Jumaat, 6 Oktober 2017

FOKUS LATIHAN KELAS TUISYEN TAMBAHAN KELAS 5 SAINS UNTUK MEREALISASIKAN KECEMERLANGAN A+,A, DAN A-

        Alhamdulillah kelas tuisyen ini wujud atas kesedaran untuk menggapai keputusan A+, A, dan A- paling minimum sasaran untuk pelajar Kelas 5 Sains amat perlu diteruskan. Saya juga berbangga kerana kehadiran mereka amat membanggakan saya, walaupun ada juga pelajar yang tidak hadir atas sebab kesihatan dan masalah kenderaan untuk hadir. Namun, saya bertambah berbangga kerana ada kalangan pelajar sanggup untuk mengambil pelajar yang menghadapi masalah pengangkutan ke kelas tuisyen tetapi timbul pula masalah komunikasi. Saya juga menyatakan hasrat untuk membantu dan menyelesaikan masalah ketidakhadiran pelajar ini almaklum keluarga pelajar SMK Seri Londang terdiri daripada kalangan keluarga sederhana dan ada pada tahap miskin, dan sekurang-kurangnya kerja kebajikan yang saya jalankan selama tiga minggu berturut-turut atas kesedaran pelajar sendiri dan mereka menganggap Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang sukar dan perlu dipelajari. Memang untuk mendapat keputusan setakat C+, B, dan B+  tidak ada masalah untuk  17 orang pelajar Kelas 5 Sains ini tetapi untuk menggapai keputusan cemerlang memerlukan kelas ini diteruskan. 

       Tambahan pula, kelas tuisyen petang Jumaat ( 2.30 -5.00 petang) keutamaan saya dalah untuk mewujudkan pembelajaran secara santai, kondusif dan tidak membebankan pelajar. Pada masa yang sama, saya cuba menyemak secara cepat sebarang  latihan pelajar, dan sebarang kemahiran yang mereka tidak kuasai saya kesan semasa latihan pelajar, saya cuba rungkaikan semasa kelas tuisyen berjalan. Terima kasih saya ucapkan kepada pelajar kelas 5 Sains atas kesudian untuk bersama-sama saya selama tiga minggu berturut, semenjak saya memperkenalkan kelas tuisyen tambahan ini pada 29/9/2017.

FOKUS LATIHAN KELAS TUISYEN PETANG JUMAAT (6/10/2017)



Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja dan cara-cara remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.
Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam yang perlu dilalui oleh setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi memberikan takrifan  usia  bagi remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Usia remaja merupakan usia perubahan atau transisi kanak-kanak kepada remaja sebelum mereka menjadi dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya, hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi ini. 
Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual. Selain itu, pada waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang berlaku serba tidak kena dengan jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri remaja. Kadang kala, fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuklah keluarga, rakan sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi inilah yang jarang sekali berlaku dalam kalangan masyarakat.
Sikap sudah terhantuk baru tengadah perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli masyarakat kerana bimbang akan membawa impak yang lebih buruk. Potensi atau masa depan remaja pasti akan terjejas sekiranya terlibat dengan gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang mudah jika remaja itu ingin kembali ke pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat yang cukup kuat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat-saat mereka memerlukannya. Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya kritikan semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal memacu kecemerlangan negara pada masa akan datang.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja’
oleh Md Nizar Parman Dewan Siswa, Disember 2016


Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]
Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
      i.        Berikan maksud rangkai kata impak yang lebih buruk.                           [2 markah]

     ii.        Pengarang menyatakan beberapa peranan  pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka.
Nyatakan peranan-peranan tersebut.                                                      [3 markah]

    iii.        Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa hadapan.

