LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Sabtu, 4 Mei 2013

PERINGATAN DAN NASIHAT KEPADA PELAJAR SMKASAS 2013 SEPANJANG CUTI TIGA HARI INI

               Salam untuk pelajar SMKASAS terutama pelajar Ting. 4 dan 5. Cuti bermula pada hari ini, Jumaat amat penting kepada anda kerana pelajar yang bijak akan melakukan ulangkaji sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013. Kepada pelajar yang telah mula melakukan persediaan dan ulangkaji pada cuti berganti selama lima hari pada minggu lepas sempena penggunaan asrama sepanjang Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri Perak, tahniah kerana anda akan mempunyai kesempatan untuk menyambung ulangkaji anda sebagai persediaan menghadapi PPT berkenaan.
                    Berdasarkan situasi pelajar selepas cuti lima hari minggu sudah, iaitu dua hari persekolahan, hari Khamis dan Jumaat, saya dapati ada sebahagian kecil pelajar yang tidak membuat latihan Bahasa Melayu yang telah saya arahkan. Justeru, saya ingin membuat teguran atas sikap pelajar yang sering mengabaikan tugasan terutama tugasan latihan untuk Kertas Model 1 Peperiksaan Kertas Satu dan Dua dalam buku Twitter yang saya arahkan semasa ketiadaan saya ketika saya membawa Pasukan Bola Baling tiga minggu sudah, ada pelajar yang masih belum menyiapkan kerja berkenaan. Justeru, saya gagal untuk membuat ulasan dan ulangkaji menggunakan latihan berkenaan di dalam kelas. InsyaAllah saya akan melakukan 'sport check" selepas PPT 3013 nanti untuk memastikan latihan berkenaan disiapkan. Saya harap pelajar menyiapkan latihan berkenaan terutama banyak masa lapang yang sepatutnya anda gunakan sepanjang cuti yang anda alami kebelakangan ini. Ingat, sikap negatif menangguh kerja akan memberi impak yang besar kepada persediaan anda untuk memperoleh kecemerlangan dalam SPM hujung tahun ini.
                   Selain itu, gunakanlah kesempatan mengulangkaji menggunakan blog SPM ini. Banyak info telah saya masukkan dengan tujuan untuk memastikan anda cemerlang. Jangan hampakan saya, kerana saya ingin melihat anda berjaya. Alasan anda mempunyai tugasan yang banyak bukan alasan jitu untuk menidakkan kerja-kerja berkenaan diselesaikan. Saya yakin, sekiranya anda membuat ulangkaji menggunakan info saya masukkan ke dalam ini akan membantu anda untuk menjawab soalan peperiksaan yang akan anda hadapi pada hari Selasa, iaitu Kertas B. Melayu 1 akan diadakan pada pukul 8.00 hingga 10.15 pagi dan Kertas B. Melayu II akan anda hadapi pada pukul 10.45 pagi hingga pukul 1.15 petang. Ingat ulangkaji dan menyiapkan kerja Bahasa Melayu yang telah saya arahkan akan membantu anda untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PPT 2013. InsyaAllah saya akan memantau pencapaian anda dalam peperiksaan berkenaan.
                  InsyaAllah saya akan cuba memasukkan info baru tentang kemahiran menjawab kertas Bahasa Melayu 1 dan 2 dalam blog ini. Pastikan anda akan melihat info berkenaan untuk memantapkan usaha anda untuk menghadap PPT 2013. Sekian. Saya mengharapkan anda cemerlang dalam PPT 2013 kerana pencapaian yang baik akan memotivasikan diri anda untuk cemerlang dalam ujian dan peperiksaan yang akan datang. Ingat juga Slogan Pelajar Yang Baik Menurut Kata. Ingat juga Slogan Sekolah iaitu  Memacu Transformasi Pengurusan Ke Arah Memperkasakan SMKASAS. Anda perlu faham, antara usaha untuk memperkasakan SMKASAS terletak kepada bahu setiap warga SMKASAS, sama ada pihak pentadbiran, tenaga pengajar, pelajar dan juga termasuk pekerjanya. Justeru, anda juga berperanan untuk memperkasakan SMKASAS. Saya sebagai salah seorang tenaga pengajar juga akan berusaha untuk tujuan tersebut, namun jika pelajarnya tidak berusaha sama untuk memperkasakan dirinya, semua usaha berkenaan tidak akan terlaksana. Ayuh, ubah persespsi dan minda anda agar SMKASAS sentiasa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Kecemerlangan ini juga bukan sekadar cemerlang untuk Mata Pelajaran Bahasa Melayu sahaja, tetapi melibatkan mata pelajaran lain juga. Usaha tangga kejayaan. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya dan Genggam bara api biar sampai menjadi arang. Sekian.

Tiada ulasan: