SELAMAT DATANG

Isnin, 23 Disember 2013

CONTOH KARANGAN BERPANDU KERTAS SATU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 SMKASAS

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN EMPAT KERTAS 1
BAHAGIAN A ( 30 MARKAH) ( MASA : 45 MINIT)
Soalan.
Lihat iklan di bawah dengan teliti. huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjadi pengguna yang bijak. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


CARA-CARA MENJADI PENGGUNA YANG BIJAK

Penguna Bijak :  Membeli barangan berkualiti
                                                                 Membuat perbandingan harga
                                                                 Memilih perkhidmatan terbaik.
                                                                 Membuat pilihan yang tepat

Contoh karangan:-
          Pada zaman alaf ekonomi baru ini banyak kalangan masyarakat merungut dengan menyatakan bahawa barangan buatan Malaysia tidak berkualiti. Mereka yang berpendapat sedemikian rupa sebenarnya tidak mempunyai semangat patriotisme tanpa merujuk kepada perkembangan produk negara yang kini telah diterimapakai oleh masyarakat antarabangsa. Tanpa berasa malu , golongan masyarakat seperti ini terus menyangkal kualiti barangan negara dan paling menyedihkan mereka lebih mengagungkan barangan hasilan luar negara tanpa memikirkan sama ada pelaburan mereka lakukan untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan itu berbaloi ataupun tidak. Sebagai penjelasan lanjut, contohnya industri pembuatan kenderaan negara sendiri sudah menerima pengkitrafan dunia, apabila kereta Preve keluaran PROTON telah diiktiraf sebagai kereta bertaraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). Namun, sebagai penguna yang bijak, rakyat Malaysia perlu bijak dalam menentukan barangan semasa membeli barangan keperluan dan bukan bertindak menunding jari kepada pengeluar produk barangan tempatan yang dianggap mengeluarkan barangan tidak berkualiti. Sikap seperti ini mempunyai persamaan dengan maksud peribahasa, " kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan" dan perlu dilempar dari kamus pemikiran masyarakat untuk melihat industri pembuatan barangan negara berkembang maju. Kita harus menanam semangat cinta akan barangan buatan negara sebagai mana masyarakat Korea dan Jepun yang mengutamakan barangan keluaran negara mereka sendiri sehinggakan negara tersebut mampu menyaingi industri pembuatan negara maju Eropah. Persoalannya, bagaimanakan cara untuk menjadi pengguna yang bijak?
Di bawah merupakan bagaimana pemeriksa membuat penilaian berdasarkan pembacaan dengan menggunakan impression.
Takrifan penilaian: Pengolahan idea perenggan pengenalan amat baik dan mengambarkan                                 kematangan pelajar dengan fakta dan isu semasa yang tepat membuktikan pembacaan yang luas. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik. Impaknya, pemeriksa sudah mulai kagum, dan membuat andaian awal bahawa karangan pelajar ini  dalam kategori cemerlang atas.


            Mari kita selongkar persoalan berkenaan menggunakan minda pelajar kelas pertama dengan merujuk kepada kata kunci membeli barangan berkualiti. Sebagai pengguna yang bijak, perkara utama yang perlu diutamakan semasa membeli barangan adalah kualiti barangan yang hendak kita beli. Dalam era komunikasi serba canggih sekarang, maklumat di hujung jari. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak, kita perlu mencari maklumat tentang barangan yang hendak kita beli di internet. Hal ini kerana banyak maklumat barangan yang kita peroleh di internet atau di media masa sebagai panduan sebelum kita membuat pemilihan dalam membeli sesuatu barangan. Selain, maklumat mengenai barangan berkenaan mudah kita peroleh, kita juga boleh mengetahui perbandingan spesifikasi barangan tersebut berbanding dengan barangan yang sama dikeluarkan oleh syarikat pengeluar barangan yang lain. Sebagai contoh, sebelum pengguna membeli kereta contohnya, pengguna boleh melihat sejauh mana keistimewaan yang ditawarkan oleh syarikat pengeluar kereta yang lain. Pengguna akan mendapat info keistimewaan harga kereta, serta kelebihan spesifikasi ditawarkan apabila membeli sesebuah kereta termasuk jaminan yang ditawarkan apabila membeli kereta berkenaan. Harga kereta Preve buatan negara contohnya lebih murah berbanding harga kereta seangkatan dengannya seperti Vios dan Proton City. Sedangkan kereta Preve dilengkapi pelbagai aksesori tambahan seperti sistem keselamatan beg udara, kuasa enjin, lampu led, gps, sistem penyalaan enjin secara tekan, sistem kawalan elektrik dan sebagainya. Walaupun pelbagai aksesori tambahan disediakan harga kereta Preve hanya RM 78,500, sedangkan harga kereta Vios RM 88.827, dan Honda City RM 90,986. Malah, dari segi kualiti, kereta Proton Preve telah dikkitraf lima bintang oleh Program Penilaian Kereta Baru Australian (ANCAP). Tegasnya, kereta Proton Preve banyak kelebihannya berbanding kereta keluaran luar negara yang seangkatan dengannya. Menang membeli, menang memakai. Oleh sebab itu, pengguna yang bijak perlu membuat keputusan membeli barangan berkualiti untuk kegunaan mereka.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan pertama isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membeli barangan berkualiti. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.
              Seterusnya, mari kita teruskan perbincangan menggunakan minda pelajar kelas pertama berkaitan langkah bijak seorang pengguna semasa membeli sesuatu barangan iaitu dengan membuat perbandingan harga sesuatu barangan sebelum membuat pembelian. Sebagai mana kita sedia maklum, pengguna zaman sekarang sangat bertuah kerana di pelbagai tempat telah didirikan gedung beli belah seperti Pasar Raya Tesco, Giant Hypermarket,  Pasar Raya Maidin,  Cereefour,  The Mall,  Pasar Raya Jusco, Econsave, dan pelbagai lagi. Kewujudan pelbagai pasar raya berkenaan membolehkan pengguna membuat pemilihan barangan secara bijak dengan membandingkan harga barangan ditawarkan di setiap pasar raya berkenaan. Sebagaimana kita sedia maklum, setiap pasar raya seperti di atas membuat promosi harga barangan terutama semasa perayaan atau hari pada cuti umum sebagai usaha menarik kedatangan pengguna. Justeru, banyak kebaikan yang diterima oleh pengguna dengan kewujudan pasar raya berkenaan kerana kuasa penawaran barangan tidak akan dikuasai oleh pasar raya tertentu kerana masing-masing akan cuba menarik pengguna untuk membeli di pasar raya mereka dengan menjual barangan dengan harga yang lebih murah. Bahkan juga, setiap pasar raya seperti di atas akan menawarkan harga barangan yang lebih murah kepada pengguna yang menjadi ahli dengan tawaran mata ganjaran dan pengguna boleh menebus mata ganjaran berkenaan untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan. Oelh sebab itu, pengguna yang bijak boleh melihat iklan sama ada secara bercetak oleh setiap pasar raya atau melalui internet. Melalui perbandingan harga yang ditawarkan oleh setiap pasar raya, pengguna boleh merancang pembelian dengan membeli harga barangan tersebut ketika harganya murah. Contohnya, pada tawaran harga murah harga pencuci kain seperti Dynamo mungkin hanya RM 19,90 berbanding harga biasa RM 22.90 di pasar raya tertentu, begitu juga dengan barangan yang lain. Justeru, pengguna boleh merancang untuk membeli barangan berharga murah yang ditawarkan oleh pasar raya yang ada di kawasan mereka. Kesimpulannya, pengguna yang bijak akan mendapat rahmat daripada kewujudan pasar raya di penempatan mereka jika mereka membandingkan harga barangan yang ditawarka oleh setiap pasar raya sebelum membeli.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan kedua isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.

                   Perbincangan diteruskan lagi dengan memperkatakan cara pengguna membuat pemilihan perkhidmatan terbaik dalam kehidupan seharian. Sebagai mana yang kita sedia maklum, banyak agensi menawarkan perkhidmatan dalam kehidupan kita seharian seperti kemudahan penerbangan, perbankan, komunikasi jalur lebar, dan sebagainya. Setiap agensi yang menawarkan perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan. Oleh sebab itu, sebagai pengguna yang bijak mereka boleh menilai syarikat yang menawarkan perkhidmatan yang baik sebagai pilihan utama. Fokus perbincangan kita tumpukan kepada perkhidmatan penerbangan. Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat yang mengendalikan perkhidmatan penerbangan seperti Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Air Asia, Firefly, dan sebagainya. Sebagai sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan penerbangan kepada pelanggan sama ada secara domestik mahupun peringkat penerbangan ke luar negara, setiap syarikat berkenaan cuba menambat hati pengguna dengan menawarkan harga berpatutan dengan perkhidmatan terbaik sebelum, semasa dan selepas penerbangan. Justeru, di Malaysia syarikat penerbangan yang berkembang maju ialah Syarikat Penerbangan Air Asia. Hal ini kerana selain menumpukan kepada keuntungan syarikat ini juga menawarkan harga perkhidmatan berdasarkan kemampuan pengguna atau tambang murah sehingga 50% berbanding dengan tambang perkhidmatan syarikat penerbangan lain. Bahkan juga, syarikat penerbangan Air Asia mengadakan penerbangan yang lebih kerap ke sesuatu destinasi yang menyebabkan pengguna boleh pergi ke destinasi mereka dengan lebih mudah pada setiap masa. Tambahan pula, bukan semua pengguna dalam kalangan orang berada dan ini menyebabkan pengguna yang bijak akan memilih syarikat penerbangan seperti itu untuk menuju ke destinasi mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak atas perkhidmatan yang diterima.Secara langsung juga, melalui perkhidmatan yang murah seperti ini aktiviti pelancongan domestik akan meningkat kerana bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan, luas pandangan. Tegasnya di sini, pengguna yang bijak akan memilih perkhidmatan terbaik tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan ketiga isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.


                    Fokus perbincangan terakhir tertumpu kepada kata kunci pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan yang tepat. Sebagai pengguna yang bijak mereka perlu menyedari bahawa kos kehidupan semasa bertambah meningkat dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, setiap wang yang mereka gunakan perlu secara terancang terutama apabila melakukan pembelian barangan atau perkhidmatan. Sebagai seorang pengguna yang bijak perancangan sebelum membeli barangan adalah perlu kerana apabila pengguna membeli barangan tanpa perancangan boleh menyebabkan mereka mengalami kerugian atau berlakunya unsur boros semasa berbelanja. Sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu mempunyai buku atau catatan sepanjang berbelanja. Dengan adanya buku berkenaan pengguna bukan sahaja tahu jumlah perbelanjaan sebulan, mahupun setahun dan ini akan membolehkan mereka merancang budjet pembelian dalam setiap bulan agar tidak berlaku sebarang pembaziran semasa berbelanja. Antara keutamaan semasa merancang perbelanjaan iaitu menumpukan barang yang perlu terlebih dahulu semasa berbelanja.Secara langsung, pengguna yang bijak dapat membuat perbandingan perbelanjaan setiap bulan. Sebagai contoh, catatan barangan keperluan yang perlu dibeli boleh menjurus kepada barang dapur seperti gula, susu, beras, dan barang keperluan lain. Oleh sebab itu, keperluan yang tidak utama seperti baju, seluar, barang kemas yang tidak menjadi keutamaan dalam meneruskan kelangsungan hidup perlu diketepikan buat sementara waktu. Amalan merancang perbelanjaan juga akan membudayakan pengguna untuk menambung kerana malang tidak berbau dan dengan menabung, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Justeru, wang tabungan lebih berbelanja boleh digunakan pada waktu kecemasan seperti apabila pengguna terlibat dengan kemalangan, atau perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran sama pengguna sendiri mahupun kaum keluarga. Kesimpulannya, pengguna yang bijak mestilah membuat pemilihan sebelum atau sewaktu membeli belah kerana jika tidak dirancang pengguna akan rambang mata dan membeli barangan tanpa kawalan. Boros itu amalan syaitan.
Penilaian pemeriksa:
Perenggan keempat isi di atas, amat menarik kerana pelajar mengaplikasi setiap ayat mengikut kaedah deduktif, ayat huraian mantap dengan penerangan isi jelas berkaitan membandingkan harga barangan di pasaran sebeum membelinya. Selain itu, contoh mantap dengan bukti terkini mengambarkan pembacaan pelajar luas sehingga isu antarabangsa. Pelajar juga menyelitkan frasa menarik.
                   Konklusinya, sebagai seorang pengguna yang bijak amalan berbelanja secara berhemat perlu menjadi keutamaan iaitu mereka perlu membeli barangan berkualiti sahaja, membuat perbandingan semasa berbelanja, memilih perkhidmatan terbaik, dan membuat pemilihan barangan yang tepat semasa berebelanja. Justeru, pengguna perlu mengelakkan sikap boros berbelanja dan memilih barangan yang perlu sahaja semasa berbelanja. Bahkan juga, pengguna juga perlu memastikan barangan yang dibeli merupakan barangan atau pekhidmatan yang murah tetapi berkualiti serta memastikan waktu berbelanja pada ketika harga barangan murah atau kata lain semasa promosi jualan yang diadakan oleh pasar raya yang ada di kawasan mereka. Hal ini kerana harga barangan di pasaran bukan semakin turun tetapi semakin meningkat dan kebijaksaan pengguna akan menentukan mereka antara golongan insan yang bijak dan mendapat keuntungan semasa berbelanja.
Penutup karangan juga baik.


Ulasan guru:-
a)  Idea relevan dengan tugasan.
b)  Pengolahan idea matang, berkembang dengan baik, dan berkesan. Pelajar mempunyai
     pengetahuan yang luas.
c)  Bahasa anda baik, dengan binaan ayat yang bervariasi dan terdapat FM dan IM.
d)  Ejaan dan tanda baca baik dan berkesan.
e)  Pemerengganan anda sesuai dan kepanjangan seimbang.

       Tahap pencapaian :  Cemerlang Atas
    Markah  :     29/30
    Tahniah, karangan anda sangat menarik dan teruskan usaha anda untuk
     menghasilkan karangan cemerlang.

Ahad, 17 November 2013

KEPUTUSAN TIDAK RASMI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 TING. 4S DAN 4H.


 TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT KEPUTUSAN A+, DAN A.  KEPADA PELAJAR YANG MENDAPAT MARKAH A- KE BAWAH, SILA MUHASABAH DIRI DAN BUAT SESUATU
UNTUK MEMASTIKAN SPM 2014 BERMAKNA UNTUK ANDA.

PERINGATAN, LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN ANDA MENDAPAT KEPUTUSAN SPM 2014 CEMERLANG BERMULA DARI HARI INI, BUKAN ESOK, LUSA, MINGU DEPAN, DAN TAHUN HADAPAN. INSYAALLAH JIKA ADA KELAPANGAN SAYA AKAN PAPARKAN JAWAPAN
PAT TERBAIK, SAMA ADA KERTAS 1 DAN KERTAS 2 PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
2013 SEBAGAI RUJUKAN PELAJAR. JIKA PELAJAR LAIN BOLEH MENDAPAT GRED A+ KENAPA ANDA TIDAK? FIKIR-FIKIRKAN.

Sabtu, 16 November 2013

SEMAKAN KERTAS BAHASA MELAYU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TINGKATAN 4 2013

          Saya mohon maaf kepada pelajar Ting. 4S dan 4H kerana masih dalam proses menyemak kertas Peperiksaan Akhir Tahun  2013 kerana kerja saya yang banyak dan bertimbun-timbun. Namun, setelah saya menyemak karangan bahagian A, dan sekarang sedang berusaha untuk menghabiskan semakan karangan bahagian B, boleh dikatakan karangan yang anda hasilkan memuaskan hati saya, tahniah. Walaupun begitu ada juga pelajar yang masih belum mampu menghasilkan karangan bermutu dan bertaraf cemerlang. 
          Justeru, saya menasihatkan para pelajar mengambil kesempatan dalam cuti panjang ini untuk meneroka internet dan mencari bahan-bahan karangan atau mengumpul karangan menarik sebagai persediaan menghadapi Peperiksaan SPM 2014. Hal ini kerana, kertas 1 merupakan kertas yang memberi markah paling banyak iaitu 130 markah diperuntukkan melalui kertas berkenaan. Semoga anda gunakan cuti ini untuk memperkasakan karangan anda. 
           InsyaAllah pada petang ini saya akan paparkan markah PAT 2013 dalam blog saya ini.
  

Sabtu, 2 November 2013

PERINGATAN TERAKHIR KEPADA PELAJAR SPM SMKASAS SEPANJANG HARI PERTAMA CUTI BALIK KAMPUNG

SAYA TELAH MEMASUKKAN PELBAGAI BAHAN UNTUK MEMBANTU ANDA MEMBUAT PERSEDIAAN MENGHADAPI SPM 2013. SANGAT MALANG BAGI SAYA SEKIRANYA ANDA TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN BERKENAAN SEBAIK-BAIKNYA SEPANJANG CUTI BALIK KAMPUNG SELAMA DUA HARI INI. ESOK ANDA AKAN KEMBALI SEMULA KE SEKOLAH. KEPADA PELAJAR YANG MEMPUNYAI "PRINTER" CETAK BAHAN BERKENAAN KERANA SAYA TIDAK MAMPU UNTUK MEMPERBANYAK BAHAN BERKENAAN.  SETAKAT INI KEMAMPUAN SAYA UNTUK MEMBANTU ANDA. JIKA SAYA MAMPU SAYA AKAN MASUKKAN BAHAN KOMSAS ANTOLOGI TAMBAHAN DAN TATABAHASA PADA MALAM INI, INSYAALLAH.


Jumaat, 1 November 2013

TEMA-TEMA KARANGAN UMUM YANG TELAH DITERBITKAN DALAM PERCUBAAN NEGERI 2012 JUGA PERLU DIBERI PENEKANAN



ANALISA SOALAN KERTAS 1 BAHAGIAN B (RESPON TERBUKA) SUMBER 
BMSPMNET 2012 SELAIN ITU, LATIHAN YANG TELAH DIBERI BERDASARKAN SOALAN PERCUBAAN NEGERI 2013 JUGA TIDAK KURANG PENTINGNYA. GABUNGAN SOALAN-SOALAN BERKENAAN AKAN MEMANTAPKAN PERSEDIAAN ANDA UNTUK MENGHADAPI SPM 2013
NEGERI/DAERAH/ ZON/SEKOLAH PILIHAN DLL.
TEMA
SOALAN 1
(INDIVIDU)
TEMA
SOALAN 2
(KELUARGA)
TEMA
SOALAN 3
(MASYARAKAT/
NEGARA)
TEMA
SOALAN 4
(ANTARABANGSA)
TEMA
SOALAN 5
(KOMSAS)
1
SBP
Ciri-ciri pusat pengajian tinggi yang menjadi idaman anda
Usaha-usaha ibu bapa bagi memastikan amalan membaca menjadi budaya dalam kalangan keluarga mereka.
Usaha-usaha untuk memajukan pelancongan negara.
Kebaikan yang diperoleh daripada kerjasama yang erat antara negara yang berjiran.
Tulis cerpen bertemakan pepaduan kaum.
2
Kedah
Sekolah penyayang - cara-cara anda menghagai kasih sayang guru.
Sifat-sifat kepemimpinan yang pernah diasuh oleh ibu bapa kepada anak lelaki mereka sebagai pemimpin keluarga.
Langkah-langkah memulihara peninggalan sejarah negara.
Punca-punca kemerosotan bekalan makanan dunia.
Satu karya sastera yang anda baca - amalan-amalan baik yang sesuai dipraktikkan oleh masyarakat kini.
3












Sabah (SMKN)
Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.
Apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan.
Pada zaman sekarang ini, amalan bergotong-royong dalam kalangan penduduk setempat semakin kurang diamalkan. Pada pendapat anda, mengapakah hal yang demikian berlaku?
Malaysia perlu mengekalkan hubungan yang baik dengan negara jiran. Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan yang baik ini perlu dikekalkan.
Huraikan persoalan-persoalan dalam salah sebuah novel KOMSAS yang boleh dijadikan pedoman dalam kehidupan seharian.
4
Terengganu
Bagaimanakah Program motivasi telah menimbulkan kesedaran dalam diri anda untuk terus berjaya.
Peranan ahli keluarga dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Rencana "Faedah-faedah Pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan di Sekolah".
Ksepakatan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan rakyat antarabangsa mampu mewujudkan keamanan dan kemakmuran masyarakat dunia
.
KOMSAS menerapkan nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan generasi muda pada hari ini - pendapat
5
Sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Langkah-langkah sekolah meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan persekitaran fizikal.
Peranan ibu bapa mendidik anak-anak agar sentiasa mementingkan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Semangat kejiranan semakin terhakis.
Kesan buruk krisis politik
Kesan-kesan buruk apabila wujudnya masyarakat yang tidak bertanggungjawab.
6
Negeri Sembilan
Langkah-langkah yang wajar dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam diri anda.
Keprihatinan dan kasih sayang ibu bapa penting dalam menentukan kejayaan hidup anak-anak - Rencana.
Faedah-faedah sektor pelancongan kepada negara kita.
Kesan yang diperoleh sesebuah negara daripada hubungan diplomatik.
Punca-punca yang menyebabkan minat masyarakat terhadap karya sastera tradisional semakin berkurangan.
7





Johor (Sebuah sekolah)
Faedah-faedah lawatan sambil belajar ke suatu tempat menarik.
Pendapat tentang keluarga yang diimpikan.
Rencana - Tanggungjawab masyarakat untuk membanteras jenayah.
Kebaikan dan keburukan belajar di luar negara.
Perihalkan pengalaman anda semasa menyertai kursus penulisan anjuran DBP.
8
WPLabuan
Pendapat tentang sikap sesetengah ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak sering membawa pelbagai kesan terhadap tingkah laku anak-anak pada masa ini.
Langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan amalan hidup berjiran terus terpelihara dalam kalangan masyarakat moden pada hari ini.
Jelaskan kebaikan-kebaikan industri pelancongan kepada negara.
Pidato ‘Peranan Pemimpin-pemimpin Kuasa-kuasa Besar Dunia dalam Menjamin Keamanan Sejagat’.
Ulasan sebuah novel yang sarat dengan pengajaran.
9
Selangor DE
Keluarga, rakan sebaya, masyarakat dan pendidikan agama dan moral memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang remaja. Pendapat.
Rencana "Peranan keluarga dalam membantu anak-anak mengatasi masalah".
Kesan-kesan penggunaan telefon bimbit kepada masyarakat.
Kerjasama Malaysia dan negara-negara dunia dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
Ulasan sebuah novel yang bertemakan kegigihan sempena pelancaran program NILAM.
10












Kelantan
Usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk menangani tekanan dalam kalangan remaja.
Peranan keluarga bagi menangani masalah sosial dalam kalangan remaja pada masa ini.
Rencana tentang peranan yang perlu dimainkan oleh pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Faedah-faedah penganjuran sukan bertaraf dunia.
Manfaat semangat hidup bermasyarakat dalam kehidupan seharian - Bukit sama didaki, luruh sama dituruni.
11.
Pulau Pinang
Faedah-faedah yang anda peroleh dengan menyertai aktiviti sukan di sekolah.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menjaga keindahan alam sekitar.
Rencana berkaitan peranan pelbagai pihak untuk memajukan industri pelancongan.
Kerjasama antara negara di dunia untuk meningkatkan pembangunan pendidikan.
Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menggalakkan remaja melibatkan diri dalam penulisan kreatif.  
12.
Pahang
Kepentingan penguasaan bahasa asing dalam kalangan pelajar.
Remaja bersahsiah mulia mampu membangunkan sesebuah negara. Oleh sebab itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah murni anak-anak mereka.
Ceramah "Usaha-usaha Kerajaan dalam Melahirkan Masyarakat Berjimat Cermat".
Jelaskan tindakan-tindakan berkesan bagi membendung kegiatan pemerdagangan manusia daripada berleluasa.
Berdasarkan petikan sajak ‘Harga Remaja’, terangkan kepentingan menjaga maruah diri sendiri.
13.













MRSM
Sebagai pelajar yang prihatin, kemukakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan persekitaran sekolah anda sentiasa bersih.
Ulasan. Kejayaan anak-anak berkait rapat dengan keprihatinan ibu bapa.
Rencana 'Kesan-kesan buruk pengambilan makanan segera secara berlebihan'
Usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menjayakan misi keamanan dunia.
Kepentingan menuntut ilmu dan menyebarkannya.
14.
Perak
Usaha-usaha yang wajar anda lakukan untuk memastikan harapan ibu bapa (anak-anak berjaya dalam kehidupan) tercapai.
Peranan pelbagai pihak untuk memupuk minat bersukan dalam kalangan remaja.
Huraikan kebaikan-kebaikan menggunakan barangan buatan tempatan.
Rencana 'Usaha-usaha menarik minat pelancong asing datang ke Malaysia'.
Perwatakan watak utama dalam sebuah novel. Keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan.



15.





















Sarawak Zon B (Kuching)
Peranan anda sebagai remaja untuk menjayakan wawasan negara pada tahun 2020.
Peranan keluarga dalam usaha memupuk nilai murni dalam diri anak-anak
Pendapat - Malaysia terkenal dengan keunikan masyarakat berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan sentosa. Sikap toleransi, saling menghormati, dan bekerjasama merupakan amalan hidup rakyat Malaysia yang telah mewujudkan perpaduan antara kaum.
Rencana "Kesan-kesan Kemasukan Buruh Asing Kepada Negara Kita."
Ulasan tentang keistimewaan sebuah novel
16.
Melaka
Usaha-usaha anda untuk menjadi seorang anak yang baik kepada kedua-dua ibu bapa.
Usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh masyarakat untuk menangani isu penderaan ke atas kanak-kanak - wawancara.
Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat.
Kepentingan dan peranan teknologi satelit terhadap hubungan dan komunikasi masyarakat dunia.
Usaha-usaha dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita.
17.
Perlis
Sebagai remaja, jelaskan cara-cara yang dapat anda lakukan untuk mengharumkan nama sekolah.
Huraikan tanggungjawab sesebuah keluarga untuk memupuk amalan membaca.
Rencana tentang peranan pelbagai pihak untuk mewujudkan amalan berjimat cermat.
Kerjasama Malaysia dengan negara-negara jiran - jenayah pemerdagangan manusia.
Tulis cerpen yang bertemakan maksud perumpamaan "bagai menatang minyak yang penuh".
 
   PERSEDIAAN ANDA UNTUK MENJAWAB SOALAN KARANGAN BERPANDU
DAN UMUM MELIBATKAN LATIHAN YANG BERTERUSAN. TAHNIAH KEPADA PELAJAR YANG SENTIASAMENGHASILKAN KARANGAN BERMUTU KERANA ANDA AKAN MENERIMA HASILNYA SEMASADAN SELEPAS PEPERIKSAAN SPM 2013.  SAYA MENDOAKAN KEJAYAAN ANDA.