Sabtu, 16 September 2017

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN SOALAN LATIHAN UNTUK SEMAKAN KENDIRI (PROGRAM PECUTAN SPM - KELAS 5 SAINS 2017)

Asalamualaikum dan Selamat Malam. Susulan latihan soalan 2 a, 2 b, 2 c, dan 2 d - Fokus Pemahaman Teks ( Latihan semasa Ketidakhadiran saya kerana temu janji dengan doktor pakar di Hospital Kuala Lumpur - Hari Rabu, 14/9/2017)

Soalan 2 a dan Petikan Rujukan ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Kertas Bahasa Melayu 2, Negeri Kedah)



Panduan Semakan Kendiri.

FORMAT SOALAN 2 (A)  Pemahaman Teks.

Soalan bahagian ini merujuk kepada soalan teks rumusan
Jadual di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah dengan isi. ( Pastikan anda dan faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan penerangan daripada guru anda)

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Merujuk kepada maksud frasa bergaris atau berhuruf condong dalam soalan.
2 Markah
Tiada isi, tetapi anda perlu memberi maksud frasa dengan tepat dan jangan hurai maksud frasa tersebut.
2
Merujuk kepada teks rumusan. Oleh sebab itu, pelajar perlu merujuk jawapan di dalam teks rumusan.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi paling selamat senaraikan 3 isi.
3
Pelajar perlu memberi pendapat sendiri dan rujuk
4 markah
Isi minimum 3 isi dan paling selamat senaraikan 4 isi.
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri. 

SKEMA JAWAPAN:-
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Jelaskan maksud mengukuhkan jiwa.
     -  meneguhkan/ memantapkan rohani/ pendirian/ kekuatan  dalaman/ pegangan anak-anak
        dengan didikan agama                                                                                   2m
     -  meneguhkan jiwa anak-anak/ memantapkan rohani                                     1m
     -  usaha mengukuhkan jiwa anak-anak                                                             0m        

  (ii) Kesan - mereka lebih  mementingkan diri sendiri
                   - bersikap materialistik
                   - remaja hidup secara sendiri-sendiri
                   - tidak kisah tentang hal orang lain

(iii) Cara  - mempelajari ilmu agama / mendekatkan diri dengan Tuhan
                 - tidak melayari laman web / blog berunsur negative
                 - sentiasa bersama-sama / mendampingi keluarga
                 - memilih rakan yang baik / berakhlak / bersahsiah mulia
                  - mengisi masa lapang yang berkualiti/ berfaedah / membaca / mengulang kaji pelajaran /
                    hobi
                  - terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah
                  - menetapkan matlamat/ cita-cita hidup yang jelas

Soalan 2 (b ) - Petikan Prosa Moden

Soalan 2 (b) – Petikan Cerpen ( Soalan Negeri Perak – Kinta  2016 )
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

     Hakim terus mengeluh, “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan mengharapkan hasil yang baik. Aku sudah berhutang dengan bank. Hutang mesti dibayar, kalau tidak tanah aku akan dirampas. Kau ingat kan, tanah inilah yang kita tuntut di mahkamah dengan susah payah. Bank akan merampas tanahku tidak ubah seperti raja merampas tanah datukku dahulu.”

       Hakim meluahkan segala yang telah bersarang di dadanya. “Banyak persamaan antara aku dengan datukku. Kami sama-sama membela ayam dan kami sama-sama menggadai tanah. Kami sama-sama berada di bawah cengkaman orang berkuasa. Walaupun namaku tidak lagi berunsur kolot dan kuno seperti datukku, tetapi itu tidak bererti apa-apa. Sepatutnya namaku ialah Kaduk bin Kaduk bin Kaduk.”

     “Pada zaman ini tiada lagi raja yang menyabung ayam tetapi raja baharu telah muncul. Raja itu tetap menguasai seluruh hidup kita. Kita tidak dapat berbuat apa-apa selain mengikut telunjuk mereka. Mereka ialah golongan yang memegang kuasa ekonomi negara. Kita tetap kaduk dan mereka tetap raja,” luah Hakim lagi.

Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan, nyatakan persamaan antara Hakim dengan datuknya, Kaduk.
                                                                                                                               [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh Hakim untuk
mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya?                                             [3 markah]

(iii) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar

masyarakat lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.     [4 markah]


Panduan Semakan Kendiri.


FORMAT SOALAN 2 (b)  Pemahaman Prosa Moden.
Jadual di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah dengan isi. ( Pastikan anda faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan penerangan  
     daripada guru anda)


Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berdasarkan teks ( Cerpen atau drama).  Isi dapat diperoleh daripada teks yang dikemukan.
2 Markah
Isi minimum 2, tetapi pelajar dicadangkan  menyenarai 3 isi.
2
Soalan ini berdasarkan pendapat. Pelajar perlu memberi pendapat sendiri dan elakkan menyenarai isi daripada teks.
(KBAT)
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi paling selamat senarai 3 isi.
3
Soalan berdasarkan kajian komsas
( persoalan, bahasa,  watak perwatakan, latar, nilai, dan pengajaran)
Soalan selalunya meminta anda merujuk kepada isi dalam teks dan di luar teks.
Isi terdapat dalam teks antologi yang diberi, pastikan jawapan anda tepat untuk untuk mendapat markah penuh.
(KBAT- isi di luar teks)
4 markah
Selalunya dua isi dengan ( Isi + Huraian)
Cuba senaraikan 3 isi kerana isi tambahan berfungsi sebagai “backup”.

Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri. 

SKEMA JAWAPAN:-
Soalan 2 ( b ) – Petikan Prosa Moden

Soalan 2 (b) : Petikan Cerpen

(i) Persamaan antara Hakim dan dengan datuknya, Kaduk ialah:
    - mereka sama-sama membela ayam             1m                                                                                       -mereka sama-sama menggadai tanah           1m                                                                                       -mereka sama-sama di bawah cengkaman orang berkuasa                  1m

(ii) Usaha-usaha yang perlu dilakukan ialah:-
P1- mengutamakan pembayaran hutang berbanding keperluan lain.
P2- membayar hutang mengikut jadual yang ditetapkan 
P3- berbincang semula dengan pihak peminjam untuk memanjangkan tempoh bayaran
P4- mendapatkan khidmat nasihat agensi kewangan
P5- meminta nasihat dan bantuan ahli keluarga/rakan 
 
 (iii)  Satu  latar masyarakat dalam petikan  

P1- Latar masyarakat yang dibebani hutang  Contohnya, Hakim terpaksa berhutang dengan pihak bank untuk meneruskan  kerja-kerja  menternak ayamnya.                                           [1+1]                                             
P2- Latar masyarakat yang menindas golongan yang lemah.  Contohnya, Pihak bank telah merampas tanah Hakim tidak ubah seperti Raja merampas tanah datuk Hakim dahulu.               [1+1]

Satu latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
P1-Latar masyarakat yang suka membantu orang lain Contohnya, Azam telah membantu Hakim mendapatkan tanah Pak Kaduk iaitu  Datuk       Hakim yang terlepas ke tangan raja suatu masa dahulu.                                                                                                                           [1+1]

P2- Latar masyarakat yang setia kawan       Contohnya, Azam sahabat Hakim sentiasa menyokong tindakan Hakim untuk mencapai        cita-citanya untuk menjadi penternak ayam yang berjaya.  [1+1]

P3- Latar masyarakat yang tabah menghadapi cabaran.
Contohnya, Hakim terus bersabar dan tabah menghadapi masalah dalam mengusahakan reban ternakan ayamnya seperti masalahbayaran hutang, masalah upah, untung  sedikit, dan sebagainya.                                                                                                                                                                [1+1]
      
P4- Latar masyarakat yang bertanggungjawab kepada keluarga  Contohnya, Hakim bertanggungjawab menebus kembali tanah datuknya kerana   menganggap datuknya telah teraniaya.                                                                                                                                             [1+1]


P5- Latar masyarakat yang terpelajar        Contohnya, Azam merupakan lulusan undang-undang yang banyak menolong        hakim mendapatkan kembali haknya melalui proses perundangan mahkamah.                                                                                                                                             [1+1]


1.   Soalan 2 (c) – Petikan Prosa Tradisional  ( Soalan Percubaan Negeri Johor 2016)

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja berdatang sembah, “Ya tuanku, patik mohonkan ampun, adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”

Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah , datanglah pula bala atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang, binasalah negeri ini.” Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” Maka Temenggung pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal pada kampungnya.

Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke tempatnya.

Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan”
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.
(2 markah)

(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan yang dilakukan oleh Temenggung selepas mendengar perintah daripada sultan?                                                                                      (3 markah)
(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja mengetahui berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan segera?

(3 markah)



Panduan Semakan Kendiri.

Jadual di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah dengan isi. ( Pastikan anda faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan penerangan   
     daripada guru anda)

Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan
Markah
Isi
1
Soalan berfokus kepada maksud frasa .
2 Markah
Patikan anda menjawab maksud frasa dan elakkan menghurai frasa berkenaan.
2
Soalan berdasarkan pemahaman teks. Jawapan atau isi ada pada teks yang ditanya. Elakkan memberikan jawapan berbentuk pendapat.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan pendapat anda. Elakkan menulis isi yang ada dalam teks.
3 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk tujuan “backup”.


Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri. 

Skema jawapan:
(i) Berikan maksud sehelai sepinggang.    
 - Pakaian yang ada pada tubuh sahaja                             (2 m)
 - Pakaian yang dipakainya ketika itu                               ( 2m)
-   Apa-apa sahaja yang melekat pada tubuh sahaja         (2 m)
-   Pakaian yang sedia terpakai pada waktu itu                 (2 m)


(ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah tindakan-tindakan Temenggung selepas mendapat arahan  
     daripada sultan?
      - akur akan perintah daripada sultan
      - menyuruh orang suruhannya menyampaikan pesanan itu.
      - menyuruh orang kaya dan saudagar menjaga kediaman masing-masing -menyuruh pengawal-  
        pengawalnya berkawal pada waktu malam
      -menggunakan banyak senjata seperti lembing dan perisai sewaktu berkawal

(iii) Raja segera menitahkan orang-orang Temenggung berkawal sebaik-baik sahaja mengetahui 
       berita tentang kecurian yang berlaku di negeri baginda.
       Pada pendapat anda, mengapakah baginda menitahkan kegiatan kecurian itu diatasi dengan 
       segera?  
         
       - masyarakat dapat meneruskan kehidupan dengan tenang
       - tidak berlaku banyak kehilangan harta benda
       - pemilik harta benda tidak berada dalam kerugian
       - moral masyarakat setempat dapat ditingkatkan
       - keselamatan diri dan harta benda penduduk terjamin

**Jawapan lain yang munasabah boleh diterima

Soalan 2 (c) – Petikan Puisi  ( Soalan Peperiksaan Percubaan SPM Negeri Perak - Kinta  2016)


Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

BERBUAT ISTANA ZAMAN DAHULU

Baginda menitahkan orang besar empat,
Membuat istana puri berkota;
Lalu dipanggil Pawang Raja.
Pawang mengerah orang bekerja,
Empat puluh empat tukang dan utas,
Siang malam tidak berhenti

Tujuh bulan tujuh purnama,
Istana siap dengan alatnya;
Besar tersergam sembilan ruang,
Sepuluh dengan rembat guntung,
Sebelas dengan pancung serong,
Dua belas dengan anjung tinggi.

Tiga sudut menteri delapan,
Tiang panjang maharaja lela,
Tiang tengah syukur menanti;
Galang-galangnya ular berang,
Kasau kecil puteri menyembah,
Kasau lentik helang berbega.

Berbunga sawa mengelempai,
Bertakuk bersedelinggam,
Berjenang berbatu kawi,
Berselimpat ukir Jawa,
Lilit-melilit akar Cina;
Garam sebuku sisa jeragan,
Bunga kenanga dimakan ular,
Layang-layang di pintu Raja.

Istana siap tukang pun mati,
Tiada orang dapat meniru:
Dipersembahkan kepada baginda suami isteri

Za’ba,
Antologi Sejadah Rindu
Kementerian Pendidikan Malaysia


(i)  Berdasarkan petikan seloka, bagaimanakah istana raja dapat dibina?            [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan?                             [3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut?                                    [4 markah]


Panduan Semakan Kendiri.


Jadual di bawah dapat menjelaskan format dan kehendak soalan, serta kaitan markah dengan isi. ( Pastikan anda dan faham format soalan ini dan jika tidak, sila dapatkan penerangan daripada guru anda)


Bil
Kriteria Soalan / Kehendak Soalan

Markah
Isi
1
Soalan berdasarkan teks puisi. Jawapan ada pada puisi yang ditanya. Cuma bezanya, jawapan banyak dalam bentuk tersirat yang memerlukan anda faham kreatif memahaminya berdasarkan kajian komsas yang anda pelajari. Soalan boleh ditanya tentang maksud frasa, baris, rangkap, dan sebagainya.
2 Markah
Patikan anda menjawab maksud frasa , baris, dan rangkap yang ditanya.
2
Soalan berdasarkan pendapat anda. Pastikan pendapat anda logik dan boleh diterima.
3 Markah
Isi minimum 2 tetapi senaraikan 3 isi.
3
Soalan berdasarkan kajian komsas ( tema, persoalan, bahasa,  nilai, dan pengajaran
4 markah
Isi minimum 2 tetapi jawap 3 isi untuk “backup”
Jadual di atas sebagai panduan semakan kendiri. 

Skema jawapan:-
Soalan 2 (d) - Seloka

(i)     Istana raja dapat dibina dengan:
P1 -  baginda menitahkan orang besar empat membina istana                            1m 
P2- orang besar empat memanggil Pawang Raja                                                 1m
P3 -  Pawang Raja memanggil 40 orang tukang dan utas                                    1m 
P4 - 40 orang bertukang siang dan malam                                                           1m


(ii)    Usaha-usaha yang dapat dilakukan adalah seperti berikut:

P1  - mewujudkan kelas/sekolah/instiitut kemahiran pertukangan
P2  - melantik pakar yang sedia ada sebagai jurulatih/ penasihat
P3  - kemahiran seni bina didokumentasikan/dibukukan

P4  - mengadakan pertandingan berkaitan berkaitan dengan kemahiran pertukangan.

(iii) Nilai

P1- nilai ketaatan/kesetiaan Contohnya, orang besar empat menjunjung titah raja untuk membina dan menyiapkan  sebuah istana yang dikelilingi parit dan tembok.          [1+1]

P2 - Nilai kerajinan Contohnya, 44 tukang yang mahir begitu rajin untuk menyiapkan istana raja dengan sanggup bekerja siang dan malam.                                                             [1+1]

P3- Nilai kerjasama Contohnya, 44 tukang bekerjasama dan saling membantu untuk menyiapkan istana raja   [1+1]  

P4- Nilai bertanggungjawab Contohnya, 44 orang tukang yang mahir bertanggungjawab untuk menyiapkan istana  raja  [1+1]

MOHON ANDA MEMBUAT SEMAKAN KENDIRI DENGAN MENGUTAMAKAN SIKAP BERINTERGRITI, BERMAKSUD MENYEMAK DENGAN IKHLAS, TEPAT, DAN MENGIKUT SKEMA DAN ELAKKAN MENIPU DIRI SENDIRI. SELEPAS SIAP, LETAKKAN BUKU KERJA ANDA DI ATAS MEJA SAYA DI BILIK GURU UNTUK SEMAKAN KEDUA GURU.
ISNSYAALLAH, SAYA AKAN PAPARKAN SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN LATIHAN PADA HARI KHAMIS - 15/9/2017

2 ulasan:

Unknown berkata...

Apakah maksud maka kertala sari pun kembali ke tempatnya singgah itu

Unknown berkata...

Baik