LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Khamis, 5 Oktober 2017

FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ESOK SOALAN 4 (a) dan 4 (b) SOALAN PPSPM NEGERI KEDAH DAN SBP 2017

FOKUS NOVEL (PDPC 7/10/2017)

Soalan PPSPM Negeri Kedah 2017:-
Bahagian 4 (a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel tersebut

Bahagian 4  (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada bahagian peleraian  yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.

Soalan PPSPM  SBP 2017
Bahagian 4 (a)
Oleh sebab soalan SPB sama dengan soalan PPSPM Negeri Kedah, fokus soalan diubah kepada soalan PPSPM Negeri Pahang.
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan  dua peristiwa  sebuah  novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca.

Bahagian 4 (b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan  kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut


SKEMA JAWAPAN SOALAN NOVEL PPSPM 2017 NEGERI KEDAH

4 (a)    Latar Tempat
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel tersebut:-

NOVEL JENDELA  MENGHADAP JALAN KARYA RUHANI MAT DIRIN
  
1.Kampung Sentosa
 - Tempat Lili menghabiskan masa cuti persekolahannya selama dua minggu
  
2.Rumah datuk/ Haji Abdul Rahman
  - Danel dan ayahnya William Ng datang ke rumah datuk untuk berubat
 - Tempat Datuk bercerita tentang kemujaraban akar kayu kepada Lili.
  
3.Surau Kampung Sentosa
 - Tempat berlakunya kekecohan kerana isu pembinaan masjid dan kubah surau serta     sikap penduduk   kampung yang berpuak-puak.
  
4. Balai Raya
 - Tempat penduduk kampung berkumpul bagi menyelesaikan masalah pembelian tanah     orang   kampung oleh orang yang tidak dikenali.
- Tempat Che Jah membuat pengakuan bahawa suaminya Seman yang melarikan kubah     surau

6. Kedai Runcit Letchumi
  -  tempat nenek membawa Lili berbelanja  
  -  tempat Lili bertemu dengan Geetha kali kedua
  -  tempat Geetha bercerita tentang Datuk kepada Lili.


7. Rumah Che Jah
  -  Haziq dan Rafiq dipukul oleh ayahnya Seman 
  -  Lili dibawa oleh Abang Rashid untuk melawat Haziq dan Rafiq yang dipukul oleh  Seman.

 8. Pondok Usang
   - Tempat Lili dikurung ketika diculik oleh Haziq dan Raziq.

NOVEL SONGKET BERBENANG EMAS KARYA KHAIRUDDIN AYIP
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan latar tempat yang terdapat dalam  novel
tersebut:-

1.   Padang bola jaring
   -  Dahlia berlatih bola jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.

2.   Kantin sekolah     
   - Tempat Azahari menunggu Dahlia untuk bertemu dengannya. 

3.    SMK Tun Ismail   
    - Tempat Azahari dan Dahlia belajar, sewaktu Dahlia tingkatan 1 dan Azahari  tingkatan 5.

4.    SM Temenggung Ibrahim      
   - Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan 6 dan dia tinggal di asrama sekolah           ini.

5.    Bilik kerjaya
    - Tempat cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada Kavita  
   - Tempat Dahlia bertemu dengan Cikgu Hisyam. 

6.    Kebun getah
    - Tempat Saleha menoreh getah dan bersembunyi.

7.     Hospital Batu Bahat  (Wad 6)  
     - Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan  rawatan awal   

8.     Hospital Batu Bahat  (Wad 4)    
     - Tempat Embong dirawat setelah dipatuk ular

10.   Hospital Permai Johor Bahru 
       - Tempat Saleha dirawat    
       - Tempat Azahari bekerja sementara setelah mendapat segulung ijazah

11.   Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir
         - Tempat Embong bekerja sebagai pengait kelapa sawit
         - Tempat Embong dibelit oleh ular sawa

12.    SK Jelotong      
        - Tempat Said dan Melati bersekolah

13.    Rumah Aton  
      - Tempat Dahlia disindir oleh Aton. Aton mengatakan bahawa Dahlia punca kematian Said.

14.     Balai Raya kampung Haji Rais
        -  Penduduk  kampung bergotong-royong semasa majlis sambutan maulidur rasul
        -  Tempat pemindahan mangsa banjir yang berlaku di kampung Dahlia.   


Soalan 4(b) : Dua peristiwa  pada bahagian peleraian yang memberi teladan kepada pembaca

Novel Jendela Menghadap Jalan

1. Peristiwa Lili menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga Che Jah dengan bantuan Puan    Hamimah, Pegawai Kebajikan Masyarakat.
   Sebab: -  Seseorang yang berada dalam kesusahan perlu dibantu agar dapat meringankan beban mereka.

2. Peristiwa Lili berasa sangat bahagia sewaktu melihat ibu berbual-bual mesra dengan datuk semasa ibu pulang ke kampung untuk menjemput Lili  pulang ke Kuala Lumpur.
    Sebab: - Seseorang anak perlu mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapanya walaupun sudah berkeluarga dan memiliki kerjaya yang baik.

3. Peristiwa Rafik dan Haziq akan menduduki peperiksaan PMR sebagai calon persendirian.
    Sebab: - Pelajaran amat penting dalam kehidupan


4. Peristiwa Che Jah dan anak-anaknya mendapat pembelaan yang sewajarnya apabila suaminya Seman berjaya dihadapkan ke muka pengadilan.
    Sebab: - Seseorang yang melakukan kesalahan perlu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahannya.

Novel Songket Berbenang Emas

1. Peristiwa Nek Kiah yang tidak menyukai keluarga Dahlia dan bersikap pilih kasih akhirnya insaf selepas dia dijaga dengan baik oleh Dahlia dan adikberadiknya semasa Nek Kiah sakit.
    Sebab: - Ahli keluarga tidak perlu mempunyai sikap pilih kasih terhadap anak cucu.

 2. Peristiwa Penduduk Kampung Haji Rais telah bermuafakat dan bekerjasama membina rumah Embong semula yang musnah akibat banjir. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makan.
   Sebab: - Permuafakatan amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.      

3. Peristiwa  Masyarakat kampung telah berjaya memungut sumbangan sebanyak RM500.00 dan sumbangan peribadi RM300 daripada Tauke Lim kepada Dahlia untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun.
    Sebab: - Kepentingan budaya tolong menolong dalam kehidupan bermasyarakat .

4. Peristiwa Dahlia terpilh melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun di Jepun. 
   Sebab: - Ketabahan dan kegigihan menempuh pelbagai cabaran membuahkan memperoleh kejayaan.


5. Peristiwa Azhari menghadiahi sehelai songket berbenang kepada Dahlia sebagai merainya kejayaan melanjutkan pelajaran dan simbol bahawa mereka orang Melayu.
   Sebab: - Kepentingan menjaga mempertahankan budaya Melayu.

SKEMA JAWAPAN SOALAN NOVEL PPSPM 2017 NEGERI 
PAHANG.
Soalan 4 (a)
Peristiwa dalam sesebuah novel dapat menimbulkan kesedaran kepada pembaca. Berdasarkan  dua 
peristiwa  sebuah  novel yang anda pelajari, huraikan sebab-sebab peristiwa itu dapat menimbulkan 
kesedaran kepada pembaca.

Dalam proses membina jawapan. Mohon bersabar.


Soalan 4 (b)


Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan  kebijaksanaan bagi setiap novel tersebut
 
   Novel Jendela Menghadap Jalan 
    Novel Songket Berbenang Emas
 Persoalan keberanian dalam menghadapi masalah


1. Peristiwa Lili, Danel, dan Geetha berani menyelesaikan masalah kubah surau yang dihadapi oleh penduduk di Kampung Sentosa.

2.Peristiwa Danel berani menyelamatkan Lili yang diculik oleh Rafik dan Haziq.
    Persoalan keberanian dalam menghadapi  
    masalah


1. Peristiwa Dahlia berani menyelamatkan Said, anak Aton yang lemas di sungai berhampiran rumah Dahlia.

2. Peristiwa Embong berani membunuh ular sawa yang membelitnya di kebun sawit di Kampung Parit Haji Kadir.



PANDUAN JAWAPAN DI ATAS BERBENTUK POIN DAN ANDA PERLU MENJAWAB SOALAN DALAM BENTUK AYAT YANG GRAMATIS. JIKA ANDA MENJAWAB JAWAPAN
BERBENTUK POIN MARKAH BAHASA ANDA AKAN DITOLAK. HARAP MAKLUM

Tiada ulasan: