Jumaat, 1 November 2013

SOALAN DAN SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN SPM MRSM 2013 SEBAGAI PANDUAN PELAJAR SMKASAS 2013

 PERINGATAN, SEBAGAI CADANGAN JAWAB DAHULU SOALAN SEBELUM MELIHAT SKEMA JAWAPAN
Soalan 1: Rumusan
[30 markah]          1103/2

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah keselamatan penggunaan perbankan elektronik dan faedah-faedah penggunaan perbankan elektronik Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.


   Kini urusan perbankan hanya di hujung jari. Cara penggunaannya cukup mudah; pengguna hanya perlu menatap skrin komputer, melayari laman sesawang perbankan yang dipilih, menaip kata laluan atau nombor pin kemudian memilih urusan transaksi yang diperlukan, dan dalam beberapa minit urusan tersebut dapat diselesaikan. Aplikasi perbankan elektronik mula dibangunkan di Malaysia setelah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia pada  1 Jun 2000 dan Maybank merupakan institusi kewangan pertama menjalankan perkhidmatan perbankan dalam talian dengan portal perbankannya www.maybank2u.com.my.

     Faktor keselamatan dan privasi merupakan dua perkara paling dominan yang mempengaruhi keputusan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik. Aspek keselamatan dalam penggunaan aplikasi ini sebenarnya terletak di tangan pengguna sendiri dengan memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain. Oleh itu, pengguna wajar mengelakkan penggunaan nombor telefon, tarikh lahir ataupun maklumat yang sudah biasa digunakan sebagai kata laluan. Pengguna juga perlu kerap menukar kata laluan agar penceroboh di internet gagal mencuri kata laluan. Setelah segala urusan ditamatkan, pengguna juga disarankan supaya memadamkan semua data berkenaan aktiviti internet mengikut cara yang dipaparkan oleh pengendali perbankan elektronik. Sekiranya data ini tidak dipadamkan, data akan berada dalam memori komputer dan boleh dikesan oleh penggodam internet.

    Pengguna sering diingatkan supaya tidak melayani e-mel yang meminta mereka menukar nombor pin atau kata laluan perbankan. Banyak kes dilaporkan bahawa pengguna kehilangan wang dalam sekelip mata setelah terpedaya dengan e-mel yang kononnya dihantar oleh pihak bank meminta mereka mengemas kini maklumat pelanggan. Hyperlink pada e-mel atau paparan oleh apa-apa jua laman sesawang, berkemungkinan besar telah dihubungkan kepada portal rekaan para penggodam internet justeru pengguna dinasihati agar tidak melayari atau mengakses laman sesawang perbankan elektronik dengan jalan pintas. Pelanggan yang bijak juga tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kata laluan perbankan elektronik kepada sesiapa sahaja. Bagi mengelakkan sebarang masalah teknikal atau kesilapan, pengguna perIu memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.



    Sekiranya perlu mencatat kata laluan atau nombor pin kerana bimbang terlupa, pengguna mencatatkannya di tempat yang selamat. Terdapat juga pengguna yang tertipu dengan penghantar sistem pesanan ringkas (SMS) yang mengaku ahli keluarga terdekat, lalu mendedahkan maklumat perbankan mereka. Oleh itu, jangan mudah percaya dengan SMS yang meminta kita menghantar maklumat rahsia. Pengguna harus menyiasat terlebih dahulu kesahihan SMS tersebut.

      Walaupun perbankan elektronik berisiko, inisiatif pengguna penting untuk mendapatkan maklumat terkini agar penggodam tidak berjaya menembusi tembok keselamatan yang dibina.Pihak bank pula seharusnya sentiasa menaik taraf sistem keselamatan mereka memandangkan pelbagai teknologi dan kaedah penipuan dicipta untuk menerobos sistem keselamatan aplikasi di internet.

                                                                    (Dipetik dan diubah suai daripada
                                                                    'Urusan Perbankan di Hujung Jari'
                                                                    oleh Siti Zakiah Melatu Samsi,
                                                                     Dewan Masyarakat, April 2011)

Skema Jawapan Rumusan:-
 Pendahuluan [2 Markah]

Petikan membincangkan isu keselamatan dalam penggunaan aplikasi perbankan elektronik
dalam kalangan masyarakat kini.                                                                              2
Petikan membincangkap. usaha-usahal prakarsa-prakarsal inisiatif-inisiatifl cara-cara yang
selamat dalam penggunaan aplikasi perbankan e1ektronik dalam kalangan masyarakat/ di
Malaysia.                                                                                                              2
Petikan membincangkan usaha-usahal prakarsa-prakarsal inisiatif-inisiatifl cara-cara
keselamatan dalam penggunaan aplikasi perbankan elektronik.                                     1
Petikan membincangkan langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan aplikasi
perbankan elektronik.                                                                                             0
Petikan membincangkan langkah-langkah kese1amatan dalam penggunaan aplikasi
perbankan e1ektronik dan masalah-masalah dalam penggunaannya.                             0




( Cuba lihat dan bandingkan jawapan markah 2, 1, dan 0......fikirkan kenapa?)

lsi Tersurat                                         
(langkah-langkah keselamatan dalam penggunaan aplikasi perbankan e1ektronik )
1. Pengguna memastikan kata laluan ke akaun pengguna sukar diteka oleh orang lain.   2
2. Pengguna perlu menukar kata laluan dengan lebih kerap.                                        2
3. Pengguna memadamkan data berkenaan aktiviti internet.                                        2
4. Pengguna ditegah melayan e-mel yang meminta penukaran nombor pin atau
    kata laluan perbankan.                                                                                       2
5. Pengguna tidak melayari/mengakses laman sesawang perbankan elektronik dengan
    jalan pintas.                                                                                                      2
6. Pengguna tidak sewenang-wenangnya memberi kata laluan perbankan elektronik
    kepada sesiapa.                                                                                                 2
7. Pengguna memastikan resit transaksi disimpan untuk rujukan.                                2
8. Pengguna dinasihati mencatatkan nombor pin atau kata laluan di tempat
    yang selamat.                                                                                                   2
9. Pengguna tidak mudah percaya dengan sistem pesanan ringkas (SMS)
    yang meminta menghantar maklumat rahsia.                                                        2
10. Pengguna berinisiatifuntuk mendilpatkan maklumat terkini.                                  2
11. Pihak bank seharusnya sentiasa menaik taraf langkah keselamatan.                        2

-lsi Tersirat
    (faedah-faedah penggunaan perbank.an elektronik )
1. Menjimatkan masa menunggulberatur/perjalanan dsb.                                            2
2. Menjimatkan kos minyaklparkir/pengangkutan dsb.                                               2
3. Memudahkan pengguna menjelaskan pelbagai bil/urusan transaksi.                          2
4. Segala urusan perbankan boleh dilakukan di mana-mana dan bila-bila sahaja.            2
5. Keselamatan diri dan wang lebih terjamin/tidak perIu membawa wang tunai yang
    banyak untuk membayar bil.                                                                              2
6. Melahirkan masyarakat celik teknologi.                                                                2

 Cuba perhatikan markah kenapa ada perenggan penutup mendapat markah kosong. Jika tidak
 faham cuba tanya saya waktu perbincangan hari Isnin atau Selasa.

Penutup [2 Markah]
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah meningkatkan penggunaan perbankan elektronik
agar urusan perbankan lebih efisien.                                                                          2
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah meningkatkan penggunaan perbankan elektronik. 1
Kesimpulannya, masyarakat hendaklah meningkatkan penggunaan perbankan elektronik
agar penguasaan teknologi dalam masyarakat meningkat.                                             0
(huraian tidak berkaitan tema)


                                                   Soalan 2 : Pemahaman

  Peringatan, sila lihat kata kunci nyatakan, huraikan, jelaskan, beri pendapat, dan sebagainya dan  
  aplikasikan hasil perbincangan di dalam kelas untuk menjawap soalan seperti tersebut

   Soalan 2(a) - Petikan Umum
   Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda 
   sendiri.

(i)   Apakah maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos?                         [2 markah]

(ii)   Pengarang mengatakan beberapa cara menggunakan khidmat perbankan elektronik.
       Nyatakan cara-cara tersebut.                                                           [3 markah]

(iii)  Pada pendapat anda, mengapakah khidmat perbankan elektronik kurang  mendapat
      sambutan daripada pengguna?
      Jelaskan dua sebab                                      [4 markah]

Skema jawapan:-
 Soalan 2(a) : Petikan Umum
(i) Maksud rangkai kata dicipta untuk menerobos
  - direka / dihasilkan / diwujudkan / dibentuk / dibuat / diadakan                    (l m)
  -  untuk menembusi / menceroboh / mengakses / menggodam / melantasi     (l m)

*sekiranya maksud perkataan pertama betul, tetapi perkataan kedua salah        (1m)
*sekiranya maksud perkataan pertama salah, tetapi perkataan kedua betul        (0m)



                                                                                               [Maksimum: 2 markah]

(ii) cara-cara menggunakan khidmat perbankan elektronik
   - pengguna hanya perlu menatap skrin komputer
   - melayari laman sesawang perbankan yang dipilih
   - menaip kata laluan atau nombor pin
   - memilih urusan transaksi yang diperlukan
     * Terima 2 isi sahaja
                                                                                                [Maksimum: 3  markah]

(iii) Khidmat perbankan elektronik kurang mendapat sambutan daripada pengguna kerana
     - kurang keyakinan terhadap keselamatan sistem perbankan elektronik disebabkan oleh
       berlakunya kes-kes penipuan.                                                                   1+ 1
     - kurang pengetahuan / buta ICT terutama dalam kalangan orang tua              1 + 1
      - kurang kesedaran disebabkan tahap pendidikan yang rendah                       1 + 1
      -warga tua yang sukar menerima perubahan / pembaharuan disebabkan lebih selesa dengan cara
       konvensional.                                                                                         1 + 1
      - pengguna tidak sedar akan bahaya membawa wang tunai dalam jumlah
         yang banyak disebabkan oleh mereka selesa dengan cara tersebut.               1 + 1
      - talian internet kurang memuaskanltidak meliputi semua kawasan terutama di kampung-
        kampung.                                                                                               1+ 1
      -masyarakat tidak mampu melanggan internet / tiada talian internet di rumah disebabkan
       kadar bayaran yang mahal                                                                          1+1
      * jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai
                                                                                                  [Maksimum: 4 markah]
     Penjelasan:  [ 1 + 1 ] bermaksud anda perlu ada huraian atau penjelasan, jika isi sahaja pelajar
     akan mendapat 1 markah  dan jika ada huraian akan diberikan 1 markah lagi.

     Saya akan masukkan lagi pengisian soalan dan jawapan dari semasa ke semasa, harap maklum.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maklumat yang sangat berguna untuk student yg hampir menduduki exam

Unknown berkata...

terima kasih, sangat membantu

Aimannudeen berkata...

Sungguh bermanfaat

Unknown berkata...

Ah MANTAPPP

Free Fire Rewards berkata...

Google je siap homework hihi