LAMAN WEB INTERAKSI GURU DAN PELAJAR

LAMAN BAHASA MELAYU INI DIWUJUDKAN SEBAGAI KEMUDAHAN GURU DAN PELAJAR BERINTERAKSI SERTA SEBAGAI PENGUKUHAN SITUASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS. SEMOGA PELAJAR KELAS 4K1, 4K2, DAN PELAJAR KELAS 5 SAINS SMK SERI LONDANG DAPAT MENGGUNAKAN BLOG INI SEBAGAI TEMPAT UNTUK MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN BERBAHASA TERUTAMA MURID KELAS 5 SAINS BAKAL MENGHADAPI KERTAS BAHASA MELAYU (1103) SPM 2018 . SEMOGA ANDA SENTIASA CEMERLANG. SEBAGAI MAKLUMAN, SAYA SENTIASA MENAMBAH MENU BAHAN BAHASA DI SUDUT KANAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN PELAJAR MENCARI BAHAN BAHASA SAMA ADA BAHAN DARIPADA MEDIA MASSA SEPERTI AKHBAR-AKHBAR TEMPATAN, RUJUKAN KAMUS DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, RUJUKAN MAJALAH TERBITAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, KOLEKSI SOALAN-SOALAN PEPERIKSAAN SPM SEBENAR ,KOLEKSI SOALAN-SOALAN PERCUBAAN NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA. SEMOGA BAHAN-BAHAN BERKENAAN DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENJALANKAN TUGASAN DAN SUMBER UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT BAHASA. INSYA ALLAH SAYA AKAN SENTIASA BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN BLOG INI KONDUSIF SEBAGAI MEDIA MAYA UNTUK PELAJAR BERJAYA MENGUASAI KEMAHIRAN BERBAHASA. DOAKAN SAYA SENTIASA SIHAT MENGENDALIKAN BLOG INI SEBAIK-BAIKNYA. AAMIIIIN. SAYA JUGA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG MAYA YANG SENTIASA MENGUNJUNGI BLOG LAMAN BAHASA MELAYU SPM INI. KEBERADAAN ANDA MEMOTIVASI SAYA UNTUK BERBAKTI KEPADA ANAK BANGSA SERTA MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGGSAAN, BAHASA JIWA BANGSA. SAYA MENGHARGAI SEKIRANYA ADA CADANGAN DARIPADA PENGUNJUNG TERUTAMA UNTUK MEMANTAP KEBERADAAN BLOG INI SEBAGAI SUMBER RUJUKAN BAHASA MELAYU.

Ahad, 25 Februari 2018

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN UMUM (BERDASARKAN TEKS RUMUSAN)

ULANGAN CORETAN LALU:

Soalan1 :Rumusan ( PP SPM NEGERI SARAWAK 2016)

[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan sekolah
dalam mentransformasikan pendidikan negara dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid cinta akan sekolah. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120  patah perkataan.

Sekolah ialah institusi yang paling penting dalam usaha kita untuk menjayakan transformasi pendidikan negara. Aspek utama yang diambil kira dalam usaha ini antaranya  adalah seperti budaya sekolah, peranan guru, disiplin murid, aktiviti kokurikulum dan aspek kepemimpinan. Perkara-perkara ini bertepatan dengan peranan sekolah untuk meningkatkan pencapaian semua murid. Perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah untuk melahirkan golongan murid yang mempunyai minat membaca yang tinggi kerana membaca menjadikan minda murid berkembang serta mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Selain pencapaian akademik, pencapaian dalam bidang kokurikulum juga penting kerana kejayaan dalam bidang ini juga dapat mengangkat status quo sekolah.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak sekolah juga harus menyediakan kelengkapan fizikal yang selesa, ceria dan kondusif yang dapat menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, etika kerja cemerlang dalam kalangan warga sekolah perlu ditekankan. Hal ini dikatakan demikian kerana segala kejayaan dan kegagalan murid bergantung kepada pihak sekolah, iaitu pengetua dan guru-guru. Kepemimpinan pengetua dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali dalam mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial sekolah juga mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid antara sekolah di negara kita.

Sekolah juga harus sentiasa bersedia untuk melakukan setiap perubahan yang dapat memberikan nafas baharu dalam proses pengajaran dan pembelajaran, selain banyak memberikan ruang kepada guru untuk berinovasi dalam pengajaran. Dalam masa yang sama, sekolah juga perlu berusaha untuk mengasah bakat kepemimpinan murid melalui aktiviti kokurikulum yang terbahagi kepada tiga cabang utama, iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan. Bakat kepemimpinan ini dapat diterapkan melalui jawatan yang dipegang oleh murid-murid seperti pengerusi, setiausaha, bendahari mahupun sekadar ahli jawatankuasa.

Selain melibatkan warga sekolah, pihak sekolah juga perlu mencari jalan untuk meningkatkan kerjasama dengan ibu bapa kerana perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan akademik dan pendidikan moral perlu dilakukan bersama-sama oleh kedua-dua pihak bagi menjamin keberkesanan hasilnya. Selain itu, pihak sekolah juga boleh menggalakkan penglibatan pihak luar yang berilmu dalam aktiviti sekolah supaya usaha yang dilakukan dapat dikembangkan dari semasa ke semasa sejajar dengan keperluan dalam masyarakat dan negara. Walaupun kemungkinan besar akan menghadapi beberapa cabaran, prinsip “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” boleh diaplikasikan oleh semua pihak.
Dipetik dan diubah suai daripada
‘Peranan Sekolah dalam Mentransformasikan Pendidikan Negara’
oleh Zaitul Azma Zainon Hamzah,
Pelita Bahasa, Bil. 9/2014


Soalan 2 : Pemahaman

Soalan2 (a)– Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i)     Berikan maksud rangkai kata transformasi pendidikan.                                             [2 markah]
         
(ii)    Pengarang mengemukakan beberapa faktor yang mempengaruhi perbezaan dalam
         pencapaian akademik murid antara sekolah di negara kita.
         Nyatakan faktor-faktor tersebut.                                                                                [3 markah]
         Jawapan ada dalam teks, cari dua isi sekurang-kurangnya, dan jika dapat tambah satu isi lagi]
         sebagai isi sokongan.

(iii)   Pada pendapat anda, selain mengaplikasikan prinsip ‘berat sama dipikul, ringan sama
         dijinjing’, apakah usaha-usaha lain yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk  meningkatkan  
         prestasi sekolah?                                                                                                        [4 markah]
         Jawapan tidak ada dalam teks, dan anda perlu menulis pendapat sendiri. 

 Cadangan jawapan soalan pemahaman:-

1.     Rangkai kata transformasi pendidikan bermaksud perubahan sistem pelajaran.
        Mulakan jawapan dengan " Rangkai kata............. untuk mengelakkkan pengunaan kata pemeri 
        ialah atau adalah.

2.     Pengarang mengemukakan faktor kepipimpinan pengetua, proses dalaman dan persekitaran                sekolah mempengaruhi perbezaan dalam pencapaian akademik murid antara sekolah di negara 
        kita.
        

3.     Pada pendapat saya selain mengaplikasikan prinsip ‘berat sama dipikul, ringan sama
        dijinjing’, usaha-usaha lain yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk  meningkatkan  
        prestasi sekolah adalah seperti :-

        Pilih tiga daripada usaha yang dicadangkan di bawah:-

    1. Aktif dalam program PIBG dan menyumbangkan buah fikiran demi kecemerlangan akademik
        sekolah
    2. Memberi sumbangan wang ringgit supaya pihak sekolah mempunyai peruntukan yang cukup
        untuk melaksanakan aktiviti yang dirancang
    3. Membantu dan menyumbangkan kepakaran individu dalam meningkatkan  kokurikulum sekolah
    4. Memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan memantau disiplin anak-anak di rumah
        untuk meningkatkan disiplin pelajar di sekolah.

SEMOGA CORETAN ULANGAN INI DAPAT MEMBANTU ANDA MENJAWAP
SOALAN UJIAN AWAL TAHUN 2018

PANDUAN MENJAWAB SOALAN PROSA MODEN (UJIAN AWAL TAHUN 2018)

CONTOH SOALAN PROSA MODEN TINGKATAN 4 DAN PANDUAN MENJAWAB SOALAN.
SOALAN INI SAYA ULANG BALIK BERDASARKAN CORETAN SAYA SEMASA PEMBENTANGAN KOMSAS ANTOLOGI KELAS 4K1 DAN 4K2.

Panduan menjawab soalan 2 (b) Prosa Moden -" Cerpen Kaduk, Ayam, dan Raja”:-

Baca petikan sehingga anda faham, kemudian jawap soalan-soalan di atas. berdasarkan panduan di bawah:-

Soalan satu- Jawapan ada dalam teks:- ( 2 markah )
Cari sekurang-kurangnya dua isi, dan isi terdapat dalam petikan teks. Sebaik-baiknya, anda menjawab tiga isi dan isi ketiga sebagai “backup” jika isi pertama dan kedua anda tidak tepat.

Soalan kedua- Soalan KBAT, tidak ada dalam teks:- ( 3 markah )
Anda perlu menyenaraikan sekurang-kurangya dua isi berdasarkan Kemahiran Befikir Aras Tinggi” kerana isi tidak ada dalam petikan. Berikan cadangan agar negara lain mengimport hasil pertanian negara kita. Cadangan, jawab tiga isi kerana isi ketiga sebagai “backup) atau pembantu sekiranya isi pertama dan kedua salah.

Soalan ketiga:- ( 4 markah )
Jawab dua isi sekurang-kurangnya berkaitan soalan iaitu pengajaran. Isi pertama berdasarkan teks dan isi kedua di luar teks atau yang tidak terdapat dalam teks. Setiap isi perlu ada huraian dan contoh ( Isi 1 markah + 1 markah huraian dan contoh)

Peringatan tambahan untuk soalan ketiga:-

Sekiranya soalan bermula dengan jelaskan, huraikan, terangkan…..isi anda perlu huraian dan contoh dan isi ada paling minimum perlu anda tulis dan huraikan dua isi ( huraian dan contoh) . Jika soalan bermula dengan kata arahan senaraikan, nyatakan… anda perlu menyenarai atau menulis tiga isi sahaja, tanpa perlu huraian dan contoh tetapi anda perlu menyenaraikan tiga isi paling minimum.

SEMOGA CORETAN ULANGAN DI ATAS AKAN DAPAT MENJADI PANDUAN  PELAJAR TING. 5 DAN TING 4 MENJAWAB SOALAN 
UJIAN AWAL TAHUN 2018





PERINGATAN CARA-CARA MERUMUS TEKS SEBAGAI PERSEDIAAN MENJAWAB UJIAN AWAL TAHUN 2018 (26/2/2018)


PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG YANG TELAH SAYA 
CORETKAN SEBELUM INI. (ULANGAN)

    

Petikan Rumusan Peperiksaan SPM 2018

Peringatan: Soalan 1  iaitu Kemahiran Merumus, Kertas Bahasa Melayu 2 (1103/2) memperuntukkan 30 markah. Oleh sebab, soalan ini memperuntukkan markah paling banyak berbanding soalan-soalan kertas Bahasa Melayu 2, pelajar diharapkan dapat menguasai kemahiran merumus dengan baik. Sebagai panduan untuk menghasilkan rumusan terbaik, pelajar akan didedahkan proses untuk membina rumusan berkenaan

A.    Proses pertama sebelum merumus teks.

1.              Baca arahan dan kesan kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi 
         tersirat.
2.            Baca petikan rumusan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali dan paling penting baca petikan berkenaan sehingga anda faham.
3.     Semasa membaca petikan, anda boleh mula menggaris isi tersurat sekiranya  isi berkenaan  anda kesan berdasarkan kata kunci isi tersurat. ( Rujuk proses mengesan isi tersurat di bahagian C, proses menggaris isi tersurat di bawah)

B.      Proses membina perenggan pengenalan rumusan.

1.     Fikirkan satu kaedah untuk menulis perenggan rumusan sama ada memulakan perenggan pengenalan dengan istilah atau kata petikan atau rumusan.
2.      Kemudian kesan semula kata kunci isi tersurat dan kata kunci isi tersurat untuk persiapan menulis perenggan pengenalan rumusan anda.
3.            Mulalah menulis perenggan pengenalan berkenaan.

         a)  Contoh membina perenggan pengenalan rumusan dengan penggunaan kata petikan.

               Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( situasi petikan dibincangkan)

               Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.
               
        b)   Contoh membina perenggan pengenalan dengan penggunaan kata rumusan.
               
             Petikan membincangkan ( ubah kata kunci isi tersurat ) + ( kata hubung ) +  (salin kata kunci isi tersurat serta frasa sepenuhnya tanpa mengubah istilah dan frasa )

Rumusan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Sastera dan cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS.

C)   Proses mengesan isi tersurat dalam petikan dan membina perenggan isi tersurat. Kebiasaannya dalam petikan terdapat 9 isi tersurat dan paling banyak dalam petikan kedua dan ketiga. Namun, baca semua perenggan teks kerana ada kala isi tersirat juga terdapat pada perenggan pertama dan akhir.

   
a)  Garis isi-isi tersurat dalam petikan, jangan salin kerana menyalin isi semula akan membuang masa anda untuk menjawab soalan-soalan lain yang terdapat pada kertas Bahasa Melayu 2. Kebiasaannya dalam petikan rumusan terdapat 9 isi tersurat.  Berdasarkan petikan soalan 1,  soalan rumusan SPM 2017, isi-isi berkenaan seperti di bawah:
1
menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas.
2
meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid.
3
pelbagai istilah asas kesusasteraan dapat difahami.
4
melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera
5
murid-murid dapat memperluas perbendaharaan kata.
6
membantu murid untuk meningkatkan kemahiran berbahasa.
7
nilai-nilai murni boleh dijadikan teladan.
8
murid menjadi lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.
9
mematangkan murid dalam berfikir dan berkomunikasi

D.     Proses mencari isi tersirat ( Kemahiran Befikir Aras Tinggi )
a)    Rujuk semula kata kunci isi tersirat dalam arahan soalan iaitu cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS. Perhatian, isi tersirat tidak ada dalam petikan dan anda perlu mencarinya menggunakan kemahiran berfikir. Namun,  mencari isi berkenaan bukan sesukar yang difikirkan oleh pelajar sekiranya pelajar dapat memfokus kata kunci isi tersirat yang akan memandu pelajar mencari isi berkenaan iaitu cara-cara pihak sekolah menarik minat murid mempelajari KOMSAS . Isi  tersirat yang dicadangkan seperti di bawah:-

1.         mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.
2.        mempelbagai kaedah pembelajaran KOMSAS yang menarik.
3.        menggalakkan pelajar menyampaikan hasilan komsas di perhimpunan rasmi sekolah.
4.        menerbitkan bulitin komsas dan bahannya hasilan pelajar.
5.        mengadakan minggu / bulan Sastera.
6.        memilih tokoh komsas dalam kalangan pelajar serta sijil penghargaan kepada pelajar terpilih.
7.        mengadakan lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka.
8.      mempamerkan gambar-gambar tokoh-tokoh sastera negara di dalam kelas, sudut-sudut / laluan utama sekolah.

E.      Proses menulis perenggan isi tersurat dan tersirat.
Peringatan: Pilih pakej isi tersurat dan tersirat, iaitu bilangan isi tersurat dan tersirat yang akan anda tulis semasa merumus. Untuk penulisan  bahagian perenggan isi tersurat dan tersirat. Kebiasaannya pelajar akan memilih pakej yang diwarnakan.

     Bilangan/ Jumlah
Bil
Bil
Bil
Bil
Bil
     Isi Tersurat
6
5
4
3
2
     Isi Tersirat
2
3
4
5
6


F.      Proses menulis perenggan isi tersurat:-

Sebelum menulis perenggan isi tersurat, pelajar yang bijak, akan memilih isi tersurat yang paling mudah dan tepat. Antara kriteria pemilihan isi tersurat :-

i)     Isi tersurat tersebut mestilah mantap dan gugurkan jika isi tersurat sekiranya timbul keraguan sama ada isi tersebut tepat atau tidak. Pilih enam isi terbaik daripada 9 isi tersurat yang ada dalam petikan.
ii)   Pilih isi tersurat yang paling sedikit binaan perkataannya.
iii)  Susun isi tersurat mengikut urutan.
iv)  Setelas anda pasti isi tersurat yang dipilih, mulailah proses membina perenggan isi tersurat.

Contoh perenggan isi tersurat yang terhasil setelah proses memilih isi tersurat:-

           Pembelajaran Komponen Sastera  akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.



G.     Penulisan lengkap perenggan isi tersirat:-

Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.

H.     Proses menulis perenggan penutup rumusan.
Format menulis perenggan penutup rumusan adalah seperti di bawah:-

Kata Penutup ( Konklusinya, Akhirnya, Kesimpulannya,) + tulis pihak yang terlibat + (kata hubung supaya/ agar) + ( impak atau kesan diharapkan)

Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan berguna.

I.      Hasilan Rumusan lengkap adalah seperti di bawah.

                 Petikan membincangkan kebaikan-kebaikan pembelajaran Komponen Komsas di sekolah.

           Pembelajaran Komponen Sastera  akan menjadikan pendidikan Bahasa Melayu semakin luas. Selain itu, pembelajaran KOMSAS juga akan meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid dan mereka akan memahami pelbagai istilah sastera. Bahkan juga, pembelajaran KOMSAS akan melahirkan murid yang menghargai karya-karya sastera dan mereka dapat memperluas perbendaharan kata. Akhirnya, pembelajaran KOMSAS menjadikan murid lebih peka untuk menghargai kesusasteraan warisan bangsa.

Sebagai usaha untuk menarik minat murid mempelajari KOMSAS, pihak sekolah boleh mengadakan Bulan Sastera dan mengadakan pertandingan menghasilkan bahan KOMSAS.


Kesimpulannya, pihak sekolah perlu menarik minat murid mempelajari KOMSAS agar mereka menjadi insan yang berguna.

            98 patah perkataan

SEMOGA PANDUAN MENGHASILKAN RUMUSAN DI ATAS DAPAT MEMBANTU PELAJAR MENGHASILKAN RUMUSAN CEMERLANG.

  INGATAN TAMBAHAN:-
  1.    Gunakan binaan ayat majmuk semasa menulis perenggan isi tersurat dan tersirat semasa merumus kerana akan membantu anda mengurangkan patah perkataan.
  2.    Selain itu, pelajar digalakkan menggunakan penanda wacana untuk mengaitkan antara isi.
   Contoh penanda wacana seperti, selain itu, bahkan juga, tambahan pula, tambahan lagi. digunakan semasa menambah isi baru, akhirnya, untuk isi terakhir.

 SELAMAT MENGHADAPI UJIAN AWAL TAHUN 2018

Sabtu, 24 Februari 2018

PERINGATAN KEPADA PELAJAR KELAS 5 SAINS, 4K1 DAN 4K2 ( UJIAN AWAL TAHUN 2018)

PERINGATAN KEPADA PELAJAR,
KARANGAN BERPANDU MEMPERUNTUKKAN 30 MARKAH DAN MASA MENJAWAB DICADANGKAN  45 MINIT. OLEH SEBAB ITU, MASA MENULIS KARANGAN INI AMAT TERHAD. SEBAGAI LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR MEMPUNYAI MASA YANG CUKUP UNTUK MENJAWAB SOALAN-SOALAN UJIAN AWAL TAHUN 2018, PELAJAR DINASIHAT SUPAYA MEMILIH TIGA ISI YANG DICADANGKAN SAHAJA SEMASA MENULIS KARANGAN BERPANDU, KECUALI PELAJAR YANG MAMPU MENULIS ISI TAMBAHAN. KESIMPULANNYA, SAYA MENCADANGKAN PELAJAR MENGHASILKAN LIMA PERENGGAN KARANGAN BERPANDU SAHAJA IAITU SATU PERENGGAN PENGENALAN, TIGA PERENGGAN ISI, DAN SATU PERENGGAN PENUTUP.

HAL INI KERANA, DENGAN MENULIS LIMA PERENGGAN KARANGAN BERPANDU, PELAJAR DAPAT MENULIS KARANGAN SECARA MATANG DENGAN MENULIS DAN MENYELITKAN :-

  1. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN PENGENALAN CEMERLANG.
  2. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN ISI CEMERLANG, DAN
  3. KRITERIA YANG DICADANGKAN UNTUK PENULISAN PERENGGAN PENUTUP CEMERLANG.
SEBAGAI MAKLUMAT TAMBAHAN, PELAJAR MENULIS 5 PERENGGAN KARANGAN BERPANDU TETAPI PENULISAN BERDASARKAN KRITERIA  JADUAL PENGEMBANGAN IDEA KARANGAN SEPERTI DI BAWAH JUGA LAYAK MENDAPAT MARKAH CEMERLANG ATAS.

     CONTOH RUJUKAN JADUAL PENGEMBANGAN IDEA PERENGGAN KARANGAN.

PERENGGAN PENGENALAN

PERKARA
PENERANGAN
PENGENALAN JENIS LAGU
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian


AYAT RANGSANGAN  1
Lirik lagu  Nasyid Aeman di atas memang meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati saya kerana bait-bait lagu tersebut mengingatkan saya kepada kedua-dua yang tersayang.
AYAT RANGSANGAN  2
Jasa insan  bergelar ibu dan  bapa banyak berbakti kepada saya dan tidak termampu untuk saya membalas jasa yang dicurahkan oleh mereka selama ini, kerana jasa ibu bapa tiada kesudahannya kecuali mereka sudah tiada di alam fana ini.
AYAT RANGSANGAN  3
Oleh sebab itu, saya haruslah menjaga nama baik ibu bapa  semasa mereka masih hidup lagi dan jika mereka sudah tiada semuanya sudah tidak berguna.
FRASA MENARIK
Ibu dan bapa merupakan nahkoda yang mengendalikan bahtera rumah tangga dan mereka sentiasa mengharapkan rumah tangga yang dibina bahagia.
UNSUR KBAT
Sekiranya,saya gagal membantu mereka mewujudkan rumahku, syurgaku, sudah pasti mereka akan berasa sedih dan menangisi kegagalan mereka membina keluarga bahagia.

AYAT ARAHAN
Persoalannya, apakah cara-cara untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya?

PERENGGAN ISI

TEMA/ KATA KUNCI ISI
Sebagai seorang anak,  saya boleh membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.
AYAT HURAIAN 1
Sehubungan  dengan  itu, saya perlu mempamerkan imej dan  perlakuan yang baik  semasa berkomunikasi dengan masyarakat.
AYAT HURAIAN 2
Seyogia, tingkah laku saya pamerkan perlu disenangi masyarakat dan saya perlu berhati-hati untuk tidak menimbulkan perasaan tidak senang hati mereka terhadap diri saya.
AYAT HURAIAN 3
Sebagai seorang anak, saya faham saya merupakan permata dalam keluarga dan hanya dengan sedikit kesilapan saya lakukan akan mencoreng arang di muka mereka.
AYAT CONTOH
Sebagai contoh, saya akan sentiasa hormat terhadap jiran-jiran, guru-guru, serta kenalan ibu bapa saya terutama semasa berbicara dengan mereka.
FRASA MENARIKPepatah Melayu ada mengatakan, akibat nila setitik habis binasa susu sebelanga, justeru, saya perlu sentiasa berhati-hati dan menjaga nama baik ibu bapa saya setiap masa.
 UNSUR KBAT
Sekiranya, saya sentiasa menjaga imej keluarga saya sudah pasti mereka akan dipadang tinggi oleh masyarakat.
AYAT  PENEGASAN
Tegasnya, sebagai seorang anak saya perlu membalas jasa baik mereka dengan menjaga imej ibu bapa di mata masyarakat.

          
PERENGGAN PENUTUP

Ayat Penyimpul
Konklusinya, sebagai seorang anak, saya perlu membalas jasa baik kedua-dua  ibu bapa saya.
Ayat cadangan
Sebagaimana saya jelaskan dibahagian isi, saya perlu membalas jasa baik ibu bapa saya,  antaranya saya perlu belajar dengan bersungguh-sungguh, sentiasa menjaga imej mereka, menjaga mereka ketika sakit, dan membawa mereka melancong ke tempat menarik apabila saya telah bekerja dan mempunyai pendapatan yang tetap.
Ayat huraian cadangan
Hal ini kerana, ibu bapa amat sensitif terutamanya ketika mereka sudah berumur atau tua dan biarlah saya menjadi benih yang baik, dicapak ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora, dan dicapak ke bumi menjadi penawar.
Ayat huraian mengapa
Cadangan diutarakan
Oleh sebab itu, saya sebagai seorang anak perlu membalas jasa kedua-dua ibu bapa saya sebelum mereka menghembuskan nafas mereka.
Unsur KBAT
Sekiranya saya dapat membalas jasa ibu saya berdasarkan kemampuan saya, sudah pasti mereka akan gembira dan saya turut berkongsi kegembiraan tersebut.

Frasa menarik
Tambahan pula saya sedar, ibu bapa sayalah  mencorak kehidupan saya kerana saya ibarat kain putih bersih dan mereka mencorak keindahan kain tersebut.
Ayat harapan
Akhir kalam, saya berdoa agar saya diberi ruang untuk membalas jasa baik ibu bapa saya dan saya ingin melihat mereka sentiasa gembira meneruskan sisa-sisa kehidupan yang masih ada.
       
SEMOGA DENGAN PERINGATAN BERKENAAN, PELAJAR BERTENANG, DAN SELESA
UNTUK MENJAWAB SOALAN KARANGAN BERPANDU. HARAP MAKLUM.
"SMK SERI LONDANG EXCELLENT"



Jumaat, 23 Februari 2018

LATIHAN KARANGAN BERPANDU HASILAN PELAJAR KELAS 5 SAINS PADA 21/2/2018

SOALAN KARANGAN BERPANDU KERTAS BAHASA MELAYU 1 (1103/1)
 (PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM NEGERI KEDAH 2017)

PERINGATAN KEPADA PELAJAR,
KARANGAN BERPANDU MEMPERUNTUKKAN 30 MARKAH DAN MASA MENJAWAB
DICADANGKAN OLEH 45 MINIT. OLEH SEBAB ITU, MASA MENULIS KARANGAN INI AMAT TERHAD. SEBAGAI LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN PELAJAR CUKUP MASA MENJAWAB SOALAN-SOALAN UJIAN AWAL TAHUN, PELAJAR DINASIHAT SUPAYA MEMILIH TIGA ISI YANG DICADANGKAN SAHAJA SEMASA MENULIS KARANGAN BERPANDU, KECUALI PELAJAR YANG MAMPU.



HASILAN KARANGAN PELAJAR KELAS 5 SAINS TELAH BERJAYA SAYA SEMAK SEMALAM DAN SAYA MOHON MAAF KERANA ADA KARANGAN PELAJAR TIDAK SEMPAT SAYA SEMAK SECARA  MENYELURUH ATAS FAKTOR MASA. SAYA SEMPAT MEMILIH DUA KARANGAN PELAJAR TERBAIK SEBAGAI CONTOH DAN PANDUAN KEPADA PELAJAR YANG LAIN. MOHON SALIN SALAH SATU KARANGAN TERBAIK DI BAWAH.

HASILAN KARANGAN 1 ( SYUHADA MOHAMAD, KELAS 5 SAINS)
TAHNIAH SYUHADA ATAS KARANGAN SKOP MARKAH CEMERLANG ATAS.
KELEBIHAN KARANGAN DI BAWAH, SELAIN PELAJAR INI MENULIS 3 ISI YANG DIBERIKAN, PELAJAR INI JUGA MENAMBAH SATU ISI KBAT SEBAGAI TAMBAHAN. SAYA MENDOAKAN ANDA AKAN MENCAPAI KECEMERLANGAN PADA SPM 2018. AAMIIN.






 HASILAN KARANGAN 2 ( MOHAMMAD ALIFF FAMIN B. AZIZAN, KELAS 5 SAINS)




Isnin, 19 Februari 2018

KESALAHAN-KESALAHAN BAHASA SEMASA PELAJAR MENGARANG YANG MERUNTUN JIWA SEORANG GURU BAHASA

INSYA ALLAH SAYA AKAN CUMA MENGULAS  KESALAHAN-KESALAHAN PELAJAR SEMASA MENGARANG SUPAYA PELAJAR AKAN DAPAT MEMAHAMI KENAPA MEREKA MELAKUKAN KESALAHAN TERSEBUT

'BETAPA DUKANYA HATI  SEORANG  GURU BAHASA APABILA PELAJAR MELAKUKAN KESALAHAN BERIKUT SEMASA MENGARANG'

EJAAN, 
TATABAHASA, 
BINAAN AYAT, 
LARAS BAHASA,
BUNGA-BUNGA BAHASA ( PERIBAHASA)
 UNSUR KOHENSIF IAITU KESEPADUAN AYAT DARI SEGI HUBUNGAN ANTARA AYAT DALAM SESEBUAH WACANA TIDAK MANTAP,
UNSUR KOHERAN IAITU  KESINAMBUNGAN IDEA DALAM SESEBUAH WACANA TIDAK JELAS,
UNSUR KBAT,
UNSUR KEMATANGAN APABILA UNSUR-UNSUR DI ATAS DAPAT DIGARAPKAN SEMASA MENGARANG.



SEBAGAI PANDUAN DAN INGATAN,
“KARANGAN YANG BAIK IBARAT ALIRAN AIR SUNGAI 
AIRNYA MENGALIR TANPA CEMAR,

 ALIRANNYA TANPA SEKATAN,
KEBERADAANNYA SENTIASA MENDAMAIKAN MATA MEMANDANG
LAHIRNYA KEPUASAN KEPADA INSAN"




RUJUKAN:-
  1. Setiap ejaan merujuk kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.
  2. Setiap sistem tata bahasa Melayu merujuk kepada Buku Tatabahasa Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. Laras bahasa- merujuk kepada kesesuaian binaan ayat, atau pemilihan kosa kata semasa memperihal wacana iaitu kesatuan buah fikiran sama ada membicarakan perkara berkaitan soal ekonomi, soal sosial atau kemasyarakatan, soal pendidikan, soal perubatan, soal politik dan sebagainya. Dalam erti kata lain, perbincangan laras bahasa dalam penulisan karangan untuk soalan kertas satu Bahasa Melayu 1103/1, bukan sahaja berdasarkan pelajar perlu tahu skop soalan ketas bahasa Melayu 1 tetapi juga perlu merujuk dimensi soalan yang terbahagi kepada lima dimensi, iaitu dimensi diri, dimensi keluarga atau masyarakat, dimensi negara, dimensi antarabangsa, serta dimensi KOMSAS ( Komponen Sastera) serta tema soalan. Maksudnya, pelajar perlu faham sekiranyanya, fokus dimensi berkaitan tema sosial laras bahasa menjurus kepada laras bahasa sosial, begitu juga dengan dimensi yang lain, jika tema atau fokus soalan berkaitan dengan kesihatan, laras bahasanya menjurus kepada laras bahasa kesihatan dan istilah atau kata yang perlu diilih perlu berkaitan kesihatan. Kesimpulannya, laras bahasa memerlukan pelajar banyak membaca untuk memastikan istilah atau kosa kata pelajar luas untuk menggarap perbincangan agar sesuai dengan tema atau isu yang diperkatakan. Sekiranya istilah atau kosa kata pelajar dangkal semasa memperkatakan sesuatu isu atau tema sudah pasti karangan pelajar akan lemah dari segi memperihal wacana semasa menghasilkan karangan.
  4. Unsur Kohensif boleh dirujuk dalam Buku Teks Bahasa Melayu Ting. 5, muka surat 94, yang mengatakan kohensif merujuk kepada kesepaduan ayat dari segi hubungan antara ayat dalam sesebuah wacana. Hubungan ini boleh dilihat dari segi penggunaan kata ganti nama diri, penggantian, elipsi, kata hubung dan ciri leksikal.
  5. Unsur koheran pula boleh dirujuk dalam Buku Teks Bahasa Melayu Ting. 5, muka surat 96, yang mengatakan koheran merujuk kepada kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana seperti antara ayat dengan ayat, perenggan dengan perenggan atau bab demi bab.
          Paling mudah untuk memperkatakan soal di atas, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis ejaan yang betul sebagaimana kemahiran yang diperlukan untuk menjawab soalan 3 (c) soalan kertas bahasa Melayu 2, kemahiran menulis ayat gramatis iaitu ayat yang betul susunan katanya seperti ayat yang lengkap perlu ada subjek dan prediket, jika tidak ayat tersebut dianggap ayat tergantung, jenis-jenis ayat seperti ayat penyata, ayat soal, ayat perintah ( ayat larangan, ayat suruhan, ayat silaan), dan ayat seru, , ayat tunggal, ayat majmuk, ragam ayat iaitu ayat aktif dan pasif dan sebagainya. Kajian ayat atau sintaksis ini banyak diperkatakan apabila membicarakan soalan kertas bahasa Melayu 2, iaitu pada skop soalan 3 (b), cuma pelajar tidak dapat mengaplikasinya semasa menulis karangan.
          Begitu juga kemahiran tatabahasa merujuk soalan 3 (d) bahagian soalan kertas 2, Bahasa Melayu dan kemahiran ini amat luas. Pada pemerhatian saya, pelajar seperti mengabaikan sistem atau tatabahasa ini semasa menulis karangan atau pelajar sendiri tidak faham atau tidak menguasai tatabahasa.
              Dalam pada itu, isu atau unsur kohensif dan koheran amat berkait rapat dengan penggunaan kata hubung dan penanda wacana dan binaan ayat sebelum dan selepas agar wacana yang dihasilkan mempunyai perkaitan atau pertautan. Untuk melihat cara penulisan yang baik, pelajar boleh merujuk hasilan karangan pelajar terbaik yang telah saya lampirkan sebelum ini. Cuba lihat aliran atau kesinambungan idea, kesepaduan ayat dengan ayat yang dihasilkan pelajar, sangat menarik dan mendamaikan sesiapa sahaja membaca karangan berkenaan. Sebaliknya, karangan pelajar yang kurang mantap, sebaliknya berlaku. Selain itu, dalam dunia pendidikan alaf baru penekanan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga diutamakan, justeru, pelajar masih kurang mahir menyelitkan unsur KBAT semasa mengarang. Sedangkan, unsur ini amat mudah diselitkan dengan cara mengaitkan apa yang akan berlaku selepas pelajar mengutara  isi dan serta huraiannya dan jika unsur ini dinyatakan itulah unsur KBAT dalam karangan.
             Pada masa yang sama, saya ingin tegaskan kelemahan pelajar paling ketara, pelajar kurang mahir menyelit atau mengaitkan isi atau huraian isi dengan peribahasa atau kata-kata pemimpin dan apa sahaja kenyataan agama sama ada hadis atau ayat Al Quran semasa mengarang. Sedangkan pada skop soalan 3 (e) kertas Bahasa Melayu 2, kemahiran peribahasa merupakan soalan wajib dijawab oleh pelajar.
         Saya akan cuba paparkan kelemahan pelajar semasa mengarang selepas ini. Memang amat mendukacitakan  seorang guru semasa menyemak karangan pelajar yang kurang mantap, dan tugasan guru bertambah berat untuk meningkatkan kemahiran mengarang pelajar berkenaan. Usaha tangga kejayaan, insya Allah pelajar-pelajar berkenaan akan terus dibantu.


DOAKAN SAYA DIBERI KEKUATAN DAN DIBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MEMBICARAKAN PERKARA DI ATAS. INSYA ALLAH.