   iv.        Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat di negara kita?                                                                                  [4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan drama di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ibu: Itu pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk Orang Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak sanggup lagi.
Pelakon II: Bersabarlah, mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita semua.
Pelakon III : Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
Ibu : Nak buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke universiti.
Arif  : Betul mak cik, tetapi … masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA berpandangan. Mereka kelihatan semacam rasa bersalah).
Pelakon I : Pak cik, mak cik … marilah kita sama-sama membantu Azmir. Dia amat memerlukan perhatian dan kasih sayang, bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
Pelakon II : Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang dialaminya menjadi lebih parah.
Arif : Kami fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan kita semua; lebih-lebih lagi, pak cik dan mak cik. Kami minta diri dulu. Dipetik daripada drama ‘Bukan Gila’ oleh Sharif Shaary, dalam antologi Sejadah Rindu, Kementerian Pendidikan Malaysia

                  i.        Berdasarkan petikan drama, mengapakah Azmir perlu dibantu?           [2 markah]

                 ii.        Seorang sahabat anda mengalami masalah tekanan perasaan.Sebagai seorang 
                yang prihatin, apakah tindakan anda untuk membantu sahabat anda
                itu?                                                                                                         [3 markah]

                  iii.     Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan drama di atas dan 
               satu latar masyarakat yang lain daripada keseluruhan drama ini.                                            
                                                                                                            [4 markah]


Soalan 2(c) - Petikan  Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Diraja. Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam hati baginda, “Jikalau demikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.”
Hatta, maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, “Mahukah Seri Nara Diraja beristeri?”
Maka sembahnya, “Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah Seri Nara Diraja akan Tun Bulan, anak orang Kaya Hitam?”
Maka sembahnya, “Mohon patik tuanku.”
Maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?”

Dipetik daripada “Burung Terbang Dipipiskan Lada,” 
dalam antologi  Sejadah Rindu, 
Kementerian Pendidikan Malaysia


                   i.      Berdasarkan petikan tersebut, apakah peristiwa yang terjadi selepas Paduka
               Raja dan  Seri Nara Diraja menjadi orang besar?                             [2 markah]

                  ii.        Nyatakan reaksi Sultan Muzaffar Syah apabila mengetahui perihal Seri Nara 
                Diraja  tidak bermuafakat dengan Paduka Raja.                                                                                                                                                            [3 markah]

               iii.        Raja yang adil sentiasa memikirkan kepentingan rakyat dan negara melebihi 
                kepentingan peribadi.
                Pada pendapat anda, bagaimanakah seorang raja itu boleh memerintah 
                dengan adil?                                                                                    [4 markah]


Soalan 2(d)Syair

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR BIDASARI

Dengarkan tuan suatu riwayat,                         1
Raja di desa Negeri Kembayat,  
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.

Ada raja suatu negeri,                                       2
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Harian orang empunya temasya,                      3
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
 Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,                                      4
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,                5
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,                        6
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,        7
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,               8
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”

Jamilah Hj. Ahmad (Penyelenggara)
Syair Bidasari,1989
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Kementerian Pendidikan Malaysia


                    i.        Berikan maksud rangkap keenam syair di atas.                                   [2 markah]

                   ii.        Pemimpin dan rakyat perlu saling membantu untuk membangunkan sesebuah 
                 negara.
                 Pada pandangan anda, apakah tanggungjawab rakyat untuk memajukan
                 sesebuah negara? 
                                                                                                          [3 markah]

                  iii.        Huraikan dua nilai yang terdapat dalam syair tersebut.                       [4 markah]


SKEMA JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN SBP KERTAS 
BAHASA MELAYU 2 (  1, 2 (a), 2 (b), 2 (c), dan 2 (d)

Soalan 1: Rumusan
 Pendahuluan (2 markah)

 P1
Petikan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja di Malaysia/ di negara ini
[2m]

P2
Petikan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja dan peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka.

[2m]

P3
Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja dan cara-cara mengatasinya.

[2m]

P4
Petikan/Rumusan membincangkan kriteria-kriteria/ sifat-sifat remaja
[1m]

P5
Petikan/Rumusan membincangkan ciri-ciri remaja dan cara-cara mengatasinya
[0m]

Isi Tersurat (Ciri-ciri remaja) (4  hingga 12 markah)

 S1
Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka
[2m]

S2
 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak  dipenuhi.

[2m]

S3
Remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual
[2m]

S4

Emosi remaja mudah menjadi tidak stabil.

[2m]

S5
Mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya.  (mesti ada ketiga-tiga pihak)
[2m]

S6
Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal.
[2m]

S7
Mereka mahu mencuba pelbagai perkara.
[2m]

S8
Fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor.
[2m]

S9
Remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya
[2m]

   Markah isi hanya 0 markah atau 2 markah sahaja.

 Isi Tersirat (Cara- cara mereka mengatasinya)
 T1
Remaja seharusnya mencari/mendekati kawan yang baik.
[2m]

T2
Remaja boleh mendapatkan bimbingan daripada guru/kaunselor/orang yang lebih tua/ ustaz.
[2m]

T3
Remaja banyak membaca buku/bahan ilmiah/blog
[2m]

T4
Remaja perlu menghadiri ceramah motivasi/agama
[2m]

T5
Remaja sentiasa berfikiran positif/ingin memajukan diri.
[2m]

 (Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

 Kesimpulan

 Kesimpulan
K1
Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja agar mereka menjadi           insan cemerlang
[2m]

K2
Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami/mengenali ciri-ciri remaja agar           mereka menjadi insan cemerlang/negara sejahtera
[2m]

K3
Kesimpulannya, semua pihak perlu mendepani ciri-ciri remaja agar negara sejahtera.                                                                                                                                     
[2m]

K4
Kesimpulannya, semua pihak perlu menangani ciri-ciri remaja
[1m]

(Kesimpulan lain yang sesuai boleh diterima)  

Soalan 2(a) : Petikan Umum  
 (i) Maksud rangkai kata impak yang lebih buruk 
 P1
Kesan/ implikasi/akibat/natijah yang lebih teruk/negatif                                                        
2 m
P2
Impak yang lebih teruk/negatif
1 m
P3
Kesan/ implikasi/akibat/natijah yang lebih buruk
0 m
                   
(ii) Peranan-peranan:
P1
Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi ini.
P2
Ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak remaja mereka
P3
Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada saat saat mereka memerlukannya.       

[Maksimum: 3 markah]
[Isi cukup: 2 isi]
(iii) Peranan kerajaan:
P1
Menyediakan biasiswa berprestij seperti Biasiswa Nasional, Biasiswa Agong dan  Biasiswa Bank Negara (Kijang Emas)
P2
Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti oleh pihak MARA dan JPA
P3
Menyediakan/ menambah IPTA, MRSM, SBP, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan
P4
Mewujudkan program Permata Pintar untuk pelajar-pelajar pintar
P5
Mewujudkan program jati diri seperti PLKN
P6
Mewujudkan program IM4U
P7
Membanyakkan kemudahan kompleks sukan
P9
Menyedia/menambah Akademi Seni Kebangsaan (ASWARA)
[Maksimum: 4 markah]
[ Isi cukup: 3 isi tanpa huraian]                                                                          
 [Atau: 2 isi (1 isi + 1huraian)]

Soalan 2(b) : Petikan Prosa Moden

(i) Azmir perlu dibantu kerana:

P1
Dia amat memerlukan perhatian
P2
Dia amat memerlukan kasih sayang
P3
Dia memerlukan semangat
P4
Dia memerlukan perangsang 
 [ Maksimum: 2 markah]

(ii) Tindakan yang boleh saya lakukan:

P1
Mendengar masalah yang dihadapi oleh mereka
P2
Sering menziarahi mereka
P3
Membawa mereka bersiar-siar
P4
Memberikan mereka hadiah/ cenderamata
P5
Membawa mereka berjumpa dengan kaunselor/ pakar/ ustaz
P6
Mengajak mereka melakukan amalan agama

[ Maksimum: 3 markah]
 [Isi cukup: 2 isi]

(iii) Latar masyarakat dalam petikan

P1
Masyarakat yang prihatin.  Huraian: Pelakon I mengajak semua pihak supaya membantu Azmir yang mengalami tekanan perasaan.
[1+1]

P2
Masyarakat yang tidak rasional. Huraian: Ibu Azmir berasa malu kerana mempunyai anak yang gila dan tidak boleh menerima keadaan Azmir.
[1+1]

P3
Masyarakat yang berfikiran positif. Huraian: Arif menafikan bahawa Azmir bukan gila tetapi sedang menderita suatu penderitaan yang tidak tertanggung.

[1+1]


Latar masyarakat dalam keseluruhan drama

P1
Masyarakat yang berani. Huraian: Azmir berani membidas sikap tidak prihatin  pemimpin agama seperti Pak Haji.
[1+1]

P2
Masyarakat yang mementingkan diri. Huraian: Ani meninggalkan Azmir kerana dia menganggap bahawa Azmir seoarang yang gila.
[1+1]

P3
Masyarakat yang kurang bertanggungjawab. Huarian: Bapa Azmir yang tidak boleh menerima kenyataan bahawa Azmir gila
[1+1]

P4
Masyarakat yang mengambil berat akan masalah orang lain. Huraian: Doktor yang sentiasa mengawasi tahap kesihatan Azmir.
[1+1]


(Latar masyarakat lain yang berkaitan boleh diterima)     
[Maksimum: 4 markah]

Soalan 2(c) : Petikan Prosa Tradisional

(i)                  Peristiwa yang terjadi 

P1
anak Melayu pun berbelah/ terbahagi kepada dua
P2
setengah berpihak pada Paduka Raja
P3
setengah berpihak pada Seri Nara Diraja
 [ Maksimum: 2 markah]

(ii)                Reaksi Sultan Muzaffar Syah     

P1
baginda terlalu dukacita melihat kelakuan Paduka Raja dan Seri Nara Diraja
P2
baginda berfikir bahawa negeri Melaka akan binasa
P3
baginda berpendapat hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja
P4
baginda menyuruh memanggil Seri Nara Diraja
P5
baginda ingin tahu jika Seri Nara Diraja mahu beristeri

   [ Maksimum: 3 markah] [Isi cukup: 2 isi]

(iii)               Seseorang raja itu boleh memerintah dengan adil

P1
Menguatkuasakan undang-undang negara dengan adil
P2
Sentiasa mengamalkan integriti
P3
Bersikap jujur/tidak mudah terpengaruh dengan sebarang hasutan
P4
Tidak zalim ketika menjatuhkan hukuman
P5
Membuat pertimbangan yang wajar semasa berhadapan dengan masalah
P6
Bijak membuat keputusan/menyiasat terlebih dahulu sebelum menjatuhkan sebarang  hukuman
P7
Berpendirian tegas dalam menangani sesuatu isu.

 [Maksimum: 3 markah]  [Isi cukup: 2 isi]

Soalan 2(d) : Puisi Tradisional

(i)                  Maksud rangkap keenam syair:

P1
Negeri Kembayat telah diserang oleh burung gurda/geroda yang ganas dan kuat.
P2
Burung gurda/geroda yang melayang/terbang dari angkasa
P3
Serangan tersebut telah mendatangkan banyak kemusnahan/membinasakan/merosakkan negeri.
 [ Maksimum: 2 markah]



 (ii) Tanggungjawab rakyat untuk memajukan negara

P1
meningkatkan produktiviti dalam pekerjaan
P2
meningkatkan hasil pengeluaran negara
P3
menceburkan diri dalam bidang inovasi dan kreativiti
P4
menyumbangkan buah fikiran untuk membangunkan negara (Tanggungjawab lain yang berkaitan boleh diterima)

  [Isi cukup: 2 isi]  [Maksimum: 3 markah]

(ii)                Nilai dalam syair


P1
Ketaatan Huraian: Rakyat Negeri Kembayat taat kepada sultan pemerintah
[1+1]

P2
Tanggungjawab  Huraian: Raja Negeri Kembayat bertanggungjawab mentadbir negeri.         
[1+1]

P3
Keprihatinan Huraian: Seorang pemimpin perlulah prihatin dengan kesusahan yang ditanggung oleh rakyatnya.                                                                                                 
[1+1]

P4
Kasih sayang Huraian: Raja Negeri Kembayat sangat menyayangi isterinya
[1+1]

                                                                                                                                                                                                                              [Isi cukup: 2 isi]  [ Maksimum : 4 markah ]   


Tiada ulasan: