Ahad, 1 Oktober 2017

LATIHAN PROGRAM PECUTAN AKHIR SPM 2017- SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN MRSM 2017 DAN SKEMA JAWAPAN

         Assalamualaikum, Pelajar Kelas 5 Sains, SMK Seri Londang. Bersama-sama ini saya lampirkan soalan-soalan Peperiksaan Percubaan MRSM 2017 dan skema jawapan sebagai panduan pelajar. Oleh sebab, ada sebahagian pelajar terlibat dengan program Kecemerlangan Daerah, saya lampirkan skema jawapan sebagai panduan pelajar semasa menjanwab soalan berkenaan, Saya mengharapkan pelajar tidak melihat skema jawapan, melainkan setelah pelajar menjawab keseluruhan jawapan, mohon jaga intergreti dan bertanggungjawab sepanjang latihan berfokus minggu ini. Semoga pelajar dapat menjawab soalan-soalan berkenaan untuk menggapai keputusan A+ kertas BM 1103.
        InsyaAllah saya akan lampirkan juga jawapan karangan Hafiz sebagaimana latihan yang dijalankan semasa Kelas Tuisyen Menggapai Kecemerlangan A+ BM (1103) yang diadakan pada petang Jumaat lepas. Selamat Bercuti dan Melaksanakan Tugasan serta Tanggungjawab Pelajar Berminda Kelas Pertama.

SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2017 (MRSM)
AKTIVITI SOKONGAN PROGRAM PECUTAN SPM AKHIR 2017
Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. 
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menyebut bahawa sebanyak 1157 kes kebankrapan yang melibatkan golongan di bawah umur 25 tahun telah direkodkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Faktor utama golongan muda di negara kita muflis ialah ketidakcekapan mengurus kewangan sendiri akibat didorong oleh kegagalan perancangan perancangan kewangan yang baik dan kurangnya Pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat. Keadaan ini disebabkan oleh golongan muda memiliki tahap pendidikan kewangan yang rendah sedangkan pengurusan kewangan yang bijak membolehkan remaja merancang masa depan yang lebih strategik.
            Pengurusan kewangan yang baik sebenarnya dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan setelah tamat belajar. Di samping itu, remaja boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan bagi meneruskan kelansungan hidup terutamanya apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan selepas tamat pengajian. Selain itu, remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang cukup sebagai persiapan menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu. Amalan menyimpan dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi setelah tamat persekolahan peringkat menengah.
            Walaupun secara dasarnya kebanyakan remaja mempunyai aliran masuk wang daripada sumber yang terhad  seperti ibu bapa dan biasiswa atau pinjaman pendidikan  remaja yang cekap mengurus kewangannya dapat mengelak mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian. Namun, ada juga remaja yang sudah terjerat dengan masalah hutang sejak usia muda. Oleh itu, amat penting untuk remaja mengurskan kewangan dengan sistematik kerana hal ini dapat membantu remaja khususnya yang belajar di university menampung perbelanjaan tertentu sepanjang bergelar mahasiswa.
            Remaja sebenar boleh menampung perbelanjaan harian sebagai pelajar dengan menjalankan kegiatan yang dapat menjana pendapatan sampingan seperti melibatkan diri dalam bidang keusahawanan dan bekerja sambilan semasa cuti semester. Hasil pendapatan tersebut mereka mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan untuk membeli rumah, rumah kedai atau aset-aset yang lain. Kebijaksanaan mengurus kewangan sedikit sebanyak akan turut membolehkan remaja menggunakan wang  untuk tujuan pelaburan seperti pembelian saham amanah atau disimpan di institusi  kewangan tertentu. Kesimpulannya,, remaja disarankan  untuk mendalami ilmu pengurusan kewangan agar pengurusan kewangan yang cekap dapat diaplikasikan.
Dipetik dan diubah daripada
“Pengurusan Kewagan Remaja”
Oleh  Norazizah Mohd Amin,
Dewan Siswa, Bil 3 2017


Soalan 2 : Pemahaman
( 35 markah )
Soalan 2 (b) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
      i.        Berikan maksud rangkai kata sumber yang terhad.                                      (2 markah)
     ii.        Pengarang ada menyatakan beberapa punca golongan muda diisytiharkan muflis.
Nyatakan punca-punca tersebut.                                                                   (3 markah)
    iii.        Golongan remaja dikatakan mudah terjebak dengan pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang akhirnya merugikan mereka.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan skim-skim pelaburan seperti ini.                                (4 markah)

Soalan 2 (b)- Petikan Drama
Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan perkataan kamu sendiri.
CIKGU DAHARI     :

Setiap bangsa dan negara di dunia ini mempunyai budaya tersendiri. Walau maju macam mana sekalipun seuatu bangsa itu, mereka tetap memegang jati diri bangsa mereka. Hal ini menjadikan mereka mempunyai jati diri tersendiri tanpa mengiku acuan mana-mana individu. Hal ini akan menunjukkan individu yang pintar. Berbalik kepadasoalan untuk aktiviti dalam modul PPSB itu, pelatih akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden, seperti syair, pantun, seloka, gurindam, dan nazam. Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan, dan setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit. Sajak menjadi teras utama dalam persembahan tersebut.

NORA                     :
Wow, seronok macam itu!  Rasa maca artislah.

CIKGU DAHARI     :

Kalau nak menjadi artis pun biarlah artis yang bependidikan. Bukan tujuan modul ini melatih pelatih menjadi artis. Cuma bertujuan memperkanalkan warisan kebudayaan milik kita dan kita patut mewarisinya dengan rasa megah.  Cukuplah sekadar ini pengenalan untuk PLKN. Nanti kamu semua akan melaluinya sendiri.
Dipetik daripada drama “ Berkhidmat Untuk Negara”
Oleh Affix Zulkarnean Adam,
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

      i.        Berdasarkan petikan drama, apakah aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB)?                                                             ( 2markah )
     ii.        Bidang kesusateraan kian terpinggir dan kurang mendapat perhatian daripada remaja.
Pada pendapat anda,apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusateraan tanah air?                                                                     ( 3 markah )
    iii.        Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.                                                    ( 4 markah )

Soalan 2 ( c )Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikunya dengan menggunakan perkataan sendiri.

            Maka titah baginda, “ Mahukah akan Tun Kanaka, saudara Seri Wak Raja?”
            Maka sembahnya, “ Mohon patik, tuanku.”
            Maka beberapa anak orang besar-besar ditanyakan oleh Sultan, tiada juga berkenan pada pandangan Seri Nara Diraja. Maka titah Sultan, “ Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Kudu, anak Bendahara Seri Wak Raja, saudara Paduka Raja.
            Maka sembahnya, “Daulat, tuanku.”
            Adapun akan Tun Kudu itu diperisteri Duli Yang Dipertuan, terlalu baik rupanya, tetapi matanya juling sedikit. Telah baginda mendengar sembah Seri Nara Diraja demikian, maka dengan sesaat itu juga ditalak baginda, dihantar ke rumah Paduka Raja, diberi belanja, disuruh berhadir akan kahwin dengan Seri Nara Diraja.
            Maka kata segala anak buah Seri Nara Diraja, “ Bagaimana maka datuk hendak beristeri muda, kerana datuk sudah tua, dan bulu mata dengan hulu kening hendak bertemu?”

Dipetik daripada “ Burung Terbang Dipipiskan lada”
Dalam antologi Sejadah Rindu,
Kementerian Pendidikan Malaysia

          i.        Berikan maksud rangkai kata sesaat itu juga ditalak baginda.                   ( 2 markah )
         ii.        Apakah reaksi Sultan kerana stelah Seri Nara Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun Kudu?                                                                                    ( 3 markah )




        iii.        Setiap pasangan suami isteri mengimpikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan berkekalan.
Pada pendapat anda apakah cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap pasangan?                                                                   ( 3 markah )

Soalan 2 ( d )- Sajak
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
                                               
Aku Membaca Lagi

Aku mendongak ke langit
membaca garis dengan titik
menaakuli kebesaran-mu
di bawahnya gumpalan mega
hembusan bayu dan banjaran gunung.

Kuselusuri alam
kicauan burung
desiran ombak dan wajah pelangi
mewarnai kehidupan umat-Mu

Aku mendongak lagi
membaca langit
di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
dahan dan ranting terkulai
daun-daun berguguran
helai demi helai
di lantai tanah airku yang makmur

Akau membaca langit
kutemui
bulan bintang menangis
meratapi nasib luka bangsa

Aku mendongak lagi
menitis air mata langit
membasahi bahasa melayuku
yang berdarah.

Razali Mohd. Yussof
Dewan Bahasa, Januari 2007
Dewan Bahasa dan Pustaka



                  i.          Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut, apakah yang dilihat oleh penyajak setelah membaca lagit?                                                                    ( 2 markah )

                 ii.          Remaja kini sering menggunakan bahasa rojak dalam pertuturan mereka sehingga mencemarkan keindahan bahasa Melayu.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja hari ini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa berkomunikasi? 
                                                                                                          ( 3 markah )

                iii.          Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut?           ( 4 markah )


Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

( 30 markah)

(   a) Tuliskan satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk mengambarkan bahawa anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau akata nama khas.

(i)              merebus
(ii)             mereneh
(iii)            menanak
(iv)            mencelur
(v)             mengukus
(vi)              menjerang

   (b)  Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat sahaja dengan menggunakan kata hubung yang sesuai tanpa mengubah maksud dan strutur asalnya.

Melaka merupakan destinasi pelancongan. Melaka mempunyai bangunan-bangunan bersejarah. Melaka mempunyai tempat-tempat menarik. Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka. Kerajaan negeri mengadakan Kempen Melawat Melaka Bererti Melawat Malaysia. Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong. Peluang pekerjaan terbuka luas.

      (c ) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

                 i.        Pegawai itu mensifatkan tragedi lumpur yang berlaku merupakan kejadian terburuk dalam tempuh 20 tahun.

               ii.        Penceramah itu memberikan definasi yang tepat dengan judul veramah yang disampaikan dengan rujukan Kamus Dewan.


              iii.        Alat mengimbas suhu atau termografik akan dipasang disetiap pintu masuk utama negara bagi mengesan tahap kesihatan pelawat atau pelancong.

(c)   Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

      i.        Majlis pemberian anugerah kepada semua pelajar-pelajar cemerlang di sekolah itu baru sahaja selesai.

     ii.        Pertandingan membacakan sajak yang sepatutnya berlangsung di laur dewan pada pukul 10 pagi ditunda oleh kerana hari hujan.

    iii.        Aziz tidak pernah berputus asa walaupun telah berapa kali gagal sampai ke puncak Gunung Kinabalu kerana dia tetap bercita-cita untuk menaiki gunung tersebut.


 ( e )    Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.

Lengkapkan peribahasa di bawah dan salin semula keseluruhan peribahasa tersebut.
 i.        Di mana bumi dipijak,……………………………………………………………………….......
ii.        Masuk kandang kambing mengembek, …………………….……………………………......
iii.        Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian………..………………………………….
iv.        …………………………………………………………………………….., tak lekang dek panas.
v.        …………………………………………………………………………………….., sesat jalan.
vi.      …………………………………………………………, melepaskan pucuk masing-masing.


Soalan 4  : 
Novel [15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)            Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(ii)           Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii)          Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib
(iv)          Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v)           Silir Daksina karya Nizar Parman
(vi)          Tirani karya Beb Sabariah
(vii)        Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(viii)       Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

(   a)    Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, berikan dua konflik antara watak yang terdapat 
          dalam novel tersebut.
                                                                                                                                                                
                                                                                                                                     ( 7 markah )
(    b)     Satu darpada nilai yang terdapat dalam kedua-dua novel yang anda kaji ialah keberanian.
      Jelaskan satu peristiwa yang mengambarkan nila keberanian bagi setiap novel tersebut.
                                                                                                                                     ( 8 markah )

SOALAN TAMAT
SEMOGA ANDA CEMERLANG

SKEMA JAWAPAN SOALAN PPSPM MRSM 2107

Pendahuluan [2 markah]
               i.        Petikan membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja di Malaysia / di negara kita.                                                                                                                                        ( 2 markah )
             ii.         Petikan membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan punca-punca golongan remaja diisytiharkan muflis.                                                                                                     ( 2 markah )
            iii.        Rumusan ini membincangkan faedah-faedah / kebaikan-kebaikan / manfaatmanfaat / kelebihan-kelebihan / keistimewaan-keistimewaan pengurusan kewangan kepada remaja dan halangan-halangan  remaja untuk melaksanakannya.                                                                                                         ( 2 markah )

Isi Tersurat
Kepentingan pengurusan kewangan kepada remaja

1.       membolehkan remaja merancang masa depan dengan lebih strategik 
2.       dapat memastikan remaja mampu membayar balik wang pinjaman pendidikan
3.       remaja boleh menggunakan wang simpanan yang dikumpulkan untuk memulakan perniagaan 
4.       remaja juga dapat memastikan mereka mempunyai simpanan wang yang cukup
5.       dapat membantu mereka untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi 
6.       dapat mengelakkan mereka terbelenggu dengan masalah kekurangan wang saku sepanjang tempoh pengajian 
7.       dapat membantu remaja khususnya yang belajar di universiti menampung perbelanjaan 
8.       mereka mampu membeli dan memiliki hartanah yang boleh menjamin masa depan
9.       membolehkan remaja menggunakan wang untuk tujuan pelaburan
Isi tersirat:-
Halangan untuk melaksanakannya

1.       Remaja boros berbelanja terutamanya apabila terpengaruh dengan kempen jualan murah.

2.       Remaja mengamalkan gaya hidup mewah di luar daripada kemampuan / melebihi pendapatan / ghairah menggunakan wang untuk membeli barangan berjenama / kereta / gajet canggih. 
  
3.       Remaja terjebak dengan jerat skim pelaburan / perniagaan MLM / skim cepat kaya.

4.       Remaja terpaksa menanggung kos sara hidup  / beban kewangan yang tinggi.

5.       Remaja terpaksa membayar balik pinjaman pendidikan dalam tempoh yang panjang / PTPTN.

6.       Ibu bapa kurang mengingatkan remaja tentang kepentingan menguruskan wang / menabung untuk jaminan masa depan.

7.       Pihak bank / institusi kewangan tidak mampu menarik minat remaja untuk menyimpan / menabung.

8.       Kempen untuk menyedarkan remaja tentang kebaikan menabung / menyimpan / menguruskan kewangan secara bijak / membuat pelaburan melalui saluran yang betul kurang mendapat sambutan.

9.       Remaja membelanjakan wang untuk berhibur / hedonisme / rekreasi.

 Penutup Rumusan

1.       Kesimpulannya, remaja perlulah bijak menguruskan kewangan agar masa depan mereka terjamin.                                                                                                        

2.       Kesimpulannya, remaja hendaklah menguasai ilmu pengurusan kewangan supaya mereka tidak terjebak dengan masalah kewangan pada masa hadapan.

3.       Kesimpulannya, remaja sewajarnya cekap menguruskan kewangan sendiri agar mereka tidak berdepan dengan masalah kewangan yang meruncing.

4.       Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedarkan remaja tentang pengurusan kewangan yang cekap agar hidup mereka lebih terjamin.


Soalan 2(a): Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata sumber yang terhad. - punca yang terbatas / sedikit            2 m
                                                                                 - sumber yang terbatas                         1 m
                                                                                 - punca yang terhad                               1 m
       
(ii) Punca golongan muda diisytiharkan muflis.
                                            - Ketidakcekapan menguruskan kewangan sendiri.                                              1
                                            - Kegagalan perancangan kewangan yang baik.                                                    1
                                            - Kurangnya pendidikan mengenai kaedah berbelanja secara berhemat.        1          
                                                                                                                                                    [Isi cukup: 2 isi]

 (iii) Usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mengelakkan remaja terjebak dengan skim-skim
        pelaburan cepat kaya.

-   Kerajaan / institusi kewangan mengadakan kempen menggalakkan remaja melabur melalui institusi
    kewangan / pihak  yang berautoriti supaya pelaburan dijamin sah di sisi undang-undang.
  
-   Kerajaan / institusi kewangan / memberikan pendedahan kepada remaja tentang skim-skim
    pelaburan yang tidak sah dan hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan sahaja.

-   Kerajaan / institusi kewangan menganjurkan seminar berkaitan ilmu pengetahuan asas pelaburan
    supaya remaja boleh membezakan antara pelaburan yang sah atau tidak sah di sisi undang-undang.
  
-   Media massa memaparkan syarikat-syarikat pelaburan berasaskan skim cepat kaya kepada
    masyarakat melalui akhbar / majalah / berita supaya kegiatan penipuan mereka terbongkar.
  
-   Ibu bapa sentiasa mengingatkan remaja tentang bahaya / kesan negatif / kerugian jika remaja
    melibatkan diri dalam pelaburan skim cepat kaya.

-   Masyarakat sentiasa melaporkan kegiatan syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan cepat
    kaya supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

-   Remaja perlu sentiasa mencari informasi / maklumat berkaitan sektor-sektor pelaburan yang sah dan
     memberikan pulangan yang menguntungkan.

-   Remaja perlu bersikap lebih berhati-hati apabila disogokkan dengan skimskim pelaburan yang
     menawarkan keuntungan secara berlipat ganda supaya tidak mudah tertipu dengan tawaran.


                                                                                                                                             (  isi cukup 3 )


Soalan 2 (b) – Petikan Drama
(i) Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan dalam Program Penghayatan Sastera dan Budaya (PPSB) ialah:

- Pelajar akan diperkenalkan dengan puisi tradisional dan moden,  seperti syair, pantun, seloka, 
  gurindam dan nazam.   
- Pelatih akan dibahagikan dalam kumpulan.    
- Setiap kumpulan akan membuat persembahan pentas selama 10 minit
                                                                                                                                           [Isi cukup: 2 isi]


(ii) Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memartabatkan bidang kesusasteraan tanah air ialah:

-  Pihak Kementerian Pendidikan menjadikan subjek kesusasteraan sebagai subjek elektif di semua sekolah.
-  Pihak Kementerian Pendidikan memperkasakan subjek kesusasteraan di peringkat sekolah
- Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar terhadap subjek
   berkenaan / tayangan video / lakonan
- Sekolah menjemput tokoh sastera/budaya/sasterawan untuk berkongsi ilmu pengetahuan/pengalaman.
- Sekolah menggiatkan aktiviti sastera dalam pertandingan kebahasaan. - Pihak kerajaan mempergiat kempen mempelajari bidang kesusasteraan.  
- Dewan Bahasa dan Pustaka / NGO mengadakan bengkel / seminar berkaitan bidang kesusasteraan secara
  berterusan.
- Ibu bapa menggalakkan / mengajak anak-anak membaca buku-buku sastera.
- Media massa membanyakkan rancangan berunsurkan sastera
                                                                                                                                        [Isi cukup: 2 isi]   


(iii) Satu nilai yang terdapat dalam petikan teks :-

- Nilai patriotisme  Contoh: Walau maju macam mana sekalipun sesuatu bangsa itu, mereka
  tetap memegang   jati diri bangsa mereka.                                                                                1+1
- Nilai kerjasama  Contoh: Setiap kumpulan membuat persembahan pentas selama 10 minit.  1+1               
- Nilai bertanggungjawab / cinta akan ilmu / nasihat-menasihati Contoh: Cikgu Dahari menasihati Nora
  supaya mementingkan ilmu pengetahuan walaupun apa-apa bidang yang diceburinya.          1+1

      Satu nilai lain daripada drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan
- Nilai amanah Contoh: Posmen yang amanah dalam menjalankan tugas.                                 1+1
- Nilai kasih sayang Contoh: Nek Sinah menyayangi Aiman seperti cucunya sendiri.              1+1
- Nilai ketegasan Contoh: Bapa Aiman tegas tidak mahu membantunya mendapatkan pengecualian untuk
  menghadiri kem PLKN.                                                                                                            1+1       

                                                                                                                                             [Isi cukup: 2 isi] 
Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional

(i) Maksud rangkai kata sesaat itu juga ditalak baginda
- Pada masa / waktu / ketika itu juga / jua diceraikan oleh Duli Yang Dipertuan / Sultan                2
- Sesaat itu juga / jua diceraikan oleh Duli Yang Dipertuan / Sultan                                                 1
- Pada masa / waktu / ketika itu juga / jua ditalak baginda                                                                1
 - Dengan pantas / segera diceraikan oleh Sultan                                                                      0                                

                                                                                                                                [maksimum : 2 markah] 
(ii) Reaksi Sultan setelah Seri Nara Diraja bersetuju untuk mengahwini Tun Kudu
- Menceraikan Tun Kudu / sesaat itu juga ditalak baginda                                                                1
- Menghantarnya ke rumah Paduka Raja                                                                                           1
- Memberikan belanja / wang perbelanjaan / nafkah                                                                         1
- Menyuruh berkahwin dengan Seri Nara Diraja                                                                               1
                                                                                                                                             [Isi cukup: 2 isi] 

(iii) Cara-cara yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan ikatan perkahwinan setiap pasangan
- Bertoleransi / bertanggungjawab / hormat-menghormati antara pasangan                                    1
- Rujuk ibu bapa / orang yang berpengalaman / pakar / kaunselor sekiranya  menghadapi
  masalah dalam rumah tangga                                                                                                          1
- Berkomunikasi secara berkesan                                                                                                      1
- Beriadah / melancong / bercuti / berekreasi bersama-sama                                                            1
- Saling berkongsi masalah kerja / kewangan / peribadi yang dihadapi                                            1
- Menghadiri kursus / ceramah / program keluarga bahagia                                                             1
- Mendalami ilmu agama / membaca buku agama                                                                            1
[Isi cukup: 2 isi]

Soalan 2(d) : Sajak
 (i) Setelah penyajak membaca langit, penyajak dapat melihat
 - Pohon-pohon kayan / pokok-pokok kayu rapuh / reput     1
- Dahan dan ranting terkulai / patah                                       1
 - Daun-daun berguguran (helai demi helai)                          1
[Isi cukup: 2 isi]

(ii) Pada pendapat saya, segelintir remaja kini tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul semasa
     berkomunikasi kerana
- Beranggapan bahawa bahasa Melayu itu tiada kelasnya yang tersendiri                                                    1 
- Malu untuk menggunakan bahasa Melayu                                                                                                  1
- Trend remaja kini yang menggunakan bahasa slanga                                                                                 1
- Latar belakang keluarga / pengaruh keluarga yang menggunakan  bahasa asing / dialek daerah / negeri       1
- Terpengaruh dengan rakan / media massa / rancangan televisyen /  artis pujaan                                       1

 [Isi cukup: 2 isi] 
(iii) Dua persoalan daripada sajak ialah
- Persoalan keindahan alam ciptaan Tuhan Contoh : Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan  
  oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran  
  gunung.                                                                                                                                                     1+1
- Persoalan kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang Contoh : Penyajak mendapati bahawa semakin lama
  semakin kurang  orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu  merupakan bahasa
  kebangsaan.                                                                                                                                             1+1
- Persoalan kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu Contoh : Para pejuang bahasa yang cinta
  akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.                 1+1
- Persoalan bahasa sebagai maruah bangsa Contoh  : Bahasa Melayu harus dipertahankan dan dimartabatkan 
  oleh semua warga agar tidak terpinggir.                                                                                                  1+1        - Persoalan jati diri anak bangsa yang semakin terancam. Contoh : Bangsa Melayu kian terhakis adab dan 
  akhlak akibat daripada kemodenan negara.                                                                                            1+1

(2 isi dengan huraian yang lengkap mencukupi untuk markah maksimum)

Jawapan 3(a) – Morfologi (binaan ayat)

(i) merebus           1.  memasak sesuatu dalam air, menggodok : merebus keledek, merebus air

(ii) mereneh          1.  mendidih                         2.  meleleh (air mata dll)

(iii) menanak        1.  memasak nasi (dalam periuk, kawah, dll)  2.  memasak sesuatu dengan merebusnya 
                                  sahaja :   menanak kentang

(iv) mencelur        1. memasukkan (mencelupkan) sesuatu (sayur dsb) untuk beberapa
                                  ketika ke dalam air panas (supaya lembut)

(v) mengukus       1. memasak atau memanaskan sesuatu dengan menggunakan wap air 
                                 mendidih 2.  memanaskan cairan (seperti air dll) hingga menjadi wap yang kemudian 
                                 bertukar semula menjadi cairan

(vi) menjerang    1.  meletakkan (periuk dll) di atas api untuk memasak   2.  memasak : memasak nasi 

( 6 markah )

Jawapan 3(b) – Sintaksis (ayat majmuk)

 - Melaka merupakan destinasi pelancongan kerana mempunyai bangunan- bangunan  bersejarah dan tempat-
   tempat  menarik.                                                                                                                                              2
-  Kerajaan negeri mengadakan pelbagai usaha mempromosikan Melaka dengan mengadakan kempen Melawat
   Melaka Bererti Melawat Malaysia supaya Melaka lebih dikenali oleh pelancong-pelancong.                      2
-  Peluang pekerjaan terbuka luas apabila banyak pelancong mengunjungi Melaka  sehingga ekonomi Melaka
    meningkat.                                                                                                                                                                              2


 [Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(c) – Kesalahan Ejaan dan Imbuhan 

(i)            mensifatkan   - menyifatkan                              tempuh    - tempoh

(ii)           definasi    -    definisi                                         rujukan    - merujuk

(iii)          mengimbas   -  pengimbas                                 disetiap    - di setiap
                                                                                                                                          [Maksimum : 6 markah]



Jawapan 3(d) – Kesalahan Istilah/kata dan tatabahasa

 (i) pemberian    - penyampaian                        semua pelajar-pelajar  - semua pelajar / pelajar-pelajar

(ii) membacakan   - mendeklamasikan             oleh kerana   - oleh sebab

(iii) berapa    - beberapa                                     menaiki    - mendaki


[Maksimum : 6 markah]

Jawapan 3(e) - Peribahasa

(i) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

(ii) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

(iii) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

(iv) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

(v) Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

(vi) Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.


[Maksimum : 6 markah]

4 (a) Dua konflik antara watak yang terdapat dalam novel tersebut.

Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Konflik antara penduduk kampung.



Lebai Pian mempertikaikan tindakan Pak Saidi yang menghantar anaknya, Adnan ke sekolah Inggeris.
Konflik antara anak dengan ibu.




Ibu Adnan, Mak Milah tidak bersetuju dengan cita-cita Adnan yang ingin menjadi tentera dan lebih suka anaknya menjadi guru tetapi Adnan tetap dengan cita-citanya untuk menjadi askar.
Konflik antara rakan sekampung.



Adnan dan Budin hampir bertumbuk akibat perasaan tidak puas hati Budin kerana pasukan bola sepaknya kalah dalam pertandingan.
Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Tirani
Konflik antara rakan sekolah.




Waheeda amat marah kepada kawan-kawannya sewaktu di sekolah kerana mereka mengejeknya dengan panggilan Eda Keropok (hidungnya penyek) dan wajahnya berjerawat.
Konflik antara suami dengan isteri





Waheeda menghadapi konflik apabila Zahid menuduhnya berlaku curang dan mempertikaikan status anaknya setelah meneliti ciri-ciri fizikal yang terdapat pada bayi perempuannya itu.
Konflik antara menantu dengan bapa mentua.


Waheeda tidak bersetuju dengan bapa mentuanya yang ingin menggabungkan Hotel Seri Gading dan Chalet Tajau Emas menjadi satu syarikat perniagaan.
Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Jendela Menghadap Jalan
Konflik
Konflik antara suami dengan isteri.





Hampir 10 tahun Che Jah dan anak-anaknya menjadi mangsa penderaan suaminya, Seman yang pulang lewat malam. Akibat kesan alkohol dan kalah judi mereka sering dibelasah oleh Seman.

Konflik antara masyarakat kampung.



Penduduk Kampung Sentosa menghadapi konflik tentang isu peletakan kubah yang baharu di masjid lama atau di masjid baharu yang akan dibina.
Konflik antara generasi muda dengan golongan tua.




Danel yang mewakili generasi muda hari ini lebih gemar memilih rawatan moden untuk mengubati penyakit bapanya namun bapanya memilih rawatan tradisional yang diusahakan oleh datuk Lili.

Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Songket Berbenang Emas
Konflik antara bapa dengan anak.




Dahlia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya, Embong yang ingin menghantar ibunya, Saleha ke hospital bahagia untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Konflik antara anak murid dengan guru.




Cikgu Salwani tidak membenarkan Dahlia keluar dari asrama untuk tinggal di rumah tetapi Dahlia berdegil dan terus meninggalkan asrama tanpa kebenaran gurunya.
Konflik antara ibu mentua dengan menantu.




Nek Kiah tidak suka akan perkahwinan antara anaknya, Saleha dan Embong dan sering membanding-bandingkan keluarga mereka yang hidup miskin dengan anak-anak Nek Kiah yang lain.
Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Pantai Kasih
Konflik antara suami dengan isteri.

Dr Sadiz meminta Dr Raiha menggugurkan kandungan apabila mengetahui anak yang dikandungnya itu OKU tetapi tidak dipersetujui oleh Dr Raiha.
Konflik antara menantu dengan mentua.

Bapa Dr Raiha kurang bersetuju dengan perkahwinan Dr Raiha dengan Dr Sadiz kerana usia Dr Sadiz yang hampir sebaya dengannya.

Konflik antara majikan dengan pekerja.

Dr  Uwang  berasa tersinggung apabila Dr Raiha mempersoalkan sebab-sebab Unong Siron dibedah sebanyak lima kali pada tempat yang sama.

Konflik antara pekerja dengan ketua.

Felicia berasa tersinggung apabila Dr Raiha menegur sikap kasarnya terhadap ibu Unong Siron.
Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Bimasakti Menari
Konflik antara ahli perniagaan.

Dato’ Johan menganggap Tan Sri Muhaimin sebagai musuhnya dalam projek pembangunan di Kuala Selangor.
Konflik antara pasangan suami isteri.

Perbezaan prinsip antara Tan Sri Muhaimim dan Maryam Wickham menyebabkan mereka berpisah.
Konflik antara pekerja dengan majikan.

Nurul Hafsa merasa tidak puas hati apabila majikannya Pn Foziah menasihatinya agar tidak mengharapkan sebarang tindakan diambil berhubung laporannya terhadap masalah alam sekitar di Kuala Selangor. 

Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Di Sebalik Dinara
Konflik antara suami dengan isteri.



Karl seorang ateis mahu isterinya, Rusmina meninggalkan agama yang dianutinya. Disebabkan keengganan Rusmina, dia didera sehingga cacat
Konflik antara rakan sekerja. 





Alia berasa tidak puas hati kerana Farisha dapat berinteraksi secara bawah sedar dengan Karl. Keadaan ini menimbulkan rasa marah kepada Alia kerana dia tidak terpilih untuk melaksanakan tugasan itu.
Konflik antara penyelidik/saintis dengan pembantu penyelidik.




Marilyn / Medina merupakan pembantu penyelidik kepada Karl. Dia telah mensabotaj ingatan pembantunya itu dan menyebabkan wanita itu menjadi tidak waras kerana menganggap Marilyn / Medina sebagai pesaingnya. 

Novel
Konflik (1m)
Huraian (1m)
Silir Daksina
Konflik antara suami dengan isteri.





Abdullah bin Kayan seorang berjiwa seni sibuk dengan dunia seni manakala isterinya pula seorang yang suka berniaga. Kecenderungan mereka yang berbeza menyebabkan mereka sering bertelagah sehingga bercerai.
Konflik antara ibu dengan anak.

Konflik antara Haiqal dan ibunya timbul apabila Haiqal ingin menjejaki manuskrip yang separuh jalan yang ditinggalkan oleh bapanya. Manuskrip itu menarik minatnya untuk mengenali arwah ayahnya dengan lebih dekat. 




4 (b)  Satu peristiwa yang menggambarkan nilai keberanian bagi setiap novel tersebut.

Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Leftenan Adnan Wira Bangsa
Peristiwa keberanian Leftenan Adnan mempertahankan Bukit Candu.

Di puncak Bukit Candu Adnan memimpin pasukannya untuk terus mempertahankan kubu yang strategik itu. Selain  ramai yang terkorban, pasukan mereka juga telah kehabisan peluru namun mereka tidak mengalah  untuk mempertahankan tanah air daripada jatuh ke tangan penjajah.
Peristiwa keberanian Pak Saidi melawan tentera Jepun.

Tentera Jepun telah ke rumah Pak Saidi untuk mencari keluarga Adnan. Pak Saidi telah mempertahankan keluarganya dan telah berjaya membunuh beberapa orang tentera Jepun.
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Tirani
Peristiwa keberanian Waheeda mengambil risiko membuat pinjaman untuk memajukan perniagaan.

Waheeda membuat pinjaman baharu daripada tabung usahawan siswazah Bank Pembangunan untuk membeli chalet Iwana Iwani yang ingin dijual oleh pemiliknya Abdul Aziz Imran.
Peristiwa keberanian Waheeda menghadapi tuduhan negatif suaminya.

Waheeda menjelaskan kepada Dr Qamariah bahawa dia tidak takut akan tuduhan nusyuz yang dilemparkan oleh suaminya, Zahid. Hal ini kerana dia sangat yakin bahawa dia tidak pernah berlaku curang.
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Jendela Menghadap Jalan
Konflik
Peristiwa keberanian Danel menyelamatkan mangsa culik.

Lili telah menjadi mangsa culik oleh Rafiq dan Haziq dan disembunyikan di sebuah rumah usang. Danel yang mengetahui tempat persembunyian mereka telah datang seorang diri untuk menyelamatkan Lili.
Peristiwa keberanian Lili untuk membuat aduan tentang isu keganasan rumah tangga.

Lili berani menyuarakan permasalahan rumah tangga Cik Jah dan suaminya kepada Puan Hamimah iaitu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Songket Berbenang Emas
Peristiwa keberanian Dahlia terjun ke dalam sungai.

Dahlia sanggup terjun ke dalam sungai yang deras untuk menyelamatkan nyawa Said.
Peristiwa keberanian Embong membunuh seekor ular.

Embong berani melawan dan berjaya membunuh ular sawa di ladang kelapa sawit. Ular sawa telah membelit badan Embong ketika dia mencari buluh di kawasan kelapa sawit.
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Pantai Kasih
Peristiwa keberanian Raiha mempertikaikan kegagalan pembedahan yang telah dijalankan.

Dr Raiha berani mempertikaikan kegagalan majikannya, Dr Uwang dalam menjalankan pembedahan terhadap Unong Siron sehingga pesakit itu dibedah sebanyak 6 kali.
Peristiwa keberanian Dr Raiha mempertahankan kebenaran.

Dr. Raiha hadir ke mahkamah semata-mata mempertahankan dirinya daripada tuduhan Dr Sadiz tentang kes kematian anaknya Rohayu. Raiha tidak gentar bersemuka dengan suaminya di mahkamah
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Bimasakti Menari
Peristiwa keberanian Muhammad Taufik bersemuka dengan penjenayah.
Setelah keluar dari hospital, Muhammad Taufik berani bersemuka dengan penjenayah di stesen Petronas untuk menyelamatkan Nurul Hafsa
Peristiwa keberanian Nurul Hafsa membuat laporan kes penculikan kepada polis.
Nurul Hafsa membuat laporan kes penculikan kepada polis.
Nurul Hafsa berani melaporkan kejadian penculikan yang telah berlaku kepada dirinya demi menyelamatkan Taufik. Dia telah membuat laporan polis dengan bantuan pemandu van sekolah yang ditahannya ketika dia berjalan seorang diri. 

Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Di Sebalik Dinara
Peristiwa keberanian Azraai mendedahkan identiti sebenar adik angkatnya.

Azraai berani mengambil risiko untuk memberitahu Farisha bahawa adiknya merupakan anak angkat kepada ibu bapa mereka walaupun dia tahu adiknya akan berasa sedih akan hakikat tersebut.
Peristiwa keberanian Karl menyelamatkan anaknya daripada ancaman.

Marilyn / Medina berani melarikan Farisha daripada Karl untuk menyelamatkan Farisha daripada menjadi bahan uji kaji. Farisha akhirnya diserahkan kepada ibu Azraai sebagai anak angkat.
Novel
Peristiwa menggambarkan nilai keberanian (1m)
Huraian (2m)
Silir Daksina
Peristiwa keberanian Haiqal bermusafir demi amanat ayahnya.
Haiqal tidak pernah pergi ke kampung ayahnya di Johor. Dari Terengganu dia berani menaiki bas seorang diri sehingga sampai ke Batu Pahat walaupun dihalang oleh ibunya
Peristiwa keberanian Tauke Ong memulakan kehidupan di tempat yang asing baginya.

Tauke Ong yang berbeza latar budaya dan agama mengambil tindakan berani untuk  berpindah dan menetap di Kampung Seri Purnama yang majoritinya dihuni oleh masyarakat Melayu. 





CONTOH KARANGAN PELAJAR.


Kepentingan Memiliki Keluarga Bahagia
                Persis mutiara kata cendiakawan Islam, keluarga bahagia mampu  melahirkan insan yang kompleks dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani. Apakah yang kita fahami mengenai keluarga bahagia? Apakah keluarga bahagia itu sekadar mempunyai anak yang cemerlang dalam pendidikan sahaja ? Tidak. Keluarga bahagia bermaksud , keluarga yang seimbang dari segi emosi, jasmani dan kasih sayangnya.Manusia yang semakin alpa dengan teknologi dunia yang semakin canggih,  dan ketua keluarga yang semakin lupa mengenai tanggungjawabnya sebagai seorang ketua keluarga, menyebabkan institusi keluarga bahagia kian luput dan makin pupus dalam dunia pada masa ini. Oleh itu, kita sebagai pewaris dunia era globalisasi ini, sewajarnya membina sebuah keluarga yang bahagia, agar kehidupan generasi seterusnya dapat hidup dengan aman dan damai.Persoalannya, apakah kepentingan memiliki keluarga bahagia ?
Komen guru,
Pengenalan Hafiz perlu diperbaik, kerana fokus Hafiz hanya kepada masalah pendidikan umum tidak memfokus kepada kelas agama, seperti sekolah agama rakyat. Untuk kematangan, selitkan perspektif Islam, dan konsep Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan seimbang serta masalah moral dan jenayah.
Ubah suai dan cadangan:-

             Keluarga bahagia menurut perspektif Islam adalah sebuah keluarga mementingkan akidah dan perjalanan kehidupan institusi keluarga  ini sentiasa merujuk syariat agama, sehingga  melahirkan keluarga yang barokah, sakinah, mawaddah, dan warahmah.  Ibu bapa sebagai nakhoda institusi keluarga perlu bijak membenih dan mencorak ahli keluarganya agar kehidupan mereka sentiasa berlandaskan agama seterusnya melahirkan suasana keluarga bahagia kerana “Rumahku Syurgaku.” Malangnya, pada zaman globalisasi ini, manusia lebih bersikap individualistik dan materialistik, lebih mementingkan kebahagian duniawi daripada syurgawi tanpa mengutamakan kemenjadian insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual sebagaimana terlakar dalam Falsafah Pendidikan Negara. Impaknya, institusi keluarga pada alaf 21 ini sering porak peranda, anak-anak tidak menghormati ibu bapa, kejadian jenayah dalam masyarakat semakin menjadi-jadi, dan amat menyedihkan berlakunya subang mahram, dan bapa yang sepatutnya mempertahankan keselamatan dan kebajikan anak-anak  tetapi mereka bersikap sebaliknya seperti “haruan memakan anaknya sendiri.” Gejala remaja lari daripada rumah sering terpapar di dada akhbar. Kenapakah semua kebejatan moral dan sosial ini berlaku dalam kalangan masyarakat, ketika negara semakin maju? Jawapannya, tiada sinar keluarga bahagia dalam kalangan institusi yang kita perkatakan ini. Oleh itu, kita sebagai pewaris dunia era globalisasi ini, sewajarnya berusaha untuk membina sebuah keluarga yang bahagia  agar kehidupan generasi seterusnya dapat hidup dengan aman dan damai. Persoalannya, apakah kepentingan memiliki keluarga bahagia ?

          Antara kepentingan memiliki keluarga bahagia ialah kita dapat mengukuhkan lagi institusi keluarga kerana apabila keluarga bahagia dapat dijalinkan, maka hubungan antara ahli keluarga semakin akrab bagai aur dengan tebing dan bagai isi dengan kuku. Hal ini demikian kerana apabila kita saling mengenali ahli keluarga secara azalinya nilai murni ini akan memupuk  semangat kekeluargaan yang melahirkan nilai kasih yang amat tinggi pada setiap ahli keluarga, justeru dapat mengukuhkan lagi institusi keluarga. Contohnya, apabila seseorang itu mengasihi ahli keluarganya maka keluarga menjadi keutamaanya berbanding dunia yang fana ini.Sekiranya institusi keluarga ini tidak dapat dikukuhkan maka lahirlah satu generasi yang saling tidak mengasihi antara satu sama lain. Sudah terang lagi bersuluh bahawa institusi keluarga dapat dikukuhkan sekiranya kita memiliki keluarga bahagia.
Komen guru,
Pertama binaan ayat isi Hafiz boleh diperbaiki kerana ayat pertama pengenalan isi bercampur baur dengan huraian dan fokus ayat isi agak tenggelam. Selain itu, cuba elakkan menggunakan ayat tajuk untuk memulakan karangan kerana penggunaan ayat berkenaan akan menyebabkan Hafiz gagal membina ayat sendiri dengan lebih baik. Penggunaan ayat isi karangan berpandu menyebabkan Hafif terkonkong dan tidak bebas untuk membina ayat sendiri. Kedua, Hafiz masih masih gagal memberi contoh yang mantap berkenaan nilai kasih sayang yang terdapat dalam keluarga. Apa yang Hafiz tulis umum.
Cadangan penambahbaikan.
Pertama, keluarga bahagia amat penting kerana dapat mengukuhkan  institusi keluarga yang diimpikan oleh setiap manusia di muka bumi ini.  Antara faktor  utama untuk melahirkan kekukuhan institusi kekeluargaan adalah dengan keakraban hubungan setiap ahli keluarga. Secara azalinya hubungan antara ahli keluarga yang mantap  akan melahirkan sikap tolong-menolong bagai aur dengan tebing dan bagai isi dengan kuku untuk melahirkan keluarga bahagia kerana “ Rumahku, Syurgaku.” Bahkan juga, sikap tolong menolong ini akan melahirkan nilai kasih sayang, nilai ikhlas, nilai patuh kepada ketua keluarga. Siapakah yang bertanggungjawab memainkan peranan utama untuk mewujudkan nilai murni ini? Ibu bapalah orang bertanggungjawab menyemai dan membenihkan nilai murni ini kerana anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah berperanan mencorakkannya. Seyogia usaha untuk mencorak keperibadian mulia ini perlulah bermula ketika anak-anak masih kecil ibarat ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya.’ Apabila seseorang anak menyayangi ahli keluarganya mereka tidak akan membenarkan ahli keluarganya berada dalam kesedihan. Contohnya sebagai seorang anak mereka akan sentiasa menjalankan tanggungjawab mereka seperti belajar bersungguh-sungguh dan mengembirakan ibu bapa mereka dengan menghadiahkan mereka keputusan peperiksaan cemerlang. Bahkan juga, sebagai seorang anak, mereka akan sentiasa mengikut perintah ibu bapa kerana jika mereka mengeleng kepala sahaja, mereka akan dianggap menderhaka , apatah lagi melawan arahan ibu bapa mereka. Jika, anak-anak bersikap sedemikian rupa dan sentiasa saling menolong mengukuhkan institusi keluarga, maka ibu bapalah orang paling gembira kerana berjaya membentuk kemenjadian anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak berjaya dan berkerjaya  akan dapat merubah status ekonomi keluarga daripada keluarga daif kepada keluarga berjaya.  Sudah terang lagi bersuluh bahawa institusi keluarga dapat dikukuhkan sekiranya kita memiliki keluarga bahagia.


        Dalam pada itu, keluarga bahagia juga dapat melahirkan anak-anak yang berjaya dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani.Hal ini demikian kerana keluarga bahagia mempunyai satu cara mendidik yang cemerlang yang memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Apabila anak-anak terdidik dari keluarga yang cemerlang maka lahirlah seorang insan yang mampu menggegarkan dunia, lantas membina satu perubahan yang mungkin memberi satu kemudahan kepada manusia seantero dunia. Hal ini terbukti apabila kebanyakan pelajar berjaya merupakan pelajar yang berasal daripada keluarga bahagia walaupun serba kekurangan. Natijahnya, keluarga bahagia mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.
Komen guru:-
Isi perenggan kedua. Beri penekanan kepada sitem pendidikan biasa dan agama, untuk melahirkan pelajar seimbang.
Cadangan dan penambahbaikan
        Dalam pada itu, keluarga bahagia juga dapat melahirkan anak-anak yang berjaya di dunia mahupun akhirat. Hal ini demikian kerana seorang ibu bapa yang bertanggungjawab akan sentiasa mengimbangi pendidikan anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak perlu diberikan pendidikan duniawi dan syurgawi. Sebagai seorang bapa yang perpandangan jauh mereka akan berusaha menghantar anak-anak ke sekolah, dan menghadiri kelas tuisyen agar anak-anak mereka akan berjaya dalam bidang pendidikan dan berkerjaya ketika mereka dewasa kelak. Pada masa yang sama, mereka juga menghantar anak mereka ke kelas agama. Sediakan payung sebelum hujan, begitulah hakikatnya pada alaf modenisasi dan globalisasi sekarang, kejayaan anak-anak jika tidak diibangi kedua-dua aspek pendidikan iaitu pendidikan duniawi dan syurgawi anak-anak akan mudah terjebak melakukan unsur jenayah seperti rasuah, pecah amanah, dan bersikap individualistik serta materalistik. Apabila anak-anak terdidik dari keluarga yang cemerlang dan beragama maka lahirlah seorang insan yang mampu menggegarkan dunia, lantas membina satu perubahan yang mungkin memberi satu kemudahan kepada manusia seantero dunia. Hal ini terbukti apabila kebanyakan pelajar berjaya merupakan pelajar yang berasal daripada keluarga bahagia walaupun serba kekurangan. Natijahnya, keluarga bahagia mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum serta pendidikan agama sebagai pendiding untuk mengelak diri mereka daripada terjebak sebarang unsur tidak bermoral yang berleluasa sekarang.

          Selain itu, institusi keluarga bahagia mampu memupuk sikap-sikap positif dalam ahli keluarga. Hal ini demikian kerana keluarga bahagia sentiasa bersikap toleransi dan mengamalkan nilai-nilai murni yang baik menyebabkan ahli keluarga mudah terpengaruh untuk turut mengamalkan nilai murni tersebut. Anak-anak mudah terikut dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa kerana bagi mereka ibu bapa merupakan suri teladan. Persis kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya kerana ayah borek, anak rintik. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menunjukkan contoh perilaku yang baik di hadapan mahupun di belakang anak-anak. Contohnya, ibu bapa menggunakan bahasa yang gramatis dan berminda kelas pertama  serta mempunyai pengetahuan agama dan sentiasa mengelak diri mereka daripada melakukan perkara tidak bermoral seperti rasuah, mengambil harta anak-anak yatim, menipu dan sebagainya akan membentuk sifat-sifat positif dalam kalbu anak-anak mereka . Ibu bapa suri teladan dan anak-anak sentiasa melihat kerja buat ibu bapa setiap hari. Sekiranya sikap-sikap positif ini tidak dapat dipupuk dalam ahli keluarga, anak-anak yang akan mudah terjebak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan akan melahirkan generasi perosak pentadbiran dan kemajuan negara. Tuntasnya, keluarga bahagia mampu membentuk sikap-sikap positif dalam diri ahli keluarga.
Perenggan isi ketiga, baik.

     Akhir kalam, “rumahku syurgaku” merupakan satu tema yang patut dijadikan tujuan utama bagi setiap keluarga di negara kita. Hal ini demikian kerana apabila tujuan utama kita merupakan suatu perkara yang murni maka kita akan berusaha untuk mencapainya. Justeru, betulkan niat kita sebelum melakukan perkara kerana keberkatan terletak pada niat.
          Penutup tidak mantap dan binaan ayat kurang menarik. Idea dan huraian tidak berkembang. Perenggan pendek dan tidak seimbang berbanding perenggan lain. Hafiz tidak dapat mengaitkan slogan "Rumahku, Syurgaku " dengan pembentukan keluarga bahagia.

Cadangan penambahbaikan perenggan penutup.

Akhir kalam, “Rumahku, Syurgaku” merupakan slogan dan tema hasil daripada pembentukan keluarga bahagia. Hal ini demikian kerana apabila terbentuknya keluarga bahagia setiap semua isi rumah akan mendapat rahmatnya. Bagi setiap ahli keluarga yang tinggal sebumbung mereka sentiasa ceria, mereka saling mempercayai, saling membantu, saling menghormati dan sentiasa mengekalkan keharmornian keluarga. Apabila berlakunya sebarang bencana atau masalah, hubungan antara isi rumah ini akan sentiasa bertaut kerana bagi mereka, cubit peha kanan, peha kiri terasa, sakit sama di rasa dan gembira sama dikongsi. Segala masalah yang dihadapi oleh setiap ahli keluarga akan dirungkai bersama ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berterabur. Oleh sebab itu, keluarga bahagia ini sering menghabiskan masa berada di rumah pada masa lapang, dan sering berusaha menceriakan rumah secara berkerjasama. Setiap ahli keluarga bahagia ini sentiasa bersyukur kepada Tuhan dan keberadaan mereka di dalam keluarga sentiasa dihargai. Bahkan juga keluarga bahagia ini sering menjadi buah mulut masyarakat dan kebahagian keluarga seperti ini sering menjadi contoh jiran-jiran yang tinggal berhampiran. Oleh sebab itu, ada kalangan ketua keluarga jiran tetangga tidak segan silu merujuk masalah keluarga yang dihadapi dalam keluarganya untuk dirungkaikan dengan nasihat serta petua daripada keluarga bahagia berkenaan.  Tegasnya, setiap ahli keluarga perlu memperbetul niat dan sentiasa ikhlas kerana kejayaan pembetukan keluarga bahagia terletak kepada keberkatan dan pada niat setiap ahli keluarga.







Tiada ulasan: