sebagi sepatutnya sebahagian, kedua penguasan sepatutnya penguasaan, dan ketiga kesalahan penggunaan kata sendi, pada sepatutnya kepada. Oleh sebab itu, pelajar ini mendapat 2 markah kerana berlakunya kesalahan ejaan dan tatabahasa. Jawapan soalan 2 (c) iii, pelajar berjaya menyenaraikan dua isi sebagai isi minimum dan isi sesuai dan boleh diterima dan diberi 3 markah. Kesimpulannya, pelajar ini mampu mendapat markah penuh sekiranya tidak melakukan kesalahan bahasa semasa menjawab soalan 2 (c) ii. Sila berhati-hati semasa menjawab soalan dan elakkan melakukan sebarang kesalahan bahasa.

Jawapan soalan 2 (d)
Ulasan guru:-
Jawapan pelajar di atas baik kerana menyenaraikan cukup isi untuk soalan 2 (d) i, 2 (d) ii dan 2 (d) iii. Walaupun bagaimanapun terdapat kesalahan binaan ayat kerana pelajar gagal menyambung dua frasa sama ada menggunakan kata pemeri dan kata sendi iaitu adalah dengan atau menggunakan kata hubung seperti. Sungguhpun begitu kesalahan berkenaan tidak banyak merosakkan binaan ayat tetapi pelajar di atas dinasihatkan berhati-hati semasa menjawab soalan serta elakkan melakukan kesalahan bahasa.

Soalan 3 (a)


Ulasan guru :-

Pelajar di atas bejaya menulis ayat menggunakan penjodoh bilangan yang sesuai kecuali penjodoh bilangan berkas kerana berkas yang ditulis bukan penjodoh bilangah tetapi lebih kepada kata kerja. Oleh sebab itu, jawapan soalan penjodoh bilangan ketiga salah. Pastikan berhati-hati semasa menjawab soalan dan fokus kepada arahan soalan. Tidak ada pelajar yang mendapat markah penuh semasa menjawab soalan ini.

Soalan 3 (a) ii

 Ulasan guru :-
Jawapan soalan keempat salah kerana, ayat perintah berkenaan lebih kepada ayat perintah larangan kerana ada kata perintah usah iaitu, " Jika aku pulang lewat, usah tunggu aku."
Oleh sebab itu pelajar perlu faham kata atau frasa yang menentukan jenis ayat perintah di atas. Sila rujuk nota dan bertanya kepada guru jika tidak faham soalan berkaitan jenis-jenis ayat perintah.

Jawapan soalan 3 (c)

Ulasan guru:-
Pelajar di atas gagal menulis ejaan yang tepat untuk Anti Israel kerana tertingga tanda baca (-) atara kedua perkataan. lain-lain jawapan tepat.

Jawapan soalan 3 ( d) dan 3 (e)
Ulasan guru ( Soalan 3 d )
Tahniah, kerana pelajar di atas dapat mengesan kesalahan 3 kesalahan istilah dan 3 kesalahan  tatabahasa dengan tepat.

Ulasan guru ( Soalan 3 e)
Pelajar dapat memberi jawapan peribahasa berdasarkan situasi yang diberikan dalam petikan untuk soalan i, dan ii. Sedangkan jawapan soalan iii salah. Jawapan yang sesuai untuk peribahasa soalan 3 e iii ialah bersatu teguh, bercerai roboh atau seikat bagai sirih, serumpun bagai serai.

Soalan 4 (a)


Ulasan guru:-
Jawapan pelajar di atas baik kerana isi lengkap, dua isi dengan huraian dan contoh yang sesuai serta bahasa gramatis. Pelajar ini mendapat markah penuh. Tahniah.

Soalan 4 (b)


Ulasan guru:-
Pelajar di atas berjaya menjawab soalan dengan baik, isi diberikan mengikut format soalan iaitu satu isi daripada novel dikaji di tingkatan 4 dan satu isi lagi daripada novel yang dikaji di tingkatan 5. Isi dihuraikan dengan baik dengan contoh yang tepat serta bahasa gramatis. markah diberikan penuh, 8 markah. Tahniah.

Kesimpulannya, berdasarkan latihan simulasi peperiksaan pertama fasa Pecutan Akhir SPM 2017, pelajar masih belum menguasai masa untuk menjawab keseluruhan soalan. Hanya beberapa orang pelajar sahaja mampu untuk berbuat demikian. Diharapkan, latihan selanjutnya, pelajar dapat menguasai masa untuk menjawab soalan-soalan kertas Bahasa Melayu 2 dengan baik.



Tiada ulasan